Tentang Perkahwinan


Ibu sudah berhenti bercakap soal perkahwinan dengan saya. Mungkin lelah dengan strategi yang dilakukan di sini dan sini membuatkan hal perkahwinan sudah tertutup.

Yang paling lega soal hal ini tentu sahaja saya! (sambil angkat tangan tinggi-tinggi dengan muka berseri-seri)

Entah apa, saya sengaja menguji ibu tentang soal perkahwinan ketika pulang ke kampung halaman baru-baru ini.

Saya katakan, “Nanti kahwin nak duduk dekat kawasan KL lah.”

Ibu tergelak-gelak sambil disambut oleh oleh adik beradik lelaki saya (yang kerjanya suka sekali membuli saya)

“Eleh, macam ye ye je nak kahwin. Tah tah lama lagi.”

Saya senyum-senyum sahaja dan tahu rupanya ibu telah berputus asa membeli hati saya dalam soal nikah kahwin. Adik-adik pun sudah mempersendakan saya dan menjadikan isu kahwin bukanlah satu isu serius lagi.

Saya berasa sangat lega… Tetapi rupa-rupanya di hujung semua ini tiba-tiba saya jadi sedikit pilu. Entah mengapa.

Sekurang-kurangnya ketika mereka masih memasang angan dan harapan bahawa anak/ kakak mereka ini akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat (mengikut demografi usia). Sekurang-kurangnya ada-ada perkara gembira untuk diusik pada saya.

Kata orang angan-angan biarpun angan-angan sekurang-kurangnya akan menghiburkan hati tetapi jika itu tiada apa lagi yang boleh menghiburkan?

2 thoughts on “Tentang Perkahwinan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s