Kebaya Ungu, Hujan dan Blog


I

Di suatu majlis, seseorang bertanya kepada saya, kenapa tidak mengenakan kebaya ungu. Ketika itu saya mengenakan kebaya putih, berkain corak coklat. Saya tersenyum. Saya menjawab, “ketika sedang memilih untuk kebaya ungu dan kebaya putih, entah mengapa saya memilih untuk berkebaya putih pada hari ini.”

Kemudian, dia bertanya lagi, kenapa sudah lama tidak update blog. Dan saya terkejut. Oh, saya ada pembaca blog rupanya. Dan rupanya saya sudah tidak mengemaskini apa-apa di sini lebih dua bulan. Pecah rekod nampaknya.

Yang bertanya itu, kami hanya berjumpa dua kali sahaja. Dan di dalam majlis itu merupakan pertemuan kedua. Dia sering mengusik saya, yang sangat menyukai kebaya dan sangat mencintai hujan, tentang kedua-dua kesukaan saya ini. Dan bukunya dilancarkan pada hari itu.

II

Saya masih mencintai hujan. Saya masih mahu menjadi kekasihnya. Setelah difikirkan, kalau selamanya kekasih saya hanya hujan, bagaimana? Tanpa perlu memikirkan tentang banyak hal, banyak hal yang indah dan sebahagian yang lain menyakitkan.

Sesekali saya ingin sekali, hari-hari yang dilalui tanpa perlu untuk saya menahan rasa perit di dalam dada yang entah mengapa semakin kerap menjelma bagai mahu memecahkan dinding dada saya.

Atau saya ingin melihat hujan yang turun bukanlah irama yang penuh rasa sedih.

III

Saya berhutang banyak perkara kepada blog terutamanya dua hal, percutian ke Pulau Pinang dan percutian ke Makassar. Saya berhutang terlalu banyak kepadanya. Inilah tempat saya, satu-satunya tempat pelarian daripada apa-apa.

Dan, tempat saya kembali daripada ketiadaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s