Untuk kekasih puisiku Aan Mansyur aku seperti tidak mahu lagi berkongsi kekasih. Seperti aku berkongsi kekasih puisiku terdahulu Sapardi Djoko Damono dengan semua yang mahu dan kenal apa itu sajak lirik.
Aku benci, terlalu benci untuk kau baca puisi-puisi milik kekasihku dan kau kata kau turut menyenangi beberapa puisi atau sebahagian puisinya. Lalu kau tiba-tiba mahu berkongsi kekasih puisiku dan mengatakan dia kekasih puisimu juga (atau suka puisinya)
Banyak benda di dalam dunia ini yang telah dan untuk dikongsikan dan aku telah banyak berkongsi benda dengan orang lain dan kamu tentunya, kafe yang kusukai, buku yang kubaca, teman kesayangan, warna kesukaan, jenis kek atau apa sahaja tetapi kalimat dan kata-kata yang dibentuk oleh kekasih puisiku, aku enggan berbagi.
Biar hanya aku sahaja yang tahu kesederhanaan kalimat yang diungkapkan, atau kerendahan hatinya semasa bermain hujan dan menukilkan ke dalam kalimat, atau keindahan kata-kata yang dipilih dan disusun daripada jutaam kata-kata di luar sana. Biar hanya aku sahaja. Hanya aku.
Aku tidak suka kau mencemari dan menyatakan kau menyenangi kekasih puisiku hanya untuk memenangi hati orang sahaja.
*terdiam sejenak*
LikeLike
Shukri : Eh kenapa pula? 🙂
LikeLike
saja. hehehehe 😛
LikeLike
Shukri : Mengada 🙂
LikeLike
apa yang harus saya katakan?
LikeLike
Huruf kecil : Aduhai Mas Aan, malu sekali saya apabila Mas Aan membaca tulisan ini. Hanya tulisan suka-suka sahaja tanda penghargaan tulisan Mas Aan yang sunguh mengagumkan saya 🙂 Saya selalu terinspirasi dengan puisi Aan Mansyur yang penuh kata-kata yang sederhana sekaligus mempesonakan. Teruskan menulis ya, kekasih puisi (sambil pipiku merah dan malu)
LikeLike
perghh, sukar aku hendak interpretasi entri ni, haha~
LikeLike
Tak payah interpretasikan.. hehe Baca sahaja 🙂
LikeLike