Resepi Sederhana Mengawetkan Cinta


Katamu,

Buatku cemburu dengan puisi kekasih puisimu, Aan Mansyur.”

Saya tersenyum dan membacakan sebuah sajaknya yang sentiasa bermain-main di fikiran.

 

Aan Mansyur – Resep Sederhana Mengawetkan Cinta

 

Jika Anda mendengar atau membaca

kalimat sederhana entah dari siapa

entah di mana, catat atau ingatlah satu

atau dua kata dari kalimat tersebut.

 

Kemudian masukkan kata-kata itu

ke dalam sebuah puisi sederhana.

Tak perlu memaksa diri menulis puisi

yang, katakanlah, terlalu berbunga-bunga.

 

Di bawah judul, tuliskan nama pasangan Anda.

Atau jadikanlah namanya sebagai judul puisi

—bisa menambah kata ‘untuk’ atau ‘buat’

di depannya. Ingat, panggilan sayangnya saja!

 

Sebaiknya saya ceritakan bagaimana

saya menggunakan resep sederhana ini.

 

Saat bulan madu, kami menonton film,

saya mendengar kalimat diucapkan seorang

dalam satu adegan di tengah-tengah film itu.

 

Sekarang saatnya mengatakan selamat tinggal!

 

Dengan kata-kata sederhana, saya lalu menulis

sebuah puisi pendek di kamar untuk istri saya.

 

Selamat Tinggal judulnya. Saya tulis namanya

di bawah kata dari film itu yang menjadi judul puisi.

 

Sungguh, Sayang, saya beruntung menemukan

seseorang yang kepadanya mulutku sangat

sangat sangat berat buat mengatakan satu

kalimat-dua-kata: selamat tinggal!

 

Puisi itu saya tulis di balik foto pengantin kami.

 

Saya membacanya pertama kali di meja makan,

saat sarapan keesokan harinya. Selanjutnya dia

selalu meminta saya membacanya ketika saya

sedang ditimpa kemarahan. Juga sebaliknya.

 

Kini, setelah lebih setengah abad sejak puisi itu

lahir, tak lama lagi salah seorang di antara kami

mungkin akan segera dimakamkan. Sungguh,

masing-masing kami betul-betul sangat berat

mengucap kalimat selamat tinggal, sangat berat

mengembalikan puisi itu ke kalimat awalnya,

kalimat dari film yang kami sudah lupa judulnya:

 

Sekarang saatnya mengatakan selamat tinggal!


 

Advertisements

Penyelamat Cinta Siri 2


Semakin dewasa, saya semakin sedar, betapa saya selalu menolak kebahagiaan saya ke tepi dan suka membahagiakan orang lain. Entah sebab apa, melihat orang lain gembira seperti memberi kegembiraan kepada saya.

Sebab itu dalam entri sebelum ini, saya sangat suka menjadi penyelamat cinta. Insya-Allah dalam 2-3 bulan lagi, saya akan mengiringi salah seorang pasangan (yang saya jadi penyelamat cinta) untuk majlis pertunangan.

Tidak mudah menjadi penyelamat cinta dan tidak susah menjadi penyelamat cinta juga. Mungkin saya dilahirkan untuk menjadi cupid, melepaskan panah cinta pada hati-hati manusia.

Penyelamat cinta tidak selalunya menemui kecintaannya sendiri. Tetapi melihat cinta yang tumbuh dan lahir daripada pasangan lain telah melahirkan kebahagiaan dan kecintaan dalam bentuk yang lain kepada saya. Berbahagialah mereka, sebab kebahagiaan mereka itu merupakan bahagia kepada saya.

Saya sudah menjadi lampu listrik yang menerangi jalan. Kamu sudah tidak tersesat lagi, bukan? Pulanglah ke rumah asalmu. Pendinginan di rumah asalmu, sudah lama tiada nyala cinta.

