Tokoh-tokoh


Jika saya membaca sesuatu karya, saya selalu sahaja mahu mengetahui siapakah tokoh yang mencetuskan penulis untuk menulis karya itu. Mengenali tokoh seolah-olah membuatkan saya dapat mengenali subjek dalam karya itu.

Kadang-kala kita selalu rasa terkesan jika tokoh di belakangnya adalah seseorang yang dicintai, seseorang yang dihormati. Kita sering sahaja terpesona dengan keindahan dan keromantisan cinta dan kasih sayang. Ya, siapa yang dapat menafikannya.

Apatah lagi, jika kita punya kenalan rapat yang juga seorang penulis dan punya kesempatan menulis karya yang ditujukan kepada kita. Seolah-olah telah diberikan hadiah yang paling terbaik antara hadiah terbaik seluruh dunia. Tetapi akan kecewakah kita apabila mengetahui bahawa tokoh di belakang karya itu mungkin bukan kita, mungkin orang lain?

Saya pernah bertanya kepada salah seorang penulis mengenai sebuah sajak yang saya dengar ditulis untuk isterinya. Saya bertanyakan kepastiannya. Saya sangat sukakan sajak itu. Tetapi balasan yang saya terima sungguh mengejutkan, “Isteri yang mana?” dengan muka yang sedikit sinikal. Semakin lama bergaul dengan penulis, saya mengenal dan belajar bahasa tubuh dan kesinikalan kata. Kalau sesiapa yang tidak faham, memang susah mahu faham humor yang sedang dikatakan.

Lalu saya putuskan begini sahaja, kalau kita berharap mengenali tokoh-tokoh tertentu yang menginspirasikan karya yang sedang kita baca, memang akan menemui kekecewaan. Biarkahlah saja, tokoh-tokoh di belakang karya kekal bersembunyi di balik tabir. Jika suatu hari, kita tertahu, sila ambil pisau tikam sahaja tokoh tersebut supaya kita tidak lagi tahu siapa dia.

Sebab bila kita kecewa dengan kebenaran, kita akan menolak karya dengan sebab yang tidak rasional.

8 thoughts on “Tokoh-tokoh”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s