Survival: Bagaimana mahu ke Kuala Lumpur dari Kuching pada masa kecemasan!


Nah! Begini. Kau sudah beli tiket penerbangan ke Kuching pada Jumaat dan akan pulang pada hari Isnin tetapi ketua tidak meluluskan cuti hari Isnin dan kau sudah lama berjanji untuk datang majlis perkahwinan teman baikmu. Lalu bagaimana? Kau sudah terlanjur berjanji, kau sudah menempah penginapan, kau merencana pemergian dengan teman kau yang lain, dan paling utama kau tidak mendapat cuti. Kau mahu meneruskan agenda percutian atau kau mahu menderma kepada AirAsia yang sememangnya sudah sedia kaya raya?

I

Kau boleh sahaja menukar tiket penerbangan. AirAsia tidak sekejam yang kau fikir dan you get what you pay. Tetapi kau harus memastikan, tiket penerbangan yang hendak ditukar haruslah memenuhi 2 ciri ini barulah kau boleh menukar tiket penerbangan.

    i.Belum check-in lagi

    ii. Lebih 48 jam daripada tarikh pelepasan.

Nah, AirAsia memang pintar membuat wang dengan mengenakan segala denda. Lalu untuk menukarkan tiket penerbangan dari Kuching pada hari Isnin ke hari Ahad, dikenakan denda sebanyak RM100. Kau masih baik-baik saja dengan harga denda itu tetapi mata kau mesti terbeliak melihat harga tiket yang berkali ganda daripada tarikh kau membelinya sehingga mencecah RM500 dan penerbangan yang 12 hari sekali cuma berbaki 2 penerbangan sahaja. Kau terfikir musibah apakah yang sedang melanda. Mengapa terlalu ramai orang mahu meninggalkan Bandar Kuching pada hari itu. Kau langsung tidak tahu pada tarikh itu, cuti umum merdeka bertembung dengan pendaftaran pelajar baru di UNIMAS. Tentu sahaja pelajar dari Semenanjung akan memilih dua buah syarikat penerbangan ini untuk ke sana. APa kau fikir, kita sudah ada khidmat kapal persiaran Semenanjung-Borneo?

Dan kau sudah kecewa.

Nah, apa lagi pilihan yang kau ada?

II

Kau boleh mencuba nasib, Airasia punya penerbangan Kuching-Penang dan Kuching-Johor, nanti dari sana kau boleh pilih menaiki bas atau keretapi ke Kuala Lumpur. Pilihlah penerbangan awal pagi hari Ahad. Tetapi mata kau pun sudah terbeliak apabila harga tiketnya lebih mahal daripada penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur dan penerbangan hanya bersisa satu sahaja.

Dan kau sudah kecewa untuk kedua kali

Nah, apa lagi pilihan yang kau ada?

III

Kau sudah hampir putus asa dan mengatakan separa hati yang tidak mahu ke Kuching. Sebagai protes, kau tidak mengemaskan apa-apa barang sekalipun. Semasa dalam protes, kau sempat terlihat passport Malaysia di atas meja. Lagi 6 jam sebelum penerbangan ke Kuching, kau pun terfikir idea gila.

Apa kata kita lihat tiket penerbangan dari Kuching ke Singapura???

Yay. Tiket penerbangan jauh lebih murah. Dari Changi ada MRT menuju ke Bandar dan harga tiketnya sama rata (bukan seperti di Malaysia yang harga tiket ERL jauh lebih mahal, diskriminasi huh?). harga tiket MRT hanya $2 sahaja. Dari Singapura kau boleh sahaja memilih keretapi atau bas untuk ke Kuala Lumpur. Tiketnya dalam RM60+++ sahaja. Kau sudah jauh lebih untung kan? Hasil carian di internet membantu kau untuk merencana perjalanan ke kota asing. Jadi? Bagaimana? Walaupun kau tidak pernah ke Singapura dan ke luar negara hanya sekali iaitu Makassar, tetapi kau boleh mencuba kan?

Nah, apakah pilihan kau??

IV


Welcome to Terminal 1 Changi International Airport


Nampak tak? Welcome to Singapore! J


Kena naik skytrain untuk ke Terminal 2 kerana MRT hanya di Terminal 2


Tukar duit Singapore Dollar. Kertasnya seperti duit baharu Bank Negara.



Di kastam Malaysia.

6 thoughts on “Survival: Bagaimana mahu ke Kuala Lumpur dari Kuching pada masa kecemasan!”

  1. wah, kena isi white card la. tapi kenapa hanya ada $19 dollar singapura..cukup ke?? hehe..=p
    em, rasenye dari changi airport boleh amek EW (green lane) trun ke Bedok..lepas tu pergi ke stesen bas ambil bas Bedok terus ke jb (larkin). klau x silap bas kuning causeway CW1 atau CW2..pas easylink pon boleh guna untuk MRT dan bas..
    sebenarnya ada bas direct dari singapore ke kL..tapi beli last minit xtau la ade lagi ke x..w’pon harga die sdikit mahal, kira2 $60..tapi lebih senang..tak perlu transit di JB(larkin)..

    Like

    1. Biru2512 : Lamanya tak nampak awak komen di sini. Saya dapat beli tiket dari Singapura- KL dengan harga $25 sahaja. Kalau nak buat macam awak cakap tu, saya rasa macam tak punya masa yang cukup🙂 Apa-apa pun ini memang pengalaman yang sangat menarik🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s