Lampu listrik sentiasa ada di tepi jendela. Sentiasa mahu menerangi jalan dan memberi cahaya kepada pengembara yang sedang sesat. Sangat berharap kelip-kelip cahaya samar daripada lampu listrik itu sentiasa menimbulkan harapan baru. Namun jendela telah terkunci rapi dan cahaya lampu listik hanya bisa dinikmati di sebalik kaca jendela sahaja.

Kedai Buku Terpakai Siri 2


Merujuk kepada carian di blog saya, ramai yang mencari kedai buku terpakai.

Saya telah menulis satu entri berkenaan kedai buku terpakai di sini. Kedai buku terpakai yang saya tahu ketika itu. sebagai peminat dan pembeli buku tegar tetapi selalu tak ada wang, kedai buku terpakai merupakan alternatif terbaik!

Oleh itu dengan semangatnya saya menambah beberapa buah kedai buku terpakai sekitar Selangor dan Lembah Klang.

  1. Junkbook Store

    Saya mengetahui kedai buku ini minggu lepas. Rupa-rupanya ketua jabatan saya sudah lama tahu kedai buku Junkbook Store di Jalan H.S Lee, Kuala Lumpur. Sengaja saja sabotaj tak nak bagitau saya ye.

    Awal-awal lagi saya ingatkan, kedai buku ini tidak terlalu murah seperti kedai buku terpakai yang lain sebab pemilik kedai ini mengetahui nilai-nilai buku. Malah ada buku yang dikenalpasti out-of-print dijual dengan harga tidak rendah daripada RM100. Kedai ini bukan kategori buku terpakai tetapi buku antik mungkin.

    Namun, kepada pengumpul buku-buku langka, out-of-print, tiada dijual di Malaysia, kedai buku terpakai ini seharusnya menjadi pilihan. Ada sesetengah judul (terutama terbitan luar negara) yang tidak dijual di Malaysia boleh diperoleh disini. Untung nasib timbul, untung batu tenggelam. Kalau bernasib baik, mungkin akan dapat buku langka itu dengan harga yang murah atau diterima akal.

    Kedai ini mendapat buku-buku daripada pusat kitar semula. Secara logik, pusat kitar semula memang merupakan pengumpul buku-buku terpakai berbanding dengan menunggu orang datang menjual buku-buku terpakai di kedai. Oleh itu jangan hairan, jika terjumpa segala judul yang anda cari selama ini.

    Kedai ini terbahagi kepada 3 tingkat. Tingkat bawah dan tingkat 1, memberi pilihan buku-buku luar negara dan Malaysia. Sebut sahaja buku pilihan anda, staf kedai boleh menunjukkan tempat koleksi buku itu diletakkan. Tingkat 2 disebut, library yang mana biliknya hanya dibuka jika ada permintaan sahaja (dikunci sepanjang masa) dan buku-buku disana ternyata buku yang out of print dan langka. Harganya tidak jatuh kurang daripada RM100.

    Namun satu kekurangan kedai ini, layanan stafnya yang langsung tidak memberi privasi kepada pembeli. Stafnya akan mengekor kita ke mana sahaja dan sibuk bertanya buku apa yang kita cari. Mungkin khuatir buku-buku diculik, barangkali.

    Panduan Ke Junkbook Store:

    Kalau naik LRT/STAR, boleh berhenti di Masjid Jamek atau Pasar Seni. Kemudian berjalan menuju kea rah RHB Bank. Kedai itu diseberang jalan, di celah-celah bangunan kedai yang lain.

    Saranan:

    Sediakan judul-judul yang anda mahu

    Sediakan duit secukupnya

    Sediakan mental untuk diekori sepanjang masa

  2. Novel Hut, Shah Alam

    Siapa kata novel Hut ada di Ipoh sahaja (sambil menjeling Nissa’ Yusof). Novel Hut turut ada di Shah Alam juga. Seksyen 27 jika tidak silap. Saya belum punya kesempatan untuk pergi. Namun menurut kawan saya, pilihannya tidaklah sebanyak di Ipoh. Namun boleh menawarkan harga yang difikir akal bagi sebuah buku terpakai.

