Daun Mapel Musim Luruh


I

Saya sangat mencintai musim luruh. Biarpun saya tidak pernah melihat musim luruh sendiri (tentulah kerana tidak berpeluang lagi ke luar negara) tetapi sewaktu melawat sebuah kafe kesayangan yang membawa konsep 4 musim, tata rias musim luruh itu sungguh mempesonakan. Apatah lagi minum secangkir teh pada waktu petang musim luruh seolah-olah seluruh warna musim luruh terperangkap di dalam cawan itu.

Malah, saya pernah menuliskan sebuah sajak berjudul Musim Luruh. Petikan sajak itu seperti di bawah

Di tanah kelahiranku, aku mengenal

dua musim sahaj: kemarau dan hujan

Aku selalu mencintai musim kemarau

Sedalam aku mencintai musim hujan

 

II

Pagi tadi pejabat saya black out sebentar. Waktu itu kakak dari jabatan Admin datang ke meja saya dan berkata ada bungkusan untuk saya. Saya fikir itu bahan untuk komik yang saya sedang kendalikan. Mungkin karya pembaca. Tapi saya hairan melihat setem yang tertampal rapi itu seperti Ratu England. Sejak bila pula Malaysia guna setem Ratu England. Edisi sempena sukan Olimpik ke?


Oh tidak sangka! Bungkusan itu benar-benar untuk saya! Dan betapa mengejutkan bungkusan itu dari PortMouth, Hampshire, UK.

Tada. Wah sebuah buku. Ahem! Uji minda ya.


Apabila saya membukanya, saya sungguh terharu kerana ada empat keping daun mapel semasa musim luruh yang diselitkan antara buku itu semasa saya membukanya. Wah! Wah! Mujur sahaja pengirimnya perempuan, kalau lelaki pasti saya sudah jatuh hati kerana saya rasa hadiah yang diberikan itu sungguh-sungguh romantis. Oh begitu rupanya daun mapel seperti dalam cerita Mohabbatein itu. Semasa saya menangkap gambar ini, sempat menyanyi lagu Mohabbatein tersebut. Hum To Ha Mi Ko Coparo… Hehehe…


Rupanya, Qarinah Muizzah, benar-benar mengotakan janjinya. Mula-mula berhasrat untuk bertemu dengannya semasa dia kembali sebentar di Malaysia tetapi tidak berjaya juga. Sudah merancang bertemu sebelum dia terbang kembali tetapi kerana jadual penerbangannya kembali ke Portmouth bertembung dengan jadual kerja saya, maka tidak sempat bertemu mata. Tidak sangka dia akan mengirimkan hadiah bersama daun mapel itu yang saya minta dengan nada suka-suka semasa kami berbual lewat emel.

Seinfiniti terima kasih Qarinah Muizzah yang tidak pernah bertemu secara empat mata dan hanya bertukar rasa dan pendapat melalui emel dan blog sahaja, saya rasa sangat-sangat terharu. Apatah lagi mendapat kiriman daripada tanah ratu. Saya anggap hadiah daun mapel itu merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya pada bulan Mac nanti ya. Bila melihat daun mapel ini, terilham pula menulis sebuah sajak. Daun Mapel Musim Luruh? Nanti sudah siap saya emelkan pada awak ya. Sebelum itu, nikmatilah di antara draf awalnya berbunyi sebegini. Baca ya Qarinah Muizzah (Nada seperti menjual pantun ketika pesta pantun sekolah. Kikiki)

Selamanya kupercaya daun mapel

menangkap warna senja menjadi

warna kenang-kenangan pada tubuhnya.

 

Rasanya sekarang tengah musim dingin? Bolehlah kirimkan salji pula. Hehehehe…

Lepas ini mahu ke kedai gambar dan beli bingkai. Hendak abadikan hadiah yang paling manis ini.

 

P/S: menghampiri penghujung Disember. Saya sentiasa dikejutkan dengan berita-berita yang membahagiakan. Terima kasih Disember yang berbuat baik kepada saya. Terima kasih.

9 thoughts on “Daun Mapel Musim Luruh”

  1. salam kenal dari saya =)

    p/s :
    rasanya yang pangkal nama macam kita memang ramai kaki puisi barangkali. Orang arab sendiri awal-awal dulu selalu segan nak panggil yang bernama ‘ain’ sebab katanya itu selalu ayat jiwang. hehe.. ^^

    -salam winter-

    (eh, yg awal tadi tersilap nama. tanda berkurun jarang komen wordpress. asif. =) )

    Like

  2. Hehehe, sukanya tengok awak begitu suka. You are most infinitely welcome.
    Tergelak bila awak kata kirimkan salji. Even if there is a snowball chance I will try for you. Ewah! Saya minta maaf sebab dah agak lama tak emel. Harap awak gembira selalu.😀

    Like

    1. Qarinah: Wah wah! Snowball? Terharunya saya.. Sob Sob Sob. Tak apa awak dah lama tak emel. Saya sangat faham. Tapi awak kirim daun mapel itu seolah-olah telah menghapuskan jarak masa awak tak emel tu, Tak sabar betul saya nak hantar kedai supaya letak dalam frame🙂 hehehe🙂
      Sayangggg awak🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s