Permintaan Sederhana


Rasanya, saya perlu sebuah sketch pad.

Tuhan, bolehkah kirimkan satu kepada saya daripada langitmu?

+ + + +

Saya rasa saya tak pandai melukis walaupun saya mahu sangat melukis. Lukisan orang lidi orang lain macam sangat cantik berbanding orang lidi saya. Maka saya putuskan, bakat melukis tiada dalam darah saya.

Semenjak mengerti menulis puisi, saya sering sahaja mahu lukisan mengiringi puisi saya. Saya sangat mahu.

Tuhan, bolehkan kirimkan bakat melukis itu kepada saya?