Berbuka, terawih dan babrican


Pertama kali berbuka di masjid ialah pada tahun lepas, semasa berkerja di Shah Alam. Ini semua hasil idea Nissa’ Yusof yang mengimpikan untuk berbuka di masjid sejak zaman dia di UiTM.


Oleh kerana tiada pengalaman langsung berbuka di masjid Shah Alam, kami pun datanglah dekat waktu berbuka dengan sangkaan baik adalah makanan berbuka untuk kami dan mengandaikan bahawa tiada orang yang mahu berbuka di masjid. Nyata sangkaan kami tersasar di jalan apabila semua tempat penuh dan tiada apa untuk kami berbuka. Dengan langkah longlai, kami merencana untuk berbuka selepas solat Maghrib. Ketika itu seorang penjual di bazaar masjid menawarkan bubur lambuk kepada kami kerana kasihan pada kami yang tidak dapat makanan berbuka.

Selepas itu, kami sudah pintar mengatur strategi waktu berbuka dan bila masanya untuk datang sebelum semua tempat berbuka telah diisi dengan orang. Ada kalanya saya yang akan datang dulu, ada waktunya Nissa’ yang akan datang. Bergantung pada kekangan kerja dan komitmen yang harus dipenuhi.

Di masjid Shah Alam, menu berbuka bukan calang-calang. Kadang-kala nasi ayam, ada waktunya nasi beriani. Kalau nasi putih, lengkap ayam/daging dan sayur-sayuran yang dimasak sangat sedap, lebih bagus rasanya berbanding beli di Pasar Ramadan. Tidak lupa buah-buahan, kurma dan bubuk lambuk untuk melengkapi menu berbuka puasa. Sebab itu hampir kebanyakan masa berbuka, kami lebih memilih untuk berbuka di masjid berbanding bersesak-sesak di Pasar Ramadan atau bersidang lintang pukang di dapur.

Apa yang lebih menyeronokkan, kami boleh naik untuk terawih. Di antara sela waktu maghrib dan terawih, jika tidak membaca al-Quran, kami akan mengambil kesempatan duduk di beranda masjid sambil merenung langit. Sesekali membeli barbican (yang pertama kali baru dicuba), di bawah menara masjid itu kami bertukar-tukar kisah kerja, gosip-gosip, kisah hati ke hati atau hanya sekadar mendiamkan diri sambil minum barbican yang sungguh pekat gasnya.

Sesekali mahu bertukar angin, kami membeli makanan di Pasar Ramadan dan berbuka di bawah langit luas di dataran Shah Alam. Tidak sedikit yang memilih berbuka di dataran Shah Alam. Bukan orang bujang sahaja, ada juga yang berkeluarga dan membentang tikar di atas rumput hijau tersebut.

Sejurus selepas raya, saya bertukar tempat kerja, bertukar tempat tinggal. Ramadan tahun ini tidak sama dengan Ramadan tahun lepas. Sungguhpun masih seronok, tentulah tidak seseronok berbuka di Masjid Shah Alam, berterawih dengan Imam yang sungguh merdu suaranya dan bergelak ketawa dibawah anjung menara masjid.

Begitulah, jangka masa setahun banyak membezakan kenangan-kenangan yang menyulam di dalamnya.

8 thoughts on “Berbuka, terawih dan babrican

  1. Tahun ini tahun pertama saya berbuka di surau berhampiran rumah.
    Sangat tidak menyeronokkan bila ada orang mengaut keuntungan daripada bayaran moreh dengan menyediakan makanan yang sangat ringkas dan murah. Pastinya tidak berbaloi dengan bayaran moreh sehari ( RM420 )
    Sedih T_T

    Like

  2. Semasa belajar di UM beberapa tahun yang lepas, hari-hari saya berbuka puasa di Masjid TNB bangsar, best! Sekarang tidak lagi. Hari saya akan berbuka puasa bersama-sama Ketua Polis IPD Gombak di Masjid As -Rasyidin, Batu 20, Kuang

    Like

  3. sudah berbuka di masjid sedari sekolah menengah. masuk ke universiti, masjid ialah choice ketiga terakhir kalau dah pukul 6.30, tapi masih tiada idea untuk berbuka di mana (second last ialah rumah, manakala last choice ialah 3 biji tamar, sebotol air kosong serta sebatang rokok di bilik sendiri).

    Like

    1. Mikhael : Saya baru pertama kali tahun lepas. tahun ini belum lagi 🙂 tak berkesempatan tapi akan tekad berbuka juga di situ 🙂 Seronok juga tanpa perlu fikir apakah juadaha berbuka, tinggal tunggu sahaja apa yang mereka hidangkan 🙂

      Like

  4. Saya pertama kali berbuka di masjid shah alam pun begitu,datang-datang makanan sudah habis kerana ingatkan tak ramai.ternyata masjid shah alam sangat meriah ketika Ramadhan.akhirnya,tahun ini saya memilih masjid Al-Falah di usj setiap kali selepas kerja kerana tidak terlalu ramai.makanannya,ukhwahnya,solatnya,meriahnya…masyaAllah..ternyata luar biasa.

    Like

    1. Syafiqah: Tetapi sangat seronok berbuka di masjid yang meriah macam itu. Banyak kelebihan, tak perlu nak fikir nak beli makanan berbuka. Jadi ibadat fokus sahaja. Haha. 🙂 Tetapi Ramadan tahun ini, banyak lagi berbuka di rumah, tak ada teman macam dahulu 🙂

      Like

Tinggalkan komen