Kutipan Lucu Dari Makassar


Semasa bercuti di Makassar, saya selalu meluangkan masa membaca Koran (surat khabar) mereka pada setiap pagi, Tribun Timur kalau tidak silap saya.

Koran mereka punya satu ruangan cerita lucu, nah yang saya akan terjemahkan satu cerita yang bagi saya sangat lucu dan wataknya ditukar menjadi orang Malaysia.

……………….

Di kota London, ada seorang tukang gunting rambut tua yang sangat baik hati. Pada suatu hari, seorang pembuat roti datang ke kedainya untuk memotong rambut. Selepas pekerjaannya selesai, pembuat roti bertanya, “berapa yang perlu saya bayar?” jawab tukang gunting itu, “Oh, tidak mengapa. Saya menggunting rambut secara percuma sahaja.” Keesokkan harinya ketika tukang gunting membuka kedainya, dia melihat ada sebakul roti di hadapan kedainya.

Keesokkan harinya, ada seorang penjual bunga datang menggunting rambut di kedainya. Ketika penjual bunga itu bertanya jumlah bayaran khidmat tersebut, tukang gunting masih juga menjawab, “Oh, tidak mengapa. Saya menggunting rambut secara percuma sahaja.” Keesokkan harinya, tukang gunting mendapati ada berbakul-bakul bunga di hadapan kedainya.

Beberapa hari selepas itu, seorang pembuat kuih yang berasal dari Malaysia datang menggunting rambutnya. Ketika bertanya soal bayaran, sekali lagi tukang gunting itu menjawab, “Oh, tidak mengapa. Saya menggunting rambut secara percuma sahaja.”

Jadi, cuba fikirkan apa yang tukang gunting jumpa pada keesokkan harinya di hadapan kedainya? Cuba fikirkan seperti seorang Malaysia berfikir…. Ya, dia mendapati berderet-deret orang Malaysia sedang menunggu untuk menggunting rambut di kedainya.

………………..

Saya terfikirkan kutipan lucu ini semasa melihat kejadian kelmarin. Sama kan????


Advertisements

15 thoughts on “Kutipan Lucu Dari Makassar”

  1. Haha…serius lucu bila dibandingkan antara dua.
    Mereka penuh dengan kisah lucu.Pernah tengok ‘Alangkah lucunya negeri ini’? lucu dan penuh dengan teladan.. 😉

    Like

  2. bukan nak bersikap angkuh atau merendahkan sesiapa tapi kita memang pantang dengan benda percuma..saya harap yang pergi beratur semalam adalah terdiri daripada mereka yang tidak pernah merasa Baskin Robbin kerana tidak mampu membelinya sebelum ini..:)

    Like

    1. Syafiqah : Opss! Kebetulan saya pun berbuka berdekatan dengan baskin robins dan beratur juga. Hahaha. just for fun, beratur berdua tapi ambil satu aiskrim sahaja.

      Yup, masalahnya jadi isu juga bila aiskrim itu nak beri percuma, kalau tengok di facebook Baskin Robins, sampai nak mengamuk jugalah orang bertanya 🙂

      Tapi selepas beratur dan makan aiskrim itu, sayatetap merasakan ada aiskrim lagi sedap dari Baskin Robins dan melihat orang yang beratur panjang, saya terfikir sanggup mereka bazirkan 2 jam untuk 1 junior scoop sahaja… Kalau kerja, 1 jam itu dibayar lebih daripada itu 🙂

      Like

      1. Opps..hehe.saya pun selalu beratur juga kat baskin robin tapi bila menjelang 31 setiap bulan sahaja la. 🙂 Tapi awak faham kan maksud saya kat atas tu.cuma jadi tak sukanya saya bila orang terlalu berebut sehingga ada yang saya dengar cerita daripada kawan sehingga sanggup potong barisan.ehmm….terlalu teringin mungkin.

        Kalau tanya saya aiskrim paling sedap tentunya aiskrim malaysia sebatang 20sen perisa asam boi.. ;p

        Like

        1. Syafiqah : Ya tentu sahaja faham. Rasanya bukan soal tak pernah rasa cuma bila benda percuma ini, semua orang suka. 🙂

          Eh, samalah kita. Semasa menulis ini saya terfikir aiskrim malaysia itu. Nak buat sendirilah balik ni 🙂

          Like

        2. Siapa saja tak suka barang percuma kan…sebab tu bila dah berjauhan daripada keluarga,balik rumah adalah perkara paling seronok.makan sedap+percuma 🙂

          hurmm….kalau buat aiskrim malaysia,boleh la saya minta sikit 🙂

          Like

        3. Syafiqah: Saya suka bahagian balik rumah, makan sedap+percuma! Lebih-lebih lagi kalau kita satu-satunya anak yang pulang ke kampung halaman. Cewah (sebut kampung halaman macam perantau jauh saja)

          Boleh-boleh. Petang ni saya beli plastiknya 🙂

          Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s