Rindu


Rindu

Di halaman rumahmu, telaga

Aku tenggelam di dalamnya

Tanpa menemui dasar.


++++

Rupanya begitulah rasanya.

Kadang kala kau fikir kau sedang marah seseorang, rupanya tidak. Rasa itu telah bertukar, menjadi rindu, mungkin.

Rasa marah akan hilang ditiup bersama masa. Seperti kata seseorang kepada kau suatu ketika dahulu, “saya akan membiarkan masa memujuk awak.” Ironinya, kau cukup tak suka kata-kata itu. Fikiran kau, masa masakan dapat menyembuh semua kelukaan. Tapi akhirnya, hari ini kau percaya kata-kata itu. Ya, masa telah menyembuhkan kelukaan tersebut.

Kini kau mungkin berharap, kau boleh senyum dan menyapanya. Atau kau boleh duduk di kedai kopi, mencicip kopi dan tertawa girang bersamanya. Bayang-bayang yang dibelakang, biarkan hanya menjadi bayang-bayang sahaja. Ah, ada perkara yang lagi penting daripada itu.

Bukankah bersahabat bermakna selamanya bersahabat?

Belajar Untuk Tertawa


Kita sememangnya tidak pernah dapat memuaskan semua keinginan dan kemahuan setiap orang.

Tetapi kita tidak perlu berhenti untuk berusaha memberikan yang terbaik sekurang-kurangnya kepada diri kita.

Selebihnya, kita belajarlah untuk tertawa….

Kepada mereka yang pathetic dan tidak belajar menghargai hidup.

Kepada mereka yang kritikal tetapi hanya memberikan pendapat hampa.

 

 

 

 


 

 

Belajarlah untuk tertawa.

Hidup bukankah terlalu indah untuk disedihkan.