Apakah Sajak Itu Terlalu Mudah Ditulis?


Salah seorang pembaca blog ini telah menghubungi saya menyatakan betapa jatuh cintanya pada sajak dan mahu mengumpulkan kenalan yang mengumpul minat yang sama. Menurutnya lagi, dia suka membaca sajak-sajak dan menulis sajak juga.

Saya sentiasa menyokong mereka yang punya keinginan yang kuat untuk menulis dan tambah kredit bonus kalau dia juga sangat mencintai sastera itu. Kecintaan pada sastera yang macam mana boleh saya katakan? Tidak hanya menjadi sastera dan tulisan itu sebagai ekskapisme sahaja, sentiasa menyenangi untuk mengetahui apa-apa perkembangan tulisan dalam sastera tanpa prejudis dan beberapa hal lainnya.

Menulis sebuah dua kata-kata penuh metafora tidak semestinya boleh dikata sudah menulis sajak. Menulis sajak bukan begitu mudah walaupun hanya beberapa kata berbanding cerpen dan novel tetapi memampatkan jutaan perasaan dan pemikiran dalam kata-kata yang sekerat itu lah yang paling sukar sebenarnya. Memetaforakan bahasa sahaja, melangggar taboo dan menyelitkan unsur erotis sahaja belum cukup untuk Β mengangkat sesebuah tulisan menjadi sajak sebuah sajak. Bermain-main dengan pola susunan Β dan beretotik bahasa pun tidak cukup kuat untuk dikatakan itu sajak.

Apabila pembaca blog itu menyatakan keinginannya untuk medeklamasikan sajak secara spontan, hanya pejamkan mata di atas pentas dan sebutkan apa-apa sahaja kata-kata yang melintas di kepala seolah-olah itu maqam tertinggi seorang penyajak yang baik, saya jadi terdiam sendiri. Hal ini kerana perkara itu yang cukup saya tidak suka apabila menghadiri mana-mana majlis baca puisi. Ya, perkara itu tidak mustahil tetapi selain daripada mendeklamatorkan sajak yang pernah dibaca, penyajak itu mestilah seorang jutawan kata-kata, barulah boleh mendeklamasikan puisi (secara pejam mata) dengan yang dideklamasikanitu benar-benar sebuah sajak yang baik. Namun, sangat sukar untuk menjumpai penyajak yang menjadi jutawan kata-kata. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Dengan cabaran penggunaan bahasa harian yang semakin kurang indah, pengaruh bahasa singkatan, jarang saya dapat menerima kiriman emel yang baik tanpa sebarang kesalahan ejaan mahupun tanpa sebarang singkatan. Kalau menulis emel atau berbual di sembang maya pun menggunakan terlalu banyak singkatan, bagaimana pula boleh menjadi jutawan kata-kata?

Menulis sajak memang mudah, tetapi menulis sajak yang indah susunan bahasa, emosi yang dibulat penuh dalam kata-kata bukanlah sesuatu yang senang. Hanya orang yang tekun dan tidak jemu membaca sekian jumlah sajak, rajin mempelajari pelbagai teknik, meluaskan pergaulan, sentiasa membenarkan dirinya mencuba kesegaran gaya baru akan dapat menembusi halangan-halangan ini.. Jika tidak, sajak yang ditulis hanyalah tinggal retorik kata-kata sahaja.

Advertisements

6 thoughts on “Apakah Sajak Itu Terlalu Mudah Ditulis?”

  1. hahaha. siapa yang kata mudah tu? nak tengok juga langgam bahasa sajaknya πŸ˜€

    setakat mengarut di blog atau facebook pasti mudah (macam tulisan saya) tapi untuk menghasilkan sesuatu yang betul-betul dapat dinikmati dan dihayati pada tahap nilai estetik yang baik adalah sukar.

    p/s : agaknya kerana itulah tahun ini tiada lagi sajak yang tersiar di mana-mana πŸ˜€

    Like

    1. Shukri : Ala Shukri ni. kalau menulis, mesti banyak disiarkan di mana-mana. Tau dah. Banyak editor suka tulisan shukri πŸ™‚
      Mula-mula tulisan mengarut. lama-lama nanti mesti jadi lebih baik. πŸ™‚
      Kan? Kena gigih berusaha la

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s