Subjek dalam Sajak


Wah! Tajuk entri yang penuh irama. Rhyme!

Setelah membaca sejumlah sajak, saya sering kali menemui keselarian dan kesamaan pemilihan subjek dalam sajak-sajak penyajak. Sememangnya tidak dapat dinafikan perkara seumpama ini akan berlaku. Subjek dalam sajak sentiasa akan diulang-ulang serta dipilih oleh penyajak. Namun apa yang membezakan antara sajak yang bagus dengan tidak, sejauh mana penyajak itu menyelam ke dalam subjek itu dan membina kata-kata dalam sajaknya menjadi gubahan kata-kata yang terbaik dan bahasa yang dibina merupakan milik penyajak tersebut

Sapardi Djoko Damono


Sebagai contoh Sapardi Djoko Damono sangat terkenal dengan subjek hujan dalam sajaknya. Subjek hujan bersifat misteri dalam sajaknya. Antara contoh yang boleh diberikan seperti Percakapan Malam Hujan, Hujan Bulan Juni dan Sihir Hujan. Berbeza pula dengan M. Aan Mansyur yang juga sangat menyukai subjek hujan dalam sajaknya. Namun hujan di tangannya menjadi kekasih yang sederhana sekaligus manis. Antara sajak-sajak Aan Mansyur yang menyebut subjek hujan. Kaca Jendela, Hujan Sangat Mencintaimu, Sajak Terakhir Tentang Hujan.

Semasa saya membaca buku sajak T. Alias Taib (Opera), saya mendapati subjek pemikiran dalam sajaknya, Tukang Keranda hampir sahaja serupa dengan sajak M. Aan Mansyur iaitu Penjual Kain Kapan. Kebetulan kedua-dua sajak ini saya baca dalam relatif masa yang berdekatan. Saya sangat tertarik dengan cara kedua-dua penyajak ini melihat subjeknya iaitu rezeki daripada kematian. Tentulah ketika membaca kedua-dua sajak ini, penghujungnya saya berasa sayu Cuma perasaan sayu yang saya alami berbeza. Seolah saya sedang berdiri di hadapan sebuah cermin dan dibelakang saya juga sebuah cermin. Kedua-duanya memaparkan diri saya, Cuma dari arah yang berbeza, tapi itu tetap diri saya.

M. Aan Mansyur


Kisah Seorang Penjual Kapan

Oleh : Aan Mansyur

tak seperti di kiri dan di kanan

tokonya selalu sepi pelanggan

meski ia juga menjual kain

seperti toko-toko yang lain



kalau ada orang yang mati

apalagi penguasa yang suka korupsi

ia sungguh bersenang hati

sebab kainnya laku terbeli



begitulah dari jaman ke jaman

ia hanya berjualan kain kafan

agar hidupnya bisa terus berjalan

dan anak-istrinya bisa makan



semalam ia lihat dari tv disiarkan

di aceh sebuah musibah datang

di mana-mana mayat berserakan

mengiris hati, sungguh menyedihkan

ia menangis dan berucap pelan,

“sungguh, ini bukan doaku, Tuhan!”


Tukang Keranda

Oleh : T. Alias TaibΒ 

“Mudah-mudahan ada di antara kamu akan segera mati”



Si tua berambut perak tak putus-putus

berdoa pada lalu-lalang yang mengombak di

kaki lima kedainya. Ada yang sempat menangkap

gelombang doa itu, berhenti sejenak, sambil memerhatikan susunan keranda yang menyeramkan.

yang lain, tak mempedulikannya dan berjalan terus meninggalkannya.



“mudah-mudahan ada di antara kamu yang akan segera mati.”



Sehabis berdoa, si rambut perak kembali

mengasah baki papan yang belum berketam.

“kematian mengharukanku, memendekkan usia dan

meninggalkan pedih pada keluarga si mati.

sebaliknya kematian juga akan memanjangkan

usia dan membawa bahagia ke tengah keluargaku.” katanya



sehabis berkata, ketam tiba-tiba terlucut dari genggaman. Ia terguling dengan mata

yang mengerikan. di udara tergantung sepi

siling meneteskan sedu pertama. petang ini,

salah sebuah keranda-kerandanya akan

mengiringinya, sekaligus menemaninya, dalam

perjalanan terakhir yang jauh. ia tak akan

pulang lagi untuk berdoa. doanya telah berjawab.



Kedua-dua sajak ini telah saya beri kepada Muz Amer, kenalan blog untuk dijadikan filem. Ketika berjumpa pertama kali, saya kemukakan pandangan kepadanya yang merupakan seorang Pengarah Filem, apa salahnya kalau menerbitkan filem dari sebuah sajak. Bukankah sajak itu sendiri sudah punya cerita dan plot. Hal ini saya terinspirasi daripada catatan M. Aan Mansyur yang menyatakan puisinya Dunia Yang Lenggang dijadikan filem pendek oleh seseorang dan memenangi anugerah. Kebetulan beberapa minggu selepas itu, Muz Amer menghubungi saya untuk meminta beberapa sajak yang boleh dijadikan filem kerana kedua-dua kertas cadangannya telah ditolak dan kedua-dua sajak ini yang saya berikan. Dengarnya filem pendek itu memenangi beberapa anugerah.

Tidak kisah apa sahaja subjek yang dipilih oleh seorang penyajak, sama ada subjek itu telah digunakan beribu-ribu kali oleh penyajak-penyajak yang lain, saya akan melihat pada pembinaan bahasa sebuah sajak dahulu. Sebuah sajak yang bagus (bagi saya), cukup sekadar menampilkan hal-hal yang sederhana sahaja tetapi boleh sahaja menyentuh hati dengan binaan bahasanya yang bagus dan suara penyajak yang jujur di dalamnya. Bukannya hanya kosmetik dan metafora bahasa yang tidak membawa sebuah sajak itu ke mana-mana.

Advertisements

2 thoughts on “Subjek dalam Sajak”

  1. Wah, filem pendeknya (Daripada dua sajak ini) menang anugerah? Menarik.
    Boleh tengok di mana mana?

    Saya lebih secara peribadi lebih suka sajak yang pertama. Ada lebih daripada sekadar itu yang cuba disampaikan. Kan? πŸ™‚

    Like

    1. Amirul : Muz Amer tak bagi lagi filem pendeknya pada saya. Nanti saya bagitau awak kalau saya dah dapat filemnya ya πŸ™‚

      Hahaha. Ya. Saya memang lebih suka sajak yang pertama lagi. nampaknya taste sama la πŸ™‚

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s