Penumpang Tren Yang Aneh II


Anehnya penumpang tren, dia berkata

“Ini adalah kali terakhir aku mahu berada di terminal ini bersamamu kekasih. Aku telah melalui banyak kelukaan. Aku mahu berangkat pergi, selamanya dan tidak mungkin mahu kembali.

Hapuskan sesuatu yang kau sebut kenang-kenangan. Hapuskan sesuatu yang kau kata kerinduan. Kelukaan yang kuterima tidak dapat dihapuskan dengan semua itu.

Selamat tinggal, kekasih.”

Lalu dia berangkat pergi meninggalkan kekasihnya yang menanggung kesedihan. Anehnya tidak sampai beberapa jam, dia telah menaiki keretapi kembali pulang ke terminal itu.