Sumpahan Marquez dan Kegilaan The House of Leaves


Saya berpeluang meneliti buku The House Of Leaves karya Mark Z. Danielewski yang ditulis selama 10 tahun. Dalam bentuk pdf tentunya kerana novel itu seperti sudah dihilangkan dalam rak-rak di kedai buku negara kita. Betapa banyak di dalam novel itu yang membuatkan saya terkejut kerana betapa eksperimentalnya novel itu. Bukan tertakluk kepada kata-kata sahaja tetapi bentuk, warna dan kod.

Beberapa jam sebelum itu, saya di acara Borak Buku, Coffee Beans, KL Sentral. Aktiviti PENA dan MPR yang berharap akan jadi tempat untuk berkongsi buku secara santai dan mengeluarkan buku-buku terbaik pilihan tetamu jemputan dan mengeluarkan buku-buku bagus itu daripada timbunan rumah perpustakaan.

Buku yang dibicarakan adalah 100 Years Of Solitude karya Gabriel Garcia Marquez yang sangat popular di kalangan kawan-kawan saya kerana dikatakan novel pertama yang memperkenalkan realisme magis kepada sastera dunia. Malah ada salah orang penulis senior yang pernah mengatakan kepada saya bahawa selepas membaca novel ini, dia seperti sudah tiada emosi membaca novel lain kerana tiada novel yang menandingi keasyikan pesona 100 Years Of Solitude atau yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Sumpah 7 Keturunan.

Anehnya, saya masih tidak membaca buku itu walaupun telah digilai seramai penulis dan dalam senarai 1001 buku wajib baca sebelum mati. Mungkin kerana kepopularannya dan saya tidak mahu membaca kerana tunduk kepada kehendak persekitaran. Dan anehnya, saya sudah mengkhatamkan Cantik Itu Luka karya Eka Kurniawan yang ditulis setelah terilham daripada buku ini. Pengalaman membaca buku Cantik itu Luka telah saya perturunkan di dalam entri terdahulu ini.

Lalu saya datang ke sana untuk menyerahkan diri disumpah dalam pesona Sumpah Tujuh Keturunan. Walaupun di dalam beg saya terdapat Gabriel Garcia Marquez For Beginners dan 100 Years of Solitude terbitan Penguin Modern Classic. Saya datang untuk mendengar, hanya untuk mendengar daripada tetamunya, Zainal Rashid Ahmad dan mereka yang telah membacanya, pengamal sastera tegar.

Betapa anehnya lagi, apabila saya mendengar ada beberapa pengamal sastera tegar tidak dapat menghabiskan bait-bait kalimat yang disumpah oleh Marquez dalam bukunya itu lantaran kepanjangan dan mungkin ‘kegilaan’ imaginasi dan bahasa Marquez. Tentu sahaja saya tidak tenggelam dalam pesona Marquez kerana tidak membaca bukunya lagi. Mungkin.

Terkemudian apabila saya membelek betapa gilanya buku The House Of Leaves, betapa banyak pertemuan yang membuatkan jantung saya terkejut-kejut, saya terfikir kalau 100 Years of Solitude tidak dapat menyumpah pengamal sastera tegar itu untuk duduk menghabiskan setiap baitnya apatah lagi buku The House Of Leaves?

Mungkin mereka akan pengsan kerana terkejut yang amat?

Itu, saya tidak pasti.

Advertisements

2 thoughts on “Sumpahan Marquez dan Kegilaan The House of Leaves”

  1. Kau belum baca lagi 100 years of solitude?
    Kau wajib baca buku tu.. sekurang-kurangnya yg versi terjemahan.
    Aku cuba baca buku Marquez yg lain, tapi tak ada yang lebih menarik dari 100 years of solitude..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s