Disember, Selamat Datang Musim Kekasih Saya


Kepada Disember…

Selamat datang Disember, musim kekasih saya. Selepas November tidak berbuat baik kepada saya, saya berharap kamu akan sentiasa bermanis muka dan bermuluk-muluk dengan saya. Terlalu banyak kedukaan dan kemurungan yang melanda bulan lalu, apakah hanya duka yang layak menghiasi bulan Novemberku? Kau tidak sebegitu kejam bukan.

++++++


Satu perkara yang saya suka menggunakan wordpress berbanding blog lain adalah apabila kedatangan bulan Disember, secara automatik, salji akan turun di blog saya. Salji itu kalau dilihat seperti hujan dan sangat kena dengan nama blog ini, Nyanyian Hujan.

Kepada pembaca saya yang sangat setia (jika ada), mahukah saya menceritakan sesuatu yang mungkin saya pernah tulis di sini tetapi entah mengapa saya seringnya akan berulang kali mengenangkannya. Kenangan, kalau tidak diingati, mengapa mesti simpan di dalam kotak fikiran?

Blog ini adalah blog pelarian. Dan anehnya saya melarikan diri di sini sekitar Disember empat tahun lepas. Terima kasih kepada kelukaan yang membuatkan saya mempunyai teman sesetia, Nyanyian Hujan dan saya menemui pembaca-pembaca di sini yang berkongsi begitu banyak rasa dan kata. Melalui blog ini juga, saya mengenali sedemikian ramai orang yang kemudiannya ada yang menjadi antara teman terbaik di luar blog.

Dan terima kasih teramat, kerana masih membaca blog ini, masih meninggalkan komentar. Mungkin di dalam blog ini tiada pernah ada suara-suara intelek yang boleh diambil baca, mungkin di dalam blog ini hanyalah himpunan kata-kata sederhana yang penuh dengan melankolia. Hanya itu.

Marilah kita sama-sama berharap, Disember, musim kekasih saya, hujan akan sentiasa berbuat baik kepada kita semua.

Notakaki: Saya sangat suka membuka blog sendiri dalam bulan Disember, bukan untuk membaca tulisan sendiri tetapi untuk menikmati salji yang turun di sini. Indah kan?

Advertisements

6 thoughts on “Disember, Selamat Datang Musim Kekasih Saya”

  1. Salam ziarah kembali, tahniah atas penyiaran puisi di Tunas Cipta bulan Disember 2011. Semoga terus berkarya. Tapi entah bila saya dapat menatapnya. Kerana bulan November pun belum dapat. Sudilah jengah ke blog saya dan memberi pendapat. saya sangat hargai.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s