    Selalu bila ke Ipoh memang saya suka ke Novel Hut di Ipoh Parade. Banyak juga buku yang saya beli dengan harga yang murah. Terutamanya buku sastera.

  3. Amcorp Mall

    Sebagai pengunjung Bookxcess, mesti boleh perasaan sebuah kedai buku terpakai sebaik sahaja kita sampai dengan menaiki eskalator. Satu aras dengan kedai buku Bookxcess (syurga buku-buku murah berbahasa Inggeris). Walaupun tidak terlalu banyak pilihan, tempat ini tidak wajar untuk ditinggalkan untuk dikunjungi oleh peminat tegar buku terpakai.

  4. The Mall

    The Mall memang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Bersebelahan dengan PWTC selalu membei kelebihan kepada The Mall. Di tingkat teratas, berdekatan medan selera Hang Tuah, terdapat sebuah kedai buku terpakai. Walaupun kecil dan pilihan buku melayunya sedikit, apa salahnya luangkan masa berkunjung dan melihat pilihan buku-buku yang ada. Kedai buku ini lebih banyak menyediakan perkhidmatan menyewa buku. Hampir semua buku boleh disewa. Namun selepas disewa dan berminat untuk membelinya, boleh terus membeli buku itu.

  5. Kedai Perabot Terpakai, Seksyen 9, Bangi.

    Siapa kata kedai perabot terpakai tidak menjual buku? Silap sama sekali. Di seksyen 9, Bandar Baru Bangi, berdekatan kedai perabot 69, sederet dengan kedai D’Limau, Mama Chop, Secret Recipe dan San Francisco Pizza, terdapat sebuah kedai perabot terpakai. Selain perabot, ada satu seksyen dalam kedai itu menjual buku-buku terpakai berbahasa Inggeris. Pilihan buku dari genre sastera juga boleh tahan (ini diakui oleh rakan saya, penggemar sastera dunia)

Mari kita beli buku! Oh Yeah!

Musikalisasi Puisi : Kaca Jendela Tren


Sebelum ini, saudara Airmas telah bermurah hati untuk mencipta lagu daripada sajak saya. Apa Ada Lagi dan Nyanyian Hujan.

Sekarang dia sedang bercuti sebentar di rumah, dan saya gatal tangan menyuruh dia mencipta lagu daripada sajak saya. Sengaja bagi kerja. He he. Entah mungkin produktif atau apa, tidak sampai beberapa jam (sejam dua mungkin) dia sudah siap menyempurnakan sebuah lagu daripada sajak saya yang kerdil.

Inilah kekuatan bagi sebuah lagu untuk sajak. Ketika mendengar lagu puisi itu, fikiran saya kembali melayang-layang kepada perasaan saya semasa menulis sajak tersebut. Tanpa sebarang panduan, saudara Airmas berjaya menterjemahkan emosi saya waktu itu.

Ya, semasa menulis sajak ini, saya dalam perjalanan tren komuter Bangi ke KL Sentral. Kebetulan menaiki tren di waktu pulang kerja, menuju KL, orang tidak terlalu ramai sebab ramai yang mengambil laluan yang berbeza(keluar dari KL). Tidak ramai yang ingin ke Kuala Lumpur selepas waktu kerja. Warna lembayung senja di luar kaca jendela tren menimbulkan suatu perasaan kepada saya. Bunyi landasan dilanggar roda tren sentiasa membuatkan saya rasa terharu. Ketika itu masih sedang membaca kumpulan puisi Aan Mansyur – Aku Ingin Pindah Rumah. Langsung sahaja puisi ini ditaip dalam telefon bimbit saya.

Kalau lagu puisi ini sedap pada pendengaran anda, ini kerana Airmas seorang pencipta lagu yang baik. Boleh mendengar lagu-lagu yang dicipta dari puisi di laman ini.


Notakakitangan : Suka intro lagu ini, sebab mengingatkan saya pada lagu tema In The Mood For Love, Yumeiji Theme. Lagu kegemaran saya.

