Cerpen Ciuman Pada Buku di Tunas Cipta Oktober 2011


Semuanya bermula apabila saya tercium sehelai muka surat buku secara tak sengaja. Saya benar-benar terlupa saya memakai pemerah bibir waktu itu. Benar-benar terlupa. Kemudian, saya terfikir. Bagaimana jika ada yang terbeli buku tersebut. Apa perasaannya apabila melihat sebuah buku baru ada segaris ciuman di salah sebuah muka surat itu?

Saya fikir mahu mengarang sajak sahaja berdasarkan peristiwa tersebut. Ketika itu saya gila menulis sajak. Setiap hari tanpa gagal, menulis sebuah dua sajak.

Namun emosi yang hendak ditulis waktu itu terlalu banyak, naratifnya terlalu panjang, maka terus sahaja saya lajakkan menjadi sebuah cerpen. Kebetulan, saya pernah menulis cerpen MABUK BUKU. Jika lelaki, dia akan merompak sahaja buku kegemarannya, bagaimana pula dengan seorang perempuan? Meninggalkan kecupan!

Begitulah ceritanya sebuah kejadian tanpa sengaja dan akhirnya membentuk sebuah cerpen yang disiarkan dalam Tunas Cipta Oktober 2011. Apa yang mengujakan judul cerpen itu dipilih untuk disandingkan di muka depan.

 

Cerpen penuhnya boleh dibaca di sini:

Ciuman Pada Buku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s