Musikalisasi Puisi : Kaca Jendela Tren


Sebelum ini, saudara Airmas telah bermurah hati untuk mencipta lagu daripada sajak saya. Apa Ada Lagi dan Nyanyian Hujan.

Sekarang dia sedang bercuti sebentar di rumah, dan saya gatal tangan menyuruh dia mencipta lagu daripada sajak saya. Sengaja bagi kerja. He he. Entah mungkin produktif atau apa, tidak sampai beberapa jam (sejam dua mungkin) dia sudah siap menyempurnakan sebuah lagu daripada sajak saya yang kerdil.

Inilah kekuatan bagi sebuah lagu untuk sajak. Ketika mendengar lagu puisi itu, fikiran saya kembali melayang-layang kepada perasaan saya semasa menulis sajak tersebut. Tanpa sebarang panduan, saudara Airmas berjaya menterjemahkan emosi saya waktu itu.

Ya, semasa menulis sajak ini, saya dalam perjalanan tren komuter Bangi ke KL Sentral. Kebetulan menaiki tren di waktu pulang kerja, menuju KL, orang tidak terlalu ramai sebab ramai yang mengambil laluan yang berbeza(keluar dari KL). Tidak ramai yang ingin ke Kuala Lumpur selepas waktu kerja. Warna lembayung senja di luar kaca jendela tren menimbulkan suatu perasaan kepada saya. Bunyi landasan dilanggar roda tren sentiasa membuatkan saya rasa terharu. Ketika itu masih sedang membaca kumpulan puisi Aan Mansyur – Aku Ingin Pindah Rumah. Langsung sahaja puisi ini ditaip dalam telefon bimbit saya.

Kalau lagu puisi ini sedap pada pendengaran anda, ini kerana Airmas seorang pencipta lagu yang baik. Boleh mendengar lagu-lagu yang dicipta dari puisi di laman ini.


Notakakitangan : Suka intro lagu ini, sebab mengingatkan saya pada lagu tema In The Mood For Love, Yumeiji Theme. Lagu kegemaran saya.

5 thoughts on “Musikalisasi Puisi : Kaca Jendela Tren”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s