Di sebalik S.O.S #01


Bermula dengan idea suka-suka, sehingga saya menerima naskhah cetak S.O.S #01 di kilang pencetaknya Vinlin Press, saya masih tidak percaya bahawa idea kasar, suka-suka dan gila-gila akhirnya ada di tangan saya.

Seperti yang dinyatakan dalam entri Membangunkan Sesuatu yang Baru, durasi masa idea kasar sehingga kepada sampai di tangan pencetak hanyalah 2 bulan sahaja. Itu pun bertangguh sebulan kerana menunggu pereka grafik yang masih ditemui. Sudah bertanya beberapa kali kepada beberapa orang, tiada siapa sanggup atau tahu menggunakan Adobe Indesign dan mahu mereka letak majalah ini dengan percuma.

Benarlah, apa yang pihak tim editor boleh berikan, hanyalah kecintaan pada majalah. Tidak wang ringgit. Malah, kalau dihitung berapa banyak tenaga, masa dan duit terlabur untuk ke sana sini bagi mencari penulis, pencetak, ke majlis. Sudah tentu menguras perbelanjaan yang bukan sedikit. Tetapi benarlah bila kita sudah jatuh cinta pada sesuatu, wang ringgit dan masa bukanlah persoalan lagi. Yang kita mahukan kecintaan kita membesar dan tumbuh dengan sangat baik. Mekar seperti bunga selepas hujan begitulah hasrat saya.

Akhirnya di hujung Ramadan, kami bertemu seseorang yang sanggup mereka letak dan kehalusan lukisannya menepati impian dan imaginasi kami terhadap majalah. Mereka letak secara percuma tentunya. Ketika itu terasa melalui lorong gelap dan di hujung itu terlihat cahaya. Namun apakan daya, setelah melakukan beberapa kolum beliau terpaksa menarik diri kerana terikat dengan komitmen lain. Dimaklumkan semua tim editor bekerja sepenuh masa, menyambung pengajian di peringkat tertinggi. Bukannya melakukan projek ini sepenuh masa. Ketika itu, lagi seminggu sebelum dateline pada pencetak dan layout majalah masih tidak siap. Bertanya kepada beberapa orang, tiada yang boleh tolong atau lakukan. Seperti kata Aidil Khalid waktu itu, lagi selangkah menuju kejayaan, tetapi beroleh masalah. Kami berempat benar-benar terdiam.

Akhirnya, saya berkata, biarlah saya sahaja yang buat layout. Kebetulan Sucy Musalamah baru sahaja dibaiki setelah setahun tersadai rosak. Ironinya beberapa hari sebelum Sucy Musalmah rosak ketika setahun yang lalu, saya install Adobe CS4. Dan bayangkan pengetahuan terhadap perisian ini sangat sangat sangat sedikit. Hampir tiada sebenarnya. Berdikit-dikit belajar daripada manual dan juga buku panduan. Bayangkan sahaja, dateline lagi seminggu dan pereka letak adalah orang yang zero pengetahuan untuk mereka letak. Sungguh menggundahkan tetapi melihat wajah dan mata kawan-kawan waktu itu, Aidil Khalid, Nissa Yusof dan Wan Nor Azriq (terima kasih sehingga kini) seakan percaya dan bersungguh meletak percaya pada saya. Mereka di sisi ketika saya tengah blur dan cuba sedaya yang mungkin. Ya, atas sokongan dan pom pom mereka, saya berjaya menyiapkan majalah mengikut dateline.

Tentu sahaja banyak masalah teknikal. Sebab si pereka letak orang yang nihil pengetahuan. Ada gambar yang pecah. Tulisan yang tidak sesuai. Reka letak yang eksperimental dan cacar marba (mungkin). Beberapa kali menghantar salinan kepada pencetak kerana masalah itu. Tetapi begitulah, setiap komen dan kritikan saya terima dengan tangan terbuka.Komen dan kritikan ya🙂 . Kata orang, kalau kita mahu berenang, selagi kita tidak terjun dan berasa tenggelam, kemudian mengapungkan diri, sampai bila akan pandai belajar berenang? Orang tidak akan jadi pandai berenang kalau hanya tahu duduk di gigi air dan merungut tidak tahu berenang.

Saya berharap S.O.S #01 diterima dengan tangan terbuka. Walaupun terdapat kekurangan dan kelemahan. Yang baik itu tentulah kerana tim S.O.S yang berdedikasi, kalau yang kurang molek itu datangnya daripada tangan saya yang kaku seni dan masih sedang belajar.

 

Notakakitangan:

Entri ini ditulis sudah lama dan bertangguh untuk disiarkan. Setelah difikirkan, biarkah sahaja entri ini publish supaya di kemudian hari, jika S.O.S menjadi sebenar majalah yang sudah punya nama, saya bisa melihat kembali entri ini dan tertawa-tawa kecil. Jika mungkin ada masalah di kemudian hari dalam majalah ini, saya akan kembali melihat entri ini untuk memberi semangat. Menulis adalah untuk merakam memori kan

4 thoughts on “Di sebalik S.O.S #01”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s