Memo Untuk A V


Kau tahu, ada puluhan lagu yang aku tidak boleh dengar kembali kerana dalam setiap lagu itu telah aku simpan perasaan tersendiri apabila aku mendengarnya.

Dan apabila aku mendengarnya, perasaan itu akan kembali mengakar dalam diriku. Aku tiba-tiba sahaja menjelma menjadi pohon yang merindukan kehadiran hujan di musim kemarau.

Apabila aku melihat kembali lagu-lagu kegemaranku yang boleh aku dengar, terlalu sedikit sekali sehingga hampir tiada. Begitukah erat aku mengikat perasaan? Lalu bagaimana aku boleh semudah itu mengambil kata orang agar belajar melupakan?

10 thoughts on “Memo Untuk A V”

  1. Kenapa ya, tiap bait kata yang kamu catatkan, membuatkan saya turut merasai perasaan itu. terluka dan dilukai. Rasanya kita berada di musim yang sama. Musim tengkujuh yang seakan tidak mahu berhenti. Begitu susah melepas perasaan sedih itu.Bukankan begitu? Maafkan saya kalo tersilap

    Like

  2. hah!

    akhirnya berjumpa tuan yang mencuri ketenangan saya.

    saya tertarik dengan puisi ‘nyanyian hujan’.

    saya mengagumi. tidak keterlaluan kalau saya kata, saya mencintai.

    mohon tunjuk ajar!

    Like

    1. Sadis : Terima kasih kerana menyukai puisi Nyanyian Hujan. Wah, sampai mencuri ketenangan? Bahaya tu🙂

      Saya sangat menyenangi bila awak katakan awak jatuh cinta pada puisinya. Ya semoga sentiasa jatuh cinta pada kalimat indah🙂

      Like

  3. Hatikiara: Perasaan terluka ini rupanya kesannya sama. Bila kita terluka, mereka yang pernah merasa juga tahu perasaan itu. Mungkin?🙂
    Melepaskan, bukan semudah menyisipkannya dalam perkataan tetapi kita boleh berusaha dan belajar untuk melepaskan. Usaha…
    Tapi kadang-kala sejauh mana kita berusaha, ada waktunya kit atidak berjaya. Begitukah kiara??🙂

    Like

    1. ainunlmuaiyanah: Belajar dan berusaha melepaskan itu, adalah waktu yang sangat panjang dan derita. Ya, adakalanya, kita tidak akan berjaya, lantas jatuh tersungkur namun itu tetap tidak menghalang kita untuk bangkit berusaha kembali.

      Ayuh, sama-sama kita bangkit untuk usaha lagi, walau sudah banyak kali tersungkur.
      Semoga bahagia itu kembali menjadi milik kita

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s