Rumah Buku


Catatan kepada bakal suami saya (yang saya sendiri masih tak tahu siapa)

Saya hanya punya permintaan yang sederhana. Bolehkah jika saya menghias rumah dengan buku berserta raknya? Daripada ruang tamu mengalir ke bilik tidur serta ruang dapur juga? Bolehkah kalau saya tidak hias rumah kita nanti dengan segala macam bentuk konsep minimalis ke moden eropah ke moden kontemporari atau apa sahaja istilah tata hiasan dalaman yang saya sendiri tak faham. Boleh kan?

Dan saya berharap tidak kisah kalau menghabiskan duit untuk membeli buku. Boleh kan?

Kalau awak ada duit lebih, buat rumah macam bawah ini menarik juga!

Heh!


Sumber : http://morita-arch.com/selected-works/houses/shelf-pod  

 

 

Apakah Sajak Itu Terlalu Mudah Ditulis?


Salah seorang pembaca blog ini telah menghubungi saya menyatakan betapa jatuh cintanya pada sajak dan mahu mengumpulkan kenalan yang mengumpul minat yang sama. Menurutnya lagi, dia suka membaca sajak-sajak dan menulis sajak juga.

Saya sentiasa menyokong mereka yang punya keinginan yang kuat untuk menulis dan tambah kredit bonus kalau dia juga sangat mencintai sastera itu. Kecintaan pada sastera yang macam mana boleh saya katakan? Tidak hanya menjadi sastera dan tulisan itu sebagai ekskapisme sahaja, sentiasa menyenangi untuk mengetahui apa-apa perkembangan tulisan dalam sastera tanpa prejudis dan beberapa hal lainnya.

Menulis sebuah dua kata-kata penuh metafora tidak semestinya boleh dikata sudah menulis sajak. Menulis sajak bukan begitu mudah walaupun hanya beberapa kata berbanding cerpen dan novel tetapi memampatkan jutaan perasaan dan pemikiran dalam kata-kata yang sekerat itu lah yang paling sukar sebenarnya. Memetaforakan bahasa sahaja, melangggar taboo dan menyelitkan unsur erotis sahaja belum cukup untuk  mengangkat sesebuah tulisan menjadi sajak sebuah sajak. Bermain-main dengan pola susunan  dan beretotik bahasa pun tidak cukup kuat untuk dikatakan itu sajak.

Apabila pembaca blog itu menyatakan keinginannya untuk medeklamasikan sajak secara spontan, hanya pejamkan mata di atas pentas dan sebutkan apa-apa sahaja kata-kata yang melintas di kepala seolah-olah itu maqam tertinggi seorang penyajak yang baik, saya jadi terdiam sendiri. Hal ini kerana perkara itu yang cukup saya tidak suka apabila menghadiri mana-mana majlis baca puisi. Ya, perkara itu tidak mustahil tetapi selain daripada mendeklamatorkan sajak yang pernah dibaca, penyajak itu mestilah seorang jutawan kata-kata, barulah boleh mendeklamasikan puisi (secara pejam mata) dengan yang dideklamasikanitu benar-benar sebuah sajak yang baik. Namun, sangat sukar untuk menjumpai penyajak yang menjadi jutawan kata-kata. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Dengan cabaran penggunaan bahasa harian yang semakin kurang indah, pengaruh bahasa singkatan, jarang saya dapat menerima kiriman emel yang baik tanpa sebarang kesalahan ejaan mahupun tanpa sebarang singkatan. Kalau menulis emel atau berbual di sembang maya pun menggunakan terlalu banyak singkatan, bagaimana pula boleh menjadi jutawan kata-kata?

Menulis sajak memang mudah, tetapi menulis sajak yang indah susunan bahasa, emosi yang dibulat penuh dalam kata-kata bukanlah sesuatu yang senang. Hanya orang yang tekun dan tidak jemu membaca sekian jumlah sajak, rajin mempelajari pelbagai teknik, meluaskan pergaulan, sentiasa membenarkan dirinya mencuba kesegaran gaya baru akan dapat menembusi halangan-halangan ini.. Jika tidak, sajak yang ditulis hanyalah tinggal retorik kata-kata sahaja.