Gambar Tanpa Bicara I


Sepasang couch, sekaki lampu dan jendela.

Aku membayangkan,

kau sedang membaca buku dan aku sedang menuangkan teh yang diseduhkan. Hujan sedang merebas di balik jendela, penuh cemburu.

Kau membacakan sejumlah sajak yang tidak penuh kata-kata susah. Katamu, “kata-kata yang terlalu berdandan cantik, tidak pernah indah, bukan?”

Notakakitangan: Setiap hari sabtu, saya akan cuba sedaya upaya menulis entri berdasarkan gambar-gambar yang saya pernah ambil. Entri ini adalah permulaan untuk Siri Gambar Tanpa Bicara.