Sajak Warung Bakso


Tahun lepas, saya mengenal bakso walaupun sudah beberapa kali buat lintas langsung di gerai bakso berdekatan tempat tinggal saya. Kali pertama makan, memang sangat sedap sehingga membuatkan saya tidak boleh berkata tidak untuk berkunjung ke gerai bakso di pasar pada setiap hari rabu.

Semasa makan, melihat orang-orang melintas warung bakso itu, saya rasa hairan kerana sebenarnya negara kita rupanya sangat mewah dengan makanan. Kita sungguh bertoleransi untuk menerima kepelbagaian makanan di negara ini. Jika tidak, takkan kedai ayam penyet tumbuh seperti cendawan selepas hujan (hihi… macam karangan zaman SPM). Selepas ini Bakso pula, apatah lagi selepas fenomena Ketika Cinta Bertasbih (watak utamanya menjual bakso cinta selepas pulang dari luar negara). Ha, jangan buat-buat tak ingat pula peminat buku Pak Habiburahman itu.

Saya jadi hairan kepada mereka yang yang jadi terlalu patriotik sehingga tidak tahu apakah makna toleransi. Kadang-kala kita harus belajar mengalah untuk menang. Tapi banyaknya kita mengalah untuk menjadi kalah. Melihat polemik-polemik yang tercetus serta sikap skeptik sesetengah pihak kepada pihak yang lain kerana isu yang terlalu remeh sehingga melupakan meraikan nilai kemanusiaan dalam diri. Kita semua ini manusia kan, walaupun beza agama, warna kulit, bangsa, sempadan negara?

Mungkin, bila dunia ini dilanda benca alam yang dahsyat (seperti 2012), dan bilangan manusia yang tinggal sangat sedikit, barulah kita akan menghargai antara satu sama lain? Atau masa itu kita tidak lagi bernilai manusia?

Sajak Warung Bakso telah disiarkan dalam Tunas Cipta Disember 2011.

Petikan sebahagian sajak Warung Bakso

Pasar tani hingar teriak penjual melawan deras hujan

Pembeli mencuri teduh di celah-celah payung kembang

Kedinginan hujan dan kehangatan kata saling merebut

wang antara tangan-tangan pembeli dan penjual

 

 

Sajak penuhnya boleh dibaca di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s