Mengukur Bahagia


Susah untuk mengukur rasa bahagia.

Ada yang sudah punya rumah yang besar, kereta yang mewah, kerja yang baik, keluarga yang baik tetapi masih belum bahagia.

Ada pula yang tidak punya pekerjaan yang baik, rumah yang sempurna, kenderaan yang apa adanya tetapi sudah rasa bahagia apabila pula ke rumah melihat isteri dan anak-anaknya.

Soalan yang selalu ditanya, “Awak rasa bahagia tak?” bukanlah soalan yang tepat. Tetapi soalan yang setepatnya ditanya, “Adakah awak berasa cukup bahagia?”

Apabila kita cukup merasa bahagia, kita tidak akan mencari yang lain untuk merasa bahagia sebab kita sudah merasakan apa yang kita ada sudah cukup membahagiakan. Tidak perlu apa-apa pernambahan. Jika ada, itu satu anugerah dan kelebihan.

Tetapi apabila kita tidak merasa cukup bahagia, lambakkan di depan mata: rumah besar, kerja yang baik, isteri/suami yang sempurna, anak-anak nan santun atau apa sahaja, tidak dapat membuatkan hatinya tenteram dan dia akan berterusan mencari-mencari apa-apa sahaja yang dia fikirkan boleh membuatkan cukup bahagia. Lama-lama sikap mencarinya akan bertukar menjadi sikap tamak. Dan selamanya tidak apa yang dapat membahagiakannya.

Janganlah bertanya kepada pasangan anda, “Apakah awak merasa bahagia?” tetapi bertanyalah “Apakah awak cukup merasa bahagia?” atau “Apakah saya cukup untuk membahagiakan awak?”.

3 thoughts on “Mengukur Bahagia”

  1. Bahagia itu dari dalam jiwa… (lirik lagu yang sudah tidak terhafalkan). Kalau semua sudah ada tetapi tetap tidak merasa bahagia, mungkin perlu muhasabah diri. Ada sesuatu dalam kehidupan yang tidak diberkati.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s