Berbagi Kekasih Puisi


Untuk kekasih puisiku Aan Mansyur aku seperti tidak mahu lagi berkongsi kekasih. Seperti aku berkongsi kekasih puisiku terdahulu Sapardi Djoko Damono dengan semua yang mahu dan kenal apa itu sajak lirik.

Aku benci, terlalu benci untuk kau baca puisi-puisi milik kekasihku dan kau kata kau turut menyenangi beberapa puisi atau sebahagian puisinya. Lalu kau tiba-tiba mahu berkongsi kekasih puisiku dan mengatakan dia kekasih puisimu juga (atau suka puisinya)

Banyak benda di dalam dunia ini yang telah dan untuk dikongsikan dan aku telah banyak berkongsi benda dengan orang lain dan kamu tentunya, kafe yang kusukai, buku yang kubaca, teman kesayangan, warna kesukaan, jenis kek atau apa sahaja tetapi kalimat dan kata-kata yang dibentuk oleh kekasih puisiku, aku enggan berbagi.

Biar hanya aku sahaja yang tahu kesederhanaan kalimat yang diungkapkan, atau kerendahan hatinya semasa bermain hujan dan menukilkan ke dalam kalimat, atau keindahan kata-kata yang dipilih dan disusun daripada jutaam kata-kata di luar sana. Biar hanya aku sahaja. Hanya aku.

Aku tidak suka kau mencemari dan menyatakan kau menyenangi kekasih puisiku hanya untuk memenangi hati orang sahaja.

8 thoughts on “Berbagi Kekasih Puisi”

    1. Huruf kecil : Aduhai Mas Aan, malu sekali saya apabila Mas Aan membaca tulisan ini. Hanya tulisan suka-suka sahaja tanda penghargaan tulisan Mas Aan yang sunguh mengagumkan saya🙂 Saya selalu terinspirasi dengan puisi Aan Mansyur yang penuh kata-kata yang sederhana sekaligus mempesonakan. Teruskan menulis ya, kekasih puisi (sambil pipiku merah dan malu)

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s