Surat 4: Kepada Hujan


Kekasih,

Jatuh cinta kepadamu bukannya satu pilihan tetapi berterusan untuk mencintaimu adalah pilihan yang tidak pernah aku kesali.

Mengapa aku mencintaimu hujan? Mencintai memang tidak pernah mempunyai sebab dan kerana itu aku tidak pernah punya sebab yang jelas kepada aku jatuh cinta pada kau dan tidak pernah sekalipun jemu menuliskan kau dalam puisiku dan tulisanku.

Kata seseorang, aku ini kekasih hujan dan kau seperti peramal rahsia hati paling bijaksana. Dapat membaca gelora dan gelojak di hatiku tanpa aku perlu menyatakannya. Sedalam mana aku cuba menyembunyikan, kau pantas sekali mengerti dan menemuinya. Anehnya, di waktu aku sedang sedih, kau turun seperti empangan tangisan yang telah lama menanggung duka di dadamu. Kau membasahi kaca kereta di mana di dalamnya menampung aku yang sedang mencuba menahan rasa sebak di dada, atau kau merebas di sebalik jendela kaca rumahku, cuba berbicara kepada bahawa kau cuba menanggung kesedihan yang aku alami. Bagaimanakah kau bijak meneka bila aku dikunjung berita gembira? Kau turun seolah-olah menari dan meraikan kegembiraan kecil dan dan besar dalam hidupku. Jarang sekali kau membiarkan aku meraikan kegembiraan dalam hidupku tanpa kau menemaninya.

Tuhan telah memberi aku ribuan puisi dan di dalam puisi itu adalah kau. Aku tidak jemu menulis segala hal tentang kau dan selalu sahaja menemui bahagian-bahagaian yang tidak disangka dalam diri kau. Yang anehnya, mencintai kau mengajar aku menjadi sederhana. Menjadikan aku hanya ingin memeluk impian-impian kecil. Seperti mana kau membebaskan diri daripada pelukan awan untuk membahagiakan manusia dan kembali ke pelukan awan dengan ingatan yang baharu.

Mereka sering sahaja bertanya, mengapa mesti hujan? Mengapa mesti kau? Tidak pernah ada jawapan khusus. Cinta memang tidak pernah punya jawapan. Memberi definisi khusus untuk cinta seperti cuba meletakkan tag harga padanya. Apakah cinta cinta punya harga?

Kekasih,

Seringnya aku berharap aku tidak pernah putus-putus menulis tentang kau di dalam puisiku. Aku sering kali mahu menjadi kekasih yang setia seperti mana kau. Meski kau tidak turun menyanyi dan menari, kau sering sahaja menemanku di atas sana. Memerhati setiap perlakuan tanpa jemu dan bila-bila aku perlukan kau, kau pasti turun dan mendakapku. Aku pernah cuba menyembunyikan tangisku daripada semua manusia yang lain dengan berjalan di dalammu. Kau memakai mantelmu untuk merahsiakan saat aku menjadi rapuh. Mereka hanya mengenal wajahku yang sering sahaja tersenyum tetapi mereka tidak mengenal wajahku yang menanggung sejumlah penderitaan. Yang mengenalnya hanya kau.

Bolehkah kita mengikat janji akan saling mencintai antara satu sama lain. Selama-lamanya? Aku tidak meminta lebih, aku hanya kau sentiasa hidup dalam puisi-puisiku.

Daripada

Kekasihmu (yang tidak pernah berhenti mencintaimu)

22 thoughts on “Surat 4: Kepada Hujan”

      1. yup.. ada nilai di dalam karya saudari. teruskan usaha.

        saya hanya menumpang kasih dalam menghayati keindahan sastera

        Like

        1. izinkan sy kongsi secebis ilham tentang hujan dan mungkin awak juga mengerti.kebetulan di sini hujan pagi tadi lalu terhasillah tulisan tak seberapa ini. dan kebetulan sy singgah di sini. melihat surat utk kekasih awak,juga kekasih saya.

          Hujan

          inikah hujan yang kau dongengkan
          turunnya tidak lebat
          rintiknya juga tidak halus
          luruhnya sekadar menemani.

          “cubalah,
          hulurkan tanganmu dari keteduhan
          hanya sedikit basah
          selainnya,
          hanya dingin menusuk hati
          sampai kau tersedar
          takung di telapak tanganmu berisi
          juga matamu yang tergenang
          dingin kejam menusuk hati.”

          benar,
          hujan ini terlalu mesra
          hinggakan aku ingin bercerita
          kerna di setiap luruhnya
          aku terdengar suara
          ada gembira
          ada duka
          ada segalanya
          gertap gertup bunyinya
          seakan ketawa
          dan tangisannya pula
          begitu sayu
          terlalu halus dan sembunyi
          pendam rahsia.

          hujan,
          di antara basah dan dinginmu
          aku menangis terdiam
          kerna kisahmu tersimpul rahsia
          tidak bisa dimengerti oleh lainnya.

          -gelap-
          10/04/2012
          8.15 am

          Like

        2. sy menulis ayat itu kerana setiap individu ada kisahnya dengan hujan. dan sy,hanya satu,setiap kali hujan mencurah,terasa ingin berlari,berpusing, kemudian menangis.ini suara2 hujan yang sentiasa sy dengar.

          Like

        3. tidak terlalu sentiasa,cuma ia sentiasa berkata,

          “luahkan saja padaku
          ini rahsia kita
          biar ia mengalir ke dasar bumi
          biar ia tersejat di bingkai langit
          kelak tiada siapa yang tahu
          duka ini ke mana hilangnya.”

          Like

        4. hehehehe..tak mengapa.dapat juga hari berbicara sejenak dengan penulis blog ini. terima kasih luangkan masa. InsyaAllah,lain kali sy jenguk lagi..hehehehe….salam kenal dari sy,juga semoga mendapat teguran berilmu dari anda(tak tahu nama dan gelaran) hehehehe…dari sy,mohamed riduan.

          Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s