Revolusi II : Varsiti Tepi Laut


< p>Di tahun dua, saya di varsiti tepi laut, saya telah dihubungi oleh seseorang dari pihak HEPA. Saya diminta menjadi calon untuk pilihan raya. Masa itu tentu sekali saya suka dan gembira kerana di mata saya menjadi MPP boleh merubah sedikit sebanyak demografi varsiti saya yang serba membosankan serta masih belum banyak kemudahan sebagai sebuah universiti. Lebih-lebih lagi, saya didewasakan dengan bahan bacaan bahawa suara MPP merupakan suara yang penting (majalah MINDA) dan tentu sahaja kisah kebangkitan mahasiswa lewat tahun 1960-an.

Kami (calon-calon) MPP ditempatkan di kem. Rupanya saya mewakili bahagian kebudayaan dan ada yang dibawa daripada bahagian lain. Kami diberi taklimat bahawa pilihan raya kampus ini harus dimenangi dan jangan biarkan pembangkang menang sebab akan membawa kemudaratan kepada universiti. Walaupun dikatakan varsiti saya bertanding atas tiket bebas tapi sebenarnya tidak begitu. Itulah drama yang pertama.

Walaupun dikatakan bahawa pilihan raya kampus bersih daripada campur tangan luar, tapi tidaklah begitu sebenarnya. Di pihak bukan pembangkang sekalipun (pihak kami) ada sahaja saluran dan ceramah dari pihak luar (kerajaan tentunya)

Seperti biasa, apabila penamaan calon tamat, saya disuruh berkempen. Walaupun saya disuruh berceramah, meraih undi tapi itu bukan passion saya. Saya tak pandai jual muka dan berkata pada orang ‘undilah saya’. Pertama, bukan saya yang beria-ia mahu menjadi calon. Keduanya, saya mula merasa ada yang tak kena di situ. Ketika itu drama kedua bermula. Rupanya, antara pihak kerajaan sekalipun ada dua pasukan. Satu yang ingin menaikkan bahagian kebudayaan dan satu lagi yang mahu menaikkan bahagian akademik. Setiap bahagian ada calon-calon yang tertentu dinaikkan supaya apabila mereka menjadi MPP, idealogi pihak yang menaikkan mereka akan dilaksanakan. Saya tidak kisah itu semua. Tapi di sebalik kata-kata yang kononnya pilihan raya yang bersih, tanpa apa-apa idealogi pun banyak permainan politik di dalamnya. Saya jadi sungguh kecewa.

Kemudian, ketika malam pilihan raya, saya mendapat tahu bahawa formasi untuk MPP telah ditetapkan. Oleh itu ada jentera khas yang akan mengajak pengundi (pelajar) mengundi calon-calon tertentu (dari pasukan bukan pembangkang) yang merupakan calon pilihan pihak-pihak tertentu. Walaupun saya tidak tahu siapakah dalam formasi itu tetapi saya sudah mula tidak mahu mengambil peduli apakah itu pilihan raya kampus sebenarnya. Saya tidak menghantar mesej kepada rakan-rakan kursus saya supaya turun mengundi. Saya mendiamkan diri sahaja dan protes untuk mempromosi diri. Jika begitu licik cara mereka membina barisan kepimpinan, begitulah barisan kepimpinan itu akan kelihatan nanti. Pengalaman semasa di maktab atas kayangan, betul-betul mengingatkan saya.

Pada malam yang sama juga, saya mendapat tahu, bahawa pada pilihan raya tahun lepas, ada yang memfitnah calon daripada bukan pembangkang dengan menayangkan banner (mengandungi kata-kata kesat dan hinaan) pada pagi pilihan raya. Rupanya itu bukannya daripada calon atau pasukan pembangkang sebaliknya daripada pasukan bukan pembangkang sendiri. Tujuannya supaya apabila mengundi melihat calon bukan pembangkang dihina sedemikian rupa dan calon bukan pembangkang tetap berlagak cool, pengundi berasa sangat bersimpati dan memberi imej buruk pada pihak pembangkang. Saya tersenyum sendiri pada malam itu.

Saya melihat langit malam yang gelap. Kemudian balik tidur untuk bangun pagi supaya boleh menayang muka manis di atas pentas. Sepanjang proses pilihan raya itu syaa memandang muka pengundi yang mengundi. Saya berasa kasihan pada mereka dan mahu sahaja menyuruh mereka tidak perlu datang mengundi. Kemudian kami (calon) dimomokkan bahawa jumlah orang yang turun mengundi tidak ramai dan kalau tidak melepasi 50% yang turun mengundi, pilihan raya akan dibuat sekali lagi. Saya sungguh berat hati untuk melalui pilihan raya sekali lagi lalau menghantar mesej kepada kawan-kawan saya supaya turun mengundi. Tetapi saya tidak pesan mengundi saya, saya pesan turun mengundi sahaja supaya saya tidak perlu berdepan dengan kepura-puraan ini lagi. Teman sekuliah saya sibuk dengan kelas dan lab. Saya balas dan kata tidak mengapa. Saya kembali duduk.

Selepas proses pengiraan undi, saya hanya ketinggalan beberapa undi sahaja. Saya tersenyum dan sangat lega sebab tidak menang. Tidak perlu lah ke golongan itu. Golongan yang saya bayangkan begitu bersih tetapi hanyalah menjadi boneka pihak atasan. Siapa kata pilihan raya kampus itu benar-benar bersih daripada campur tangan luar?

Masa zaman saya sekolah dan membaca sekian banyak artikel mengenai pilihan raya kampus dan MPP, saya memandang golongan ini kebal dan imuniti dari campur tangan bukan pelajar. Benar-benar membawa suara pelajar. Tapia apa yang saya lihat, mereka banyak melaksanakan apa yang pihak atasan mahukan. Sekian lamanya menjadi boneka. Mungkin ini pandangan saya sahaja.Padangan orang ketiga yang mereka akan kata “kau tak tahu apa-apa” Pergolakan di dalamnya memang saya tidak tahu. Tapi bukankah sekian ramai pelajar memandangnya seperti saya juga?

4 thoughts on “Revolusi II : Varsiti Tepi Laut”

  1. Wah.. Yana jadi calon ya..
    Saya juga pernah diminta untuk bertanding tapi saya menolak.
    Pada sidang yang sama, saya juga terlibat secara langsung dengan proses pilihanraya.
    Saya juga tahu apa yang Yana tahu..
    Di peringkat kampus sendiri pilihan raya nya tidak telus…

    Like

    1. Fairuz : ya, tapi bukanlah sebab terbaik pun. disuruh jadi kambing hitam sahaja.🙂 Jadi pengalaman ini memang benar ada di mana-mana la kan? Dan apa yang saya cerita itu memang benar la?🙂
      Sedihnya, pilihan raya yang dicanang harus telus tetapi tidak telus pun. tak bersih pun.🙂

      Like

  2. Saya hanya ketawa mendengar kisah awak, Yana kerana saya juga turut terlibat secara langsung sebagai penggerak kepada golongan bukan pembangkang, masa tahun pertamalah. Selepas itu, saya menjadi seorang yang bebas dengan membawa pemikiran sendiri dan tidak mahu terikat lagi dengan segala habuan dan janji manis jika berjuang bersama-sama dengan pasukan penggerak parti bukan pembangkang…malah saya lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku…..:)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s