Durian Oh Durian (Memoir)


<p>Di belakang rumah saya, ada beberapa batang pokok durian. Saya membesar dibawah daun-daun durian yang gugur, tempat saya bermain sewaktu musim durian belum tiba. Sebaik sahaja melihat putik durian, saya sudah tidak berapa berani berlari-lari dibawahnya atau memanjat dahannya. Ya, saya membesar dengan aktiviti memanjat pokok sekitar rumah saya.

Apabila musim durian tiba, saya, adik, abang serta abah akan berjaga menunggu durian gugur. Walaupun sedang menonton tivi, sedang makan malam, kami akan berdebar-debar menunggu bunyi durian gugur. Sebaik sahaja ada bunyi debuk debuk, cepat-cepat kami ambil lampu suluh dan mula menyuluh durian di bawah pokok dekat tanah. Kalau malam itu bernasib baik, mungkin dapat lebih daripada 5 biji. Jika tidak bernasib baik mungkin hanya sebiji atau tidak ada langsung. Kadang kala sampai bertimbun-timbun durian. Itu musim yang paling meriah dan saya dapat lesen berjaga malam atas alasan menunggu durian gugur. Perasaan itu semakin menyeronokkan apabila pagi-pagi sebelum pergi ke sekolah, saya akan meluangkan masa untuk mencari durian di bawah pokok.

Membelah durian, membuka pangsa durian seakan menunggu Pandora dibuka di depan saya. Saya tertanya apakah rasa durian ini, sedapkah, sudah masakkah atau keras? Tapi durian dibelakang rumah saya jarang mengecewakan saya. Semakin dewasa, pokok durian tidak pernah gagal menimbulkan suasana meriah yang sangat jarang ada.

Segalanya berubah apabila kami punya jiran di belakang rumah. Apabila musim durian menjadi musim kehilangan durian. Apabila berbunyi sahaja dan kami pantas ke belakang tapi durian sering kali hilang. Lama-lama kami jadi jemu dan musim durian bukanlah musim yang menggembirakan lagi. Kami pun sudah dewasa dan meninggalkan rumah untuk ke sekolah asrama, pokok durian yang sama tua dengan usia saya sudah semakin lelah mengeluarkan buahnya. Akhirnya ibu menebang hampir semua pokok durian dibelakang rumah dan menggantikan dengan pokok lain.

Setiap kali musim durian kini, saya begitu banyak durian dijual ditepi jalan, hanya hulur duit, boleh sahaja makan durian dengan sewenangnya. Baru-baru ini, saya pulang ke kampung, sepanjang perjalanan nampak lori-lori yang buka gerai jualan durian. Ketika di kampung saya mengidam makan durian. Sangatlah tidak nikmat makan durian sekarang yang hanya dibeli ditepi jalan sahaja. Ketika itu betapa rindunya saya pada pokok durian dan bunyi durian serta kenangan saya berlari-lari di bawah pokok durian untuk mencari durian.

2 thoughts on “Durian Oh Durian (Memoir)”

  1. Apakah kau cuba menyatakan bahawa jiran kau yang mengambil durian itu? HAHA. Aku bukan penggila durian. Aku hanya akan makan jika ada. Jika tiada, aku tak akan cari. Oh, sekarang aku di kampung. Sudah berbiji2 buah durian nenek aku telah aku sebat dengan rakus. Sangat enak! (walau mungkin tidak seenak durian D-24, tapi kerana ia adalah durian nenek maka sedapnya jadi luar biasa)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s