Penyiasat Remaja


Kata Miyuki kepada Hajimie dalam satu siri komik Penyiasat Remaja.

“Sepasang kaki tidak dapat memijak dua pelantar kapal.”

Saya ingin sahaja mengulang kata-kata Miyuki yang diambil daripada peribahasa Cina itu lewat kebelakangan ini dengan menambah di belakangnya…

“… kalau kau mahu juga buat begitu, pastikan bila kau terjatuh, kau tak tarik kapal sama-sama tenggelam bersama kau. Basah dan tenggelamlah seorang diri.”

+++


Sebab itu saya tidak pernah jemu membaca Penyiasat Remaja dan Penyiasat Remaja Q. Ini adalah koleksi komik yang saya wajib ulang baca setiap tahun. Siapa yang cakap komik kegemarannya Detektif Conan dan menolak kedua-dua komik kesayangan saya ini, saya anggap mereka tasteless! Walaupun komik Detektif Conan sangat banyak dan siri televisyennya boleh ditonton di TV3 sehingga sekarang berbanding Penyiasat Remaja tetapi orang yang mempunyai citarasa yang bagus akan tahu membezakan jauhari dan manikam dengan kaca. Hik hik hik.

Sebenarnya, apabila membaca komik Penyiasat Remaja, saya dihiburkan dengan kegeniusan Hajimie menyelesaikan masalah, kelicikan penjenayah, bukti alibi dan emosi cerita tersebut. Malah setiap pengakhiran kes yang diselesaikan Hajimie, selepas pembunuh membongkarkan tujuan semua pembunuhan dilakukan, saya mendalami emosi pembunuhnya dan sebab-sebab mereka melakukan pembunuhan. Semuanya bermula dengan dendam dan rasa tak puas hati. Ada yang membalas dendam di atas apa telah mangsa lakukan kepada kenalan atau orang kesayangan mereka atas alasan supaya orang kesayangan mereka berasa tenang di alam sana. Mungkin kita fikirkan tindakan kita pada orang lain tidak memberi kesan. Kita mungkin tidak menyangka perbuatan yang kita fikirkan hanya bermain-main rupanya membenihkan rasa dendam dan mewujudkan keinginan membunuh.

Hajimie sering memberikan jawapan kepada pembunuh itu yang akhirnya kembali kepada kemanusiaan dan kasih sayang. Benarkah dengan membunuh atas tiket membalas dendam dan menuntut bela dapatkan membuatkan roh si mati tenang? Tetapi apakah pembunuh itu akan berasa tenang dan berbahagia? Bukankah membalas dendam dan berbuat jahat kembali itu menjadikan pembunuh juga sekejam mangsanya? Kalau seseorang mati kerana orang lain,bukankah orang itu berkorban supaya orang yangdiselamatkan hidup dan berbahagia? Walau atas apa alasan pun, kita tidak pernah punya kuasa untuk menjatuhkan hukuman pada orang lain.

Selain daripada itu, saya sukakan terjemahan komik ini. Tatabahasa yang bagus, terjemahan yang bagus. Saya selalu kagum dengan terjemahan komik dari Jepun (Penyiasat Remaja) dan komik aksi (Alam Perwira, Pedang Setiawan, Dewata Raya) yang menggunakan Bahasa Melayu Aras Tinggi dan pemilihan perbendaharaan kata yang indah dan tepat. Kadang kala bahasa komik yang merosakkan bahasa anak-anak bukanlah yang dibawa dari luar sebaliknya komik tempatan yang terlalu banyak dilambakkan bahasa slanga atas alasan mahu membuatkan komik itu terasa humor. Rasanya bukan membuatkan komik itu terasa humor tetapi terasa bodoh sekali.

20 thoughts on “Penyiasat Remaja”

  1. Hey, saya pun pernah baca (baca: kumpul) penyiasat remaja. Dan berita paling sedih ialah, minggu lepas saya kemas almari komik saya dan baru sedar yang almari tu diserang anai-anai.

    Semua komik, tinggal kulit je, isi dalam dah kena makan.
    Tahu lah muka surat komik yg warna kuning mcm kertas recycle tu, mungkin rasa paling sedap bagi anai-anai.
    😦

    Like

    1. Midori : Eii.. anai-anai itu sangat jahat!!! Kasihan awak… Koleksi komik ini memang saya akan ulang baca, sebab tu mungkin anai-anak tak sempat nak makan kot🙂 banyak juga komik saya hilang dan saya dengan gigihnya membeli koleksinya yang baru🙂

      Like

  2. Saya pun agak gigih juga nak beli yang baru. Cuma, mak dah warning supaya ‘jangan beli’. Katanya : “anai-anai pun tahu marah.”

    Agaknya, dia marah bila lihat anaknya sibuk kumpul komik. Risau tengok anak tak mahu cepat besar. Hihihi.

