Takah Lima Puluh & Antologi Karya Sasterawan 2011


I

Ada dua buah sajak dimuatkan dalam buku Takah Lima Puluh yang dibangunkan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan PENA (Persatuan Penulis Nasional). Saya menghantar dua buah sajak dan terkemudian hari selepas menerima buku ini barulah saya menyedari bahawa judul sajak saya antara yang paling panjang sekali. Dua buah sajak itu

  • Penyair Yang Membuatkan Aku Jatuh Cinta Pada Puisi
  • Kata-kata Yang Tidak Pernah Bermimpi Menjadi Puisi

Panjang bukan? Rasanya ketika kedua-dua sajak ini ditulis, saya gemar sekali memberi judul yang panjang dan menulis sajak tentang sajak. Sajak ‘Penyair Yang Membuatkan Aku Jatuh Cinta Pada Puisi’, saya tujukan kepada kedua-dua kekasih puisi saya yang mengajar saya menulis puisi dan menyedari sisi hidup saya yang lain lewat puisi-puisi mereka iaitu Sapardi Djoko Samono & Aan Mansyur. Apakah saya terlalu berlebihan menyukai mereka dan apakah tidak ada penyair dari Malaysia yang membuatkan saya jatuh cinta? Saya fikir tidak. Apabila kita mencintai sastera, mengajar kita mencintai semua kalimat indah tanpa perlu memikirkan sempadan negara.

II


Dalam buku Antologi Karya Sasterawan 2011 yang menghimpunkan sejumlah karya penulis muda yang dinilai melalui 5 kriteria utama. Saya tidak pasti saya tergolong dalam kriteria yang mana kerana saya tetap bukan sesiapa dalam sastera Malaysia. Kalau ada pemetaan sastera Malaysia, nama saya tidak langsung menjelma, itu fikir saya. Lalu apabila dipilih bergandingan dengan sejumlah nama-nama mahsyur, saya jadi rasa kerdil dan kecil.

Semasa pemilihan karya, saya diminta menghantar 5 buah sajak yang saya fikir terbaik pernah disiarkan dalam media cetak. Saya kecewa kerana awalnya saya ingin masuk ke dalam peta sastera Malaysia sebagai seorang cerpenis yang manis. Ahem! Tetapi nyata kerana produksi sajak saya lebih terlihat berbanding cerpen (nyata, daya penceritaan saya belum cukup kuat untuk menulis cerpen. Hehe…)

Ya, saya menghantar sejumlah sajak dan apa yang menghairankan, mereka memilih sajak terawal saya iaitu Baju Kurung Merah Darah yang disiarkan dalam Berita Minggu, 31 Januari 2009 dan sajak Kaca Jendela Tren yang disiarkan dalam majalah PENTAS Mei-Julai 2011. Seolah-olah saya melihat kembali masa yang merentas dua tahun saya aktif menulis sajak. Sungguh ironi.

….


Advertisements

8 thoughts on “Takah Lima Puluh & Antologi Karya Sasterawan 2011”

  1. Tahniah saudari. Semoga lebih aktif menulis tahun 2012 nanti. Adakah penyertaan untuk mengirimkan karya ke kedua-dua antologi ini terbuka kepada ahli persatuan sahaja? Saya teringin memiliki antologi cerpen mahupun puisi. Apa lagilah kumpulan cerpen ataupun puisi sendiri (berangankan!).

    Like

    1. helmi Ahmad: Terima kasih kerana tanpa jemu berkunjung ke blog saya. Kebetulan pengumuman ini dilakukan dalam laman facebook PENA. Dan tentu sahaja untuk ahli persatuan.

      Untuk sasterawan 2011, saya tidak pasti pula kerana dihubungi secara peribadi oleh pihak penyelenggara. Helmi pun sangat aktif menulis bukan? πŸ™‚ Nanti kalau ada sebarang projek kumpulan puisi, saya akan umumkan di blog πŸ™‚

      Like

  2. Langkah ku jauh dari mula. banyak salah dari betulnya. Jika nanti sudi, harap dapat kita berkongsi cerita itu ini, Jika mampir ke blog saya, sudilah tinggalkan jejak tanpa suara πŸ™‚

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s