Terminal Keretapi


Apakah kau meminta aku menunggu di terminal ini dan tidak menaiki keretapi yang berpapasan kerana kau berasa sunyi? Kerana boneka-boneka yang kau susun satu per satu telah hilang ditelan waktu atau meminta diri pergi?

Kau mahu sahaja, aku menemanimu di terminal ini, membiarkan aku melihat keretapi berpapasan dan menyatakan keretapi itu akan membawa penumpangnya ke destinasi yang tidak pasti. Terminal meskipun perhentian waktu dan aku menangguhkan begitu banyak perjalanan, kau selalu sahaja bisikkan ini adalah dunia yang indah.

Yang aku tidak tahu, rupanya kau sedang menunggu boneka kesayanganmu yang kau titipkan di salah sebuah keretapi. Menunggu boneka kesayanganmu pulang menjadi manusia yang bisa kau pegang tangannya kembali.

Waktu itu, aku telah kau bentuk menjadi boneka untuk disusun menjadi tontonan manusia yang berpapasan sebentar di terminal ini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s