Penumpang Yang Aneh IV


 

Terminal berharap penumpang yang aneh dan kekasihnya pergi daripada dadanya. Walaupun dia telah mendengar dan menampung kesedihan, kedukaan kekasih penumpang yang aneh itu tetapi dia tidak dapat menampung lagi cerita-cerita itu di dadanya.

Ya, dia sememangnya terminal yang sudah belajar menerima pertemuan dan perpisahan di dadanya. Tetapi apakah itu sahaja yang layak diterima di dadanya? Perpisahan dan kesedihan? Terlalu, terlalu banyak bahagia yang ada di dalam dunia, mengapa hanya perpisahan sahaja yang dilihat di dadanya?

“Hai kekasih penumpang yang aneh, bukankah kau telah menerima kembali kepulangan kekasihmu, bukankah hidup kau telah lengkap kembali? Mengapa masih mahu ada lagi di dadaku? Pergilah mengembara menaiki keretapi yang sering datang dan berpapasan pergi di dadaku. Aku kirimkan pra-ucapan selamat tinggal. Bukankah kau telah membuat keputusan? Dan kau tidak mahu menarik kembali keputusanmu? Setiap satu keputusan perlu ada harga untuk membayarnya. Inilah harganya. Aku hanya menyediakan persinggahan untuk mereka yang benar-benar menghargai penantian. Bukan untuk mereka yang mensia-siakannya.”

Dia telah terlalu letih melihat drama ini di dadanya. Terlalu… Seolah-olah hidup ini terlalu berdosa kepada penumpang yang aneh. Apakah derita seluruh dunia ini hanya ditumpukkan di dada penumpang yang aneh itu seorang diri? Sungguh melucukan boneka ini. Sungguh…

Selamat tinggal, kekasih dan penumpang yang aneh — seru terminal. Pergilah jauh berkelana dan bina kembali dunia yang penumpang aneh selalu meratap-menangis kerana telah dirampas. Terminal mendoakan yang bahagia-bahagia sahaja untuk setiap penumpang dan pengunjung di dadanya.


 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s