Permintaan Sederhana


Rasanya, saya perlu sebuah sketch pad.

Tuhan, bolehkah kirimkan satu kepada saya daripada langitmu?

+ + + +

Saya rasa saya tak pandai melukis walaupun saya mahu sangat melukis. Lukisan orang lidi orang lain macam sangat cantik berbanding orang lidi saya. Maka saya putuskan, bakat melukis tiada dalam darah saya.

Semenjak mengerti menulis puisi, saya sering sahaja mahu lukisan mengiringi puisi saya. Saya sangat mahu.

Tuhan, bolehkan kirimkan bakat melukis itu kepada saya?

8 thoughts on “Permintaan Sederhana”

  1. Suatu ketika dahulu, saya pun impikan perkara yang sama. Dan disebabkan kemahuan adalah sangat tinggi berbanding bakat, maka saya memaksa diri belajar melukis melalui Youtube. Ada banyak. Belajar yang asas dahulu. Contohnya, melukis mata, bentuk wajah, riak wajah muka dan sebagainya. Apabila sudah ada 3% bakat, barulah belajar melukis dari sudut-sudut tertentu. Dari tepi ke, atas ke dan sebagainya. Tiada yang mustahil melainkan tanpa izinNya… dengan syarat… kemahuan kena ada ^_^. Selamat mencuba ya.

    Like

    1. Famia : saya sangat terharu dengan komen awak. Tak sangka awak membaca blog saya.🙂
      Saya akan cuba belajar melukis melalui youtube, kalau dapat melukis sktech yang elok pun jadilah🙂
      Saya hanya mahu lukisan ini mengiringi sajak-sajak saya.

      Terima kasih untuk tips ya. terima kasih!🙂

      Like

  2. teringat masa di maktab, pernah belajar melukis potret sendiri, dan kau tahu masa tahun akhir ijazah aku ambil satu subjek catan, dengan kata lain melukis, tanpa memikirkan yang aku tidak mahir sebenarnya dalam bab melukis, tapi, layan, tenaga pengajar sangat membantu, projek akhir semester dapatlah aku melukis dan mewarna pemandangan tasik yang ada dalam kampus, menggunakan warna akrilik, sekarang aku tiada masa pula untuk mengaplikasikannya,

    rugi pula rasa..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s