Penumpang Yang Aneh IV


 

Terminal berharap penumpang yang aneh dan kekasihnya pergi daripada dadanya. Walaupun dia telah mendengar dan menampung kesedihan, kedukaan kekasih penumpang yang aneh itu tetapi dia tidak dapat menampung lagi cerita-cerita itu di dadanya.

Ya, dia sememangnya terminal yang sudah belajar menerima pertemuan dan perpisahan di dadanya. Tetapi apakah itu sahaja yang layak diterima di dadanya? Perpisahan dan kesedihan? Terlalu, terlalu banyak bahagia yang ada di dalam dunia, mengapa hanya perpisahan sahaja yang dilihat di dadanya?

“Hai kekasih penumpang yang aneh, bukankah kau telah menerima kembali kepulangan kekasihmu, bukankah hidup kau telah lengkap kembali? Mengapa masih mahu ada lagi di dadaku? Pergilah mengembara menaiki keretapi yang sering datang dan berpapasan pergi di dadaku. Aku kirimkan pra-ucapan selamat tinggal. Bukankah kau telah membuat keputusan? Dan kau tidak mahu menarik kembali keputusanmu? Setiap satu keputusan perlu ada harga untuk membayarnya. Inilah harganya. Aku hanya menyediakan persinggahan untuk mereka yang benar-benar menghargai penantian. Bukan untuk mereka yang mensia-siakannya.”

Dia telah terlalu letih melihat drama ini di dadanya. Terlalu… Seolah-olah hidup ini terlalu berdosa kepada penumpang yang aneh. Apakah derita seluruh dunia ini hanya ditumpukkan di dada penumpang yang aneh itu seorang diri? Sungguh melucukan boneka ini. Sungguh…

Selamat tinggal, kekasih dan penumpang yang aneh — seru terminal. Pergilah jauh berkelana dan bina kembali dunia yang penumpang aneh selalu meratap-menangis kerana telah dirampas. Terminal mendoakan yang bahagia-bahagia sahaja untuk setiap penumpang dan pengunjung di dadanya.


 

Advertisements

Memo Untuk A IV


http://www.youtube.com/watch?v=ljWyIKyua8c

Tidak pernah aku jumpa lagu yang sesempurna lagu ini untuk menggambarkan apa yang terjadi dalam tahun-tahun yang telah kita lalui.

Kau telah lama memakai topeng dan kita telah lama hanyut dalam dunia pura-pura. Untuk apa, kita menjalani tahun demi tahun hanya ‘try hard to be the one’?

Kita terlalu takut menghadapi ketidaksempurnaan dan kita telah cuba menjadi terlalu sempurna untuk satu sama lain. Bukankah akhirnya itu melukakan kau? Dan melukakan aku juga?

Akhirnya, adakah kita gembira dengan permainan sunyi yang kita ciptakan? Diam, memang bahasamu, tetapi sejauh mana diam dapat menyelamatkan kau, aku dan kita keseluruhannya?

Apakah masih punya peluang untuk kita keluar daripada pesta masquarade ini? Mahukah kau memberi peluang kepada dirimu, diriku dan kita keseluruhannya, lagi?

Both afraid to say we’re just too far away
From being close together from the start

We tried to talk it over
But the words got in the way
We’re lost inside this lonely game we play

 

Memo Untuk A III


And I will try my best to let it subside
I’m letting go without taking any part of
Something what my heart truly wants
And no one will ever see you the way I do

Sangat berharap, suatu hari nanti kita boleh menikmati secawan kopi di mana-mana kafe atau mungkin seteko teh susu mawar yang ada kelompak kembang merah di dalamnya. Kau akan tertawa dengan ceritaku, aku akan bahagia melihat kau tersenyum. Tanpa perlu kau berpura-pura menjadi orang lain. Dan kau menjadi dirimu sendiri.

Ya, aku berharap. Aku akan menjadi satu-satunya orang yang mengenalimu luar dan dalam. Walaupun sepanjang perjalanan ini, kau tidak pernah sekalipun memberikan aku peluang.

I’m letting you go and wishing no one will ever see you the way i do.

Sumpahan Marquez dan Kegilaan The House of Leaves


Saya berpeluang meneliti buku The House Of Leaves karya Mark Z. Danielewski yang ditulis selama 10 tahun. Dalam bentuk pdf tentunya kerana novel itu seperti sudah dihilangkan dalam rak-rak di kedai buku negara kita. Betapa banyak di dalam novel itu yang membuatkan saya terkejut kerana betapa eksperimentalnya novel itu. Bukan tertakluk kepada kata-kata sahaja tetapi bentuk, warna dan kod.

