Revolusi I : Maktab Atas Kayangan


Di Maktab Atas Kayangan, saya pernah kehilangan kawan-kawan yang bersama-sama masuk sebagai batch pertama di maktab tersebut. Atas alasan, mereka membuli dan memukul rakan mereka. Ketika itu, kes buli mendapat perhatian yang bukan main dahsyatnya. Bila kejadian ini terjadi di maktab, terus sahaja menjadi satu benda yang sangat sangat serius.

Saya dan rakan seangkatan sangat sedih apabila pengetua (allahyarham) telah bertindak tanpa kompromi dengan membuang kesemua pelajar yang dikatakan terlibat, ada yang keluar maktab, ada yang berpindah ke maktab lain. Kebetulan Ketua MPP maktab sekelas dengan saya, dia pun sememangnya sibuk berbincang minta supaya hukuman dikurangkan, hanya digantung tanpa perlu dibuang maktab.

Kami menandangani petisyen yang meminta supaya rakan kami tidak dibuang, kami berunding, kami bertegas tetapi kalau kepala yang di atas langsung tidak berkompromi, cikgu-cikgu pun tidak boleh berkata apa.

Lalu rakan-rakan kami pun sangat bersedih. Hari mereka keluar maktab, kami iringi dengan pandangan sayu dan mungkin nasib mereka lebih baik di luar sana. Pengetua kami bukannya mengambil tahu hal pelajar sangat, makanan di dewan makan selalu sahaja tidak menepati spesifikasi makanan seperti maktab-maktab lain.

Semenjak hari itu, kawan saya yang ketua MPP itu seperti sudah tidak mahu ambil peduli hal-hal maktab. Pernah dengar cerita dia mahu berhenti daripada jawatan tersebut. Tapi setelah dipujuk (mungkin), dia tak jadi, Cuma dia tak mahu ambil peduli lagi hal pentadbiran, kurang bersemangat. Kisah ini saya pernah tulis dalam satu karangan berbentuk cerpen untuk peperiksaan percubaan SPM. Pertama kali menulis cerpen untuk peperiksaan di mana cikgu saya sangat susah nak beri markah yang baik untuk cerpen. Saya mendapat markah tertinggi, cerpen saya dibacakan di dalam kelas, dan cikgu berpesan pada ayah saya supaya saya mengambil lingualistik semasa di universiti kelak.

Benda itu bagi saya bukan perkara yang terutama, tetapi semenjak hari itu saya percaya yang apa sahaja yang kami lakukan, petisyen suara, tandatangan minta pengetua jangan pindahkan kawan kami, bercakap dengan pihak pengurusan maktab, berunding dengan kementerian masih tidak langsung memberi kesan, jika pengetua masih memegang kuasa veto Kami tidaklah memberontak, mengangkat sepanduk. Tapi beratus tandatangan dalam petisyen itu bukankah menunjukkan bahawa kami protes dan bangkang? Apakah perlu berarak di dalam maktab? Apakah perlu mogok makan? Jika lakukan semua itu, apakah pengetua kami benar-benar akan menurut suara kami atau kami semua akan dibuang maktab atau semua kemudahan akan ditarik balik sebagai denda?

Selepas peristiwa itu, kami meneruskan hari-hari sebagai seorang pelajar di maktab itu. sesekali kami akan mengenang peristiwa itu. Hidup mesti diteruskan juga kan? Namun, pelajar maktab kami telah membuat penutup tahun akhir di maktab dengan tirai penutup yang sungguh gemilang! Boleh baca sedikit kisah peristiwa pengeboman ASPURI di sini.

Advertisements

6 thoughts on “Revolusi I : Maktab Atas Kayangan”

      1. sumber protein cukuplah ni ya, terbaiklah,

        aku tak tahu kenapa sesetengah perkara begini aku tak ingat sangat, haha, mungkin sebab aku tak ambil tahu sangat dulu, tahu sedikit sahaja

        Like

        1. syida : sudah tentunya!! Muka yakin dan bangga 🙂
          Sebab mungkin perkara ini kurang beri kesan pada kau, tetapi perkara macam ini beri kesan pada aku sebab tu aku ingat. tak semua benda pun aku ingat sebenarnya 🙂

          Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s