Nasihat Daripada Penyelamat Cinta Yang Tidak Pernah Dapat Menyelamatkan Cintanya


Walaupun dalam entri ini dan ini, saya ada mengisahkan bahawa saya penyelamat cinta tetapi semenjak akhir-akhir ini saya jadi semakin khuatir dan takut untuk memberi nasihat kepada pasangan yang sedang dilanda masalah cinta atau sedang mencari cinta.

Mungkin soal hati sendiri yang tidak pernah ada penyelesaian atau saya khuatir kesan nasihat itu atau saya sendiri sudah tidak percaya pada sebuah perhubungan.

Soalnya kepada mereka yang datang ke dakapan saya menceritakan masalah hati mereka, meminta pandangan daripada saya yang menurut mereka sangat matang dalam soal cinta (oh, sayang… kamu tidak tahu betapa saya tidak pernah berjaya dalam satu hubungan mudah sekali pun), apakah yang mereka mahukan daripada kata-kata saya? Sebuah penyembuhan, sebuah sokongan, sebuah kata-kata yang melegakan atau sebuah jalan penyelesaian?

Selalu sahaja saya katakan di awal nasihat saya:

Ini adalah pandangan saya. Semuanya terserah pada awak. Yang merasa gembira adalah awak, yang merasa derita adalah awak juga. Bukannya yang orang lain. Buatlah sesuatu yang awak mahu buat, bukan yang orang lain mahukan.

Tentu sahaja ini bukan nasihat berpandukan cerita Hindustan yang menurut hati dan perasaan secara melulu atau drama korea yang penuh kisah pari-pari dan air mata. Tetapi ini nasihat berdasarkan pemerhatian dan rantaian kutipan kisah pengalaman orang-orang yang terdahulu. Menurut kata hati bukan bererti mati. Menurut kata hati yang benar-benar ingin dilakukan dari hati. Sebab baik dan buruk kesan daripada perbuatan kita tentunya berbalik kepada kita juga akhirnya bukan berbalik kepada orang yang memberi nasihat atau orang yang mengatakan do and don’t dalam hubungan.

Sebuah perhubungan bukanlah sebuah mahkamah perhakiman untuk menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah. Dalam hubungan soal siapa yang benar dan siapa yang salah tidak pernah akan menyelesaikan apa-apa. Persoalan yang lebih mendasar lagi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan meneruskan hubungan selepas itu.

Orang-orang di sekeliling kita sentiasa sahaja mahu menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman kepada apa-apa yang terjadi dalam hubungan itu. Mereka akan menganalisis lebih daripada seorang pakar analisis mengkaji pasaran saham tetapi berapa ramai yang benar-benar mengerti situasi sebenar? Dalam sebuah hubungan, sentiasa sahaja ada punca dan faktor-faktor luar dan dalam yang menyumbang terjadinya sesuatu krisis. Sebuah nasihat yang hendak diberi seharusnya meneliti semua faktor luaran dan dalaman bukannya memberi kesimpulan berdasarkan hanya pemerhatian secara kasar sahaja. Namun, apakah semua orang tahun apakah yang benar-benar terjadi secara keseluruhannya? Dan siapakah yang tahu? Siapa tahu nasihat yang kita anggap terbaik itulah yang merosakkan sesebuah hubungan itu.

Oleh kerana itu, apa-apa pun haruslah kembali kepada diri sendiri. Pilihlah jalan yang akan buat diri sendiri bahagia dan bukannya orang lain yang melihat merasa bahagia.

Yang merasa derita itu adalah kamu dan yang merasa bahagia adalah kamu juga bukannya orang lain. Janganlah menjual kebahagiaan semata-mata untuk mencari sebuah hubungan yang sempurna. Sebuah hubungan tidak pernah sempurna kerana ketidaksempurnaan membuatkan sesebuah hubungan itu sentiasa hidup dan selalu sahaja membuat kita mahu membuat yang terbaik kepada diri sendiri dan pasangan kita.

Kepada kawan-kawan saya yang sedang mengejar bahagia, selamat berjaya dan berbahagia. Ameen…

24 thoughts on “Nasihat Daripada Penyelamat Cinta Yang Tidak Pernah Dapat Menyelamatkan Cintanya”

  1. saya selalu membayangkan saya adalah Ghazi dalam Blues Retro. saya perlu kuat. saya tak mahu lagi ada impian yang tinggi-tinggi yang manis-manis yang tak bisa saya capai. saya kena sedar diri. weeeee. saya kena selamatkan diri sendiri dahulu.

    terima kasih pada akak kesayangan yang selalu melayan kerenah (perasaan) adiknya yang entah apa-apa ni😛

    Like

    1. Shukri: Bermimpi dan berimpian tidak salah tetapi bersederhana selalu sahaja akan menyelamatkan keadaan🙂 Kalau siap memasang impian, maka harus siap mengejarnya🙂

      Sama-sama. Tidak pernah rasa terdera untuk melayan adik kesayangan pun🙂 nama pun kesayangan kan? ki ki ki

      Like

  2. hahaha…tu dia…merajuk. sensitif pula sekarang😛 bukan tak sudi…masanya tak sesuai. hehehe. lagipun akak masih di Bangi kan…nanti kita cari masa yang sesuai untuk dinner date🙂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s