Beberapa jam sebelum itu, saya di acara Borak Buku, Coffee Beans, KL Sentral. Aktiviti PENA dan MPR yang berharap akan jadi tempat untuk berkongsi buku secara santai dan mengeluarkan buku-buku terbaik pilihan tetamu jemputan dan mengeluarkan buku-buku bagus itu daripada timbunan rumah perpustakaan.

Buku yang dibicarakan adalah 100 Years Of Solitude karya Gabriel Garcia Marquez yang sangat popular di kalangan kawan-kawan saya kerana dikatakan novel pertama yang memperkenalkan realisme magis kepada sastera dunia. Malah ada salah orang penulis senior yang pernah mengatakan kepada saya bahawa selepas membaca novel ini, dia seperti sudah tiada emosi membaca novel lain kerana tiada novel yang menandingi keasyikan pesona 100 Years Of Solitude atau yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Sumpah 7 Keturunan.

Anehnya, saya masih tidak membaca buku itu walaupun telah digilai seramai penulis dan dalam senarai 1001 buku wajib baca sebelum mati. Mungkin kerana kepopularannya dan saya tidak mahu membaca kerana tunduk kepada kehendak persekitaran. Dan anehnya, saya sudah mengkhatamkan Cantik Itu Luka karya Eka Kurniawan yang ditulis setelah terilham daripada buku ini. Pengalaman membaca buku Cantik itu Luka telah saya perturunkan di dalam entri terdahulu ini.

Lalu saya datang ke sana untuk menyerahkan diri disumpah dalam pesona Sumpah Tujuh Keturunan. Walaupun di dalam beg saya terdapat Gabriel Garcia Marquez For Beginners dan 100 Years of Solitude terbitan Penguin Modern Classic. Saya datang untuk mendengar, hanya untuk mendengar daripada tetamunya, Zainal Rashid Ahmad dan mereka yang telah membacanya, pengamal sastera tegar.

Betapa anehnya lagi, apabila saya mendengar ada beberapa pengamal sastera tegar tidak dapat menghabiskan bait-bait kalimat yang disumpah oleh Marquez dalam bukunya itu lantaran kepanjangan dan mungkin ‘kegilaan’ imaginasi dan bahasa Marquez. Tentu sahaja saya tidak tenggelam dalam pesona Marquez kerana tidak membaca bukunya lagi. Mungkin.

Terkemudian apabila saya membelek betapa gilanya buku The House Of Leaves, betapa banyak pertemuan yang membuatkan jantung saya terkejut-kejut, saya terfikir kalau 100 Years of Solitude tidak dapat menyumpah pengamal sastera tegar itu untuk duduk menghabiskan setiap baitnya apatah lagi buku The House Of Leaves?

Mungkin mereka akan pengsan kerana terkejut yang amat?

Itu, saya tidak pasti.

Cenderawasih – Kecintaan Yang Baharu


Akhirnya, saya sudah ada Cenderawasih di tangan. Tentu sahaja selepas menulis entri Permintaan Sederhana, saya mencari sketch book yang akan membuatkan saya jatuh cinta tanpa perlu rasa ragu-ragu. Buku sketch book yang saya namakan Cenderawasih tentu sahaja akan menjadi kecintaan saya yang baharu, selain Arjuna, Sucy Musalmah, Marion dan Q.

Di dalam Cenderawasih, saya berharap akan menjadi kamar yang saya lukiskan kata-kata di dalamnya. Suatu hari, dengan harapan akan menjelma menjadi sekumpulan rangkaian kalimat indah.


Seperti dalam kata penutup yang ditulis oleh pemberinya

“Semoga setiap hari kau punya kamar untuk mencari kata-kata yang sederhana”

Penumpang Tren Yang Aneh III


Terminal memerhatikan penumpang yang baru kembali setelah beberapa jam pergi.

Dia hanya tersenyum, dan dalam dadanya ada suara-suara yang tak terdengarkan.

Penumpang itu hanya ingin menduga kekasihnya, itu telah lama terminal tahu. Bukankah dia telah banyak menerima perpisahan dan pertemuan di dadanya. Dia tahu mana penumpang yang pergi untuk berpura-pura. Mana penumpang yang benar-benar pergi tanpa mahu kembali.

Dia telah berbicara dengan kekasih yang ditinggalkan di dadanya. Dia telah mendengar keluh kesah dan menghiburkan hati kekasih. Ah, bukankah terminal, hanya persinggahan waktu.

Kini, terminal akan membatukan dirinya, dan tertawa-tawa melihat penumpang yang aneh dan kekasihnya.

Memo Untuk A II


Apakah ada seseorang seperti kamu?
Apakah orang itu yang kehilangan GPS atau tidak menemui GPSnya untuk ke hati saya?
Apakah kamu ingin saya membina kepercayaan seperti itu?
Diam adalah bahasa yang sungguh melukakan.

“Sometimes it last in love but sometimes it hurt instead”