    Like

  3. saya suka watak jahat yang juga musuh ketatnya, ahli silap mata tu youchi takatoo. sentiasa dapat lari dari kindaichi. juga watak polis orang putih tu, kengo akechi😀

    saya membesar dengan penyiasat remaja, bukan conan. hehehe.

    Like

    1. Shukri : OMG!! Saya suka watak tu. Dia membunuh untuk kesenian dancara dia membunuh itu dengan rancangan yang genius! Seperti katanya pada hajimie, mereka bagaikan garisan yangsejajar tetapi tak pernah bertemu!
      Shukri, sebab tu awak serasi dengan saya🙂

      Like

  4. aku pernah suka Conan. aku pernah kumpul manga Conan. dan aku oernah menyesal berbuat demikian.

    Penyiasat Remaja on the other hand, better. Even lukisan kadang-kadang macam Shin Chan, tapi jalan cerita Kindaichi lebih realistik. Jauh lagi bagus dari Shinichi, yang mengambil kira perbezaan beberapa molekul habuk untuk deduct a crime.

    Like

    1. Mikhael : jom kita buat kelab penyiasat remaja. heeee🙂 saya tak pernah kumpul Conan! Saya kumpul penyiasat remaja sahaja. Lihatlah koleksi saya tu🙂

      Ya, peyiasat remaja lebih realistik walaupun cara pembunuhannya selalunya dikalangan watak dalam cerita itu. Saya suka cerita itus ebab kadang-kala Fumiya Sato dah bagi klu senjata pembunuhan dalam ilustrasinya. Sama ada kita boleh fikir atau tak sahaja🙂. Lagi satu cerita Conan macam tak logik sebab pembongkaran kes dibuat oleh detektif mouri tapi mulut tak buka pun. HIk hik. takkan lah ornag tak perasan kot!

      Like

  5. Ouch, saya rasa nak pergi rampok Penyiasat Remaja Kes dan Cabaran di rumah awak. Amboi, buat saya jeles ya? Huhuhu.
    Saya pun ada komik aksi juga tapi bukan yang awak baca tu. Saya kumpul Teman Pendekar Helang Sakti. Komik komik begitu bahagian terbaiknya ialah terjemahan pepatah mereka.

    Like

    1. Hahaha🙂 meh meh lah merampok! saya dah pasang mangga besi. Jangan haraplah dapat merampok! Ki Ki Ki.

      Oh, saya baca dewata raya dan paling saya suka Alam Perwira. Aha. terjemahan pepatahnya sangat bagus. Tapi tak dapat dinafikan saya sering kagum dengan terjemahan komik ini🙂

      Like

  6. eheh. serasi ya. *tersipu-sipu*

    takatoo ‘kembar’ kindaichi yang bertentangan. sama-sama bijak. hehe. kes yang saya paling suka pulak dalam buku edisi khas, no 4, yang pembunuhan di perkampungan nelayan tu. sayu je rasa. huuu…

    Like

    1. Shukri : Oh tu dalam buku Cabaran Remaja Kindaichi rasanya.. bukannya dalam siri 1-27. pembunuhan itu bermula apabila kawan perempuannya bunuh diri. Pastu ada pembunuhan secara berterusan. Semuanya bermula kerana rasa cemburu tidak dapat menjadi kekasih kepada seorang lelaki tu kan. Dan semua mereka adalah kawan-kawa hajimie masa kecil🙂. betul tak?

      hehe… Tak serasi ke?🙂

      Like

  7. aaaa…tidaaakkkk!!!
    membaca entri awak kali ini buat hati saya sayu dan cemburu dan dengki dan iri hati.*keji gila*
    saya ada semua buku PR tapi dah rosak dan hilang sebab di’lenjan’ adik2 dan kawan2.
    kesimpulannya ialah, komik kesayangan jgn sekali2 pinjamkan orang baca.
    sekian!
    eh tapi saya tak baca detektif Q. best ke?

    Like

    1. Sue ; tak baik dengki-dengki di hari raya. hahaha. sengaja je letak gamabr bagi orang terbakar sikit. ki ki ki. Niat punyalah tak elok kan?🙂

      Lain kali koleksi kesayangan kena simpan baik-baik punya.🙂

      Like

  8. Takpa, sy relaks dulu walaupun dalam hati memang ada niat membuat rompakan koleksi awk tu juga. Skg dlm proses mengumpul kesemua koleksi. Sekolah Detektif Q da lengkap, Penyiasat Remaja cabaran pun sudah juga. Tinggal Penyiasat Remaja siri 1-27 (ada beberapa yang tertinggal) dan satu atau dua Penyiasat Remaja kes khas shj lg. Harap2 pertenghan thn ni da dapatlah semua. Abis duet pun abes la. Tk kira!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s