Kekasih,
Jatuh cinta kepadamu bukannya satu pilihan tetapi berterusan untuk mencintaimu adalah pilihan yang tidak pernah aku kesali.
Mengapa aku mencintaimu hujan? Mencintai memang tidak pernah mempunyai sebab dan kerana itu aku tidak pernah punya sebab yang jelas kepada aku jatuh cinta pada kau dan tidak pernah sekalipun jemu menuliskan kau dalam puisiku dan tulisanku.
Kata seseorang, aku ini kekasih hujan dan kau seperti peramal rahsia hati paling bijaksana. Dapat membaca gelora dan gelojak di hatiku tanpa aku perlu menyatakannya. Sedalam mana aku cuba menyembunyikan, kau pantas sekali mengerti dan menemuinya. Anehnya, di waktu aku sedang sedih, kau turun seperti empangan tangisan yang telah lama menanggung duka di dadamu. Kau membasahi kaca kereta di mana di dalamnya menampung aku yang sedang mencuba menahan rasa sebak di dada, atau kau merebas di sebalik jendela kaca rumahku, cuba berbicara kepada bahawa kau cuba menanggung kesedihan yang aku alami. Bagaimanakah kau bijak meneka bila aku dikunjung berita gembira? Kau turun seolah-olah menari dan meraikan kegembiraan kecil dan dan besar dalam hidupku. Jarang sekali kau membiarkan aku meraikan kegembiraan dalam hidupku tanpa kau menemaninya.
Tuhan telah memberi aku ribuan puisi dan di dalam puisi itu adalah kau. Aku tidak jemu menulis segala hal tentang kau dan selalu sahaja menemui bahagian-bahagaian yang tidak disangka dalam diri kau. Yang anehnya, mencintai kau mengajar aku menjadi sederhana. Menjadikan aku hanya ingin memeluk impian-impian kecil. Seperti mana kau membebaskan diri daripada pelukan awan untuk membahagiakan manusia dan kembali ke pelukan awan dengan ingatan yang baharu.
Mereka sering sahaja bertanya, mengapa mesti hujan? Mengapa mesti kau? Tidak pernah ada jawapan khusus. Cinta memang tidak pernah punya jawapan. Memberi definisi khusus untuk cinta seperti cuba meletakkan tag harga padanya. Apakah cinta cinta punya harga?
Kekasih,
Seringnya aku berharap aku tidak pernah putus-putus menulis tentang kau di dalam puisiku. Aku sering kali mahu menjadi kekasih yang setia seperti mana kau. Meski kau tidak turun menyanyi dan menari, kau sering sahaja menemanku di atas sana. Memerhati setiap perlakuan tanpa jemu dan bila-bila aku perlukan kau, kau pasti turun dan mendakapku. Aku pernah cuba menyembunyikan tangisku daripada semua manusia yang lain dengan berjalan di dalammu. Kau memakai mantelmu untuk merahsiakan saat aku menjadi rapuh. Mereka hanya mengenal wajahku yang sering sahaja tersenyum tetapi mereka tidak mengenal wajahku yang menanggung sejumlah penderitaan. Yang mengenalnya hanya kau.
Bolehkah kita mengikat janji akan saling mencintai antara satu sama lain. Selama-lamanya? Aku tidak meminta lebih, aku hanya kau sentiasa hidup dalam puisi-puisiku.
Daripada
Kekasihmu (yang tidak pernah berhenti mencintaimu)
sori to say. kurang sengat. usaha lagi yer.
LikeLike
moots : wah, mengikuti tulisan saya? 🙂
LikeLike
yup.. ada nilai di dalam karya saudari. teruskan usaha.
saya hanya menumpang kasih dalam menghayati keindahan sastera
LikeLike
Moots ; Oh, terima kasih. 🙂 Terharu saya membaca kata-kata itu. terima kasih kerana menyokong dan meluangkan masa membaca tulisan saya. 🙂
LikeLike
kekasih hujan.saya suka.
LikeLike
Jelly Sumie : Terima kasih kerana membaca dan menyukainya. 🙂
LikeLike
izinkan sy kongsi secebis ilham tentang hujan dan mungkin awak juga mengerti.kebetulan di sini hujan pagi tadi lalu terhasillah tulisan tak seberapa ini. dan kebetulan sy singgah di sini. melihat surat utk kekasih awak,juga kekasih saya.
Hujan
inikah hujan yang kau dongengkan
turunnya tidak lebat
rintiknya juga tidak halus
luruhnya sekadar menemani.
“cubalah,
hulurkan tanganmu dari keteduhan
hanya sedikit basah
selainnya,
hanya dingin menusuk hati
sampai kau tersedar
takung di telapak tanganmu berisi
juga matamu yang tergenang
dingin kejam menusuk hati.”
benar,
hujan ini terlalu mesra
hinggakan aku ingin bercerita
kerna di setiap luruhnya
aku terdengar suara
ada gembira
ada duka
ada segalanya
gertap gertup bunyinya
seakan ketawa
dan tangisannya pula
begitu sayu
terlalu halus dan sembunyi
pendam rahsia.
hujan,
di antara basah dan dinginmu
aku menangis terdiam
kerna kisahmu tersimpul rahsia
tidak bisa dimengerti oleh lainnya.
-gelap-
10/04/2012
8.15 am
LikeLike
Jelly Sumie : Antara baris yang paling saya suka inikah hujan yang kau dongengkan
Hujan memang boleh berikan jutaan rasa 🙂
LikeLike
sy menulis ayat itu kerana setiap individu ada kisahnya dengan hujan. dan sy,hanya satu,setiap kali hujan mencurah,terasa ingin berlari,berpusing, kemudian menangis.ini suara2 hujan yang sentiasa sy dengar.
LikeLike
Jelly Sumie : Jangan selalu menangis dalam hujan, nanti dia bersedih bahawa dia hanya penyimpan duka sahaja 🙂
LikeLike
tidak terlalu sentiasa,cuma ia sentiasa berkata,
“luahkan saja padaku
ini rahsia kita
biar ia mengalir ke dasar bumi
biar ia tersejat di bingkai langit
kelak tiada siapa yang tahu
duka ini ke mana hilangnya.”
LikeLike
Jelly : Gembira hati saya kerana bertemu dengan mereka yang turut mencintai hujan 🙂
LikeLike
hehehe…lagi satu,panggil saya sumie. saya masuk komen ke sini pun dengan akaun fb kedua sy. tp terpulang kepada awak uuntuk gelarkan sy apa saja.
LikeLike
Sumie: hahaha.. maaflah. tidak tahu nama sebenar 🙂 saya panggil sumie 🙂
LikeLike
hehehehe..tak mengapa.dapat juga hari berbicara sejenak dengan penulis blog ini. terima kasih luangkan masa. InsyaAllah,lain kali sy jenguk lagi..hehehehe….salam kenal dari sy,juga semoga mendapat teguran berilmu dari anda(tak tahu nama dan gelaran) hehehehe…dari sy,mohamed riduan.
LikeLike
Sumie : Saya yang harus mengucapkan terima kasih kerana datang membaca dan bertuakr komen 🙂
LikeLike
🙂
LikeLike
Shukri : 🙂 (Senyum juga)
LikeLike
seronok belajar dari tulisan kamu 🙂
LikeLike
Rara : semoga tulisan saya memberi manfaat kepada kamu 🙂 Belajar apa ya daripada tulisan saya?
LikeLike
indah
tak terkata
LikeLike
CPI : terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membacanya 🙂
LikeLike