Buku Murah Buku Murah


Untuk pembeli buku tetapi duit selalu sahaja tidak cukup, mereka akan mencari-cari di mana lubuk untuk membeli buku dengan harga murah. Kalau buku itu terpakai sekali pun, masih juga dicari. Sebab itu carian kedai buku terpakai selalu sahaja ada di blog ini hamor setiap hari dan pertanyaan di manakah kedai buku terpakai di kawasan-kawasan tertentu.

Saya selaku pembeli juga amat sedar apabila pembelian buku kadangkala mencekik diri juga tetapi nafsu tidak dapat menghalang perkara itu terjadi. Ramai orang berkata, pergi sahaja ke perpustakaan, pinjam sahaja buku, apa susah. Tetapi orang tidak faham, perasaan memiliki buku itu. Saya pernah tuliskan dalam cerpen Mabuk Buku dan Ciuman Pada Buku tentang hal ini.

Lebih-lebih lagi kerja saya banyak pula bersangkut paut dengan dunia buku dan banyak pula berjumpa penulis, maka kini saya punya hobi baru, membeli buku berkembar dengan tanda tangan penulisnya sekali. Jadi harus beli buku kan?

Kalau untuk pilihan buku Bahasa Inggeris yang murah, saya sudah punya syurganya. BookAxcess di Amcorp Mall dan juga Payless Sales, juga beberapa buah kedai terpakai yang saya jumpa. Kalau maklumat lanjut boleh rujuk di entri ini dan ini. Tetapi untuk buku Bahasa Melayu sememangnya susah untuk jumpa buku dengan harga diskaun dan murah melainkan membelinya terus di kedai buku penerbit. Jadi saya selalu tunggu pesta buku. Tetapi selalu juga tiba pesta buku, duit saya sedang menyusut dan ada beberapa hal lain yang perlu saya dahulukan. Sedih kan.

Minggu lepas, di Pudu Sentral saya sempat pergi ke pelancaran kedai Buku 1Malaysia. Ketika saya masuk, barisan di kaunter bayaran semakin memanjang dan bunyi ting ting tanda pengimbasan barcode buku dan pembuka peti tunai tidak putus-putus. Bagi saya ini satu perkara yang baik, maksudