Seribu Cinta


Mungkin bagi seorang lelaki memiliki cinta sekian ramai perempuan seperti satu kepuasan. Biarpun mungkin tidak sepenuhnya dia mahu membalas kembali cinta perempuan-perempuan itu, mungkin hanya mahu bermian-main, mungkin hanya mahu menguji diri. Memiliki seribu cinta semacam memberi bahagia kepada lelaki tersebut.

Seperti seorang perempuan yang selalu membeli berhelai-helai baju, berpasang-pasang kasut atau apa sahaja yang belum tentu dipakai, belum tentu sepadan, belum tentu disukai. Tetapi bagi seorang perempuan yang begitu shopaholic membeli sesuatu dan melihatnya dalam koleksi serta tersusun rapi merupakan kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Namun dalam ribuan baju, kasut, aksesori, tudung yang terbeli tapi tak terpakai itu, pastinya ada satu dua pakaian yang paling disukai, yang akan selalu dipakai kerana mungkin nilai kenangan, warna kegemaran, potongan yang menarik, selesa atau apa sahaja alasan..

Bertuahlah barangan yang sentiasa dipakai dan menjadi kesayangan, barangan yang lain tentu sahaja bersedih. Mungkin diberi pada orang lain, mungkin dijual sebagai preloved item atau sebagainya. Tapi barangan yang menjadi barangan terpakai janganlah bersedih. Apakah tidak menjadi kegembiraan apabila kita disayangi oleh pemilik yang kedua? Mungkin barangan itu tidak ditakdirkan menjadi kesayangan kepada pemilik pertama, mungkin pemilik kedua?

Seorang lelaki mungkin seperti itu. Memiliki beribu hati dan cinta seperti satu kepuasan tetapi apakah kita semua tahu berapa banyak penanggungan di kemudian hari. Seperti seorang perempuan yang berhabis ribuan ringgit untuk membeli, menyediakan ruang untuk menyimpan semua barangan tersebut. Mungkin akhirnya dia lelah dan letih serta sesak melihat semua koleksinya dan melepaskannya satu persatu kepada tangan yang lain dan meninggalkan hanya kesayangannya di dalam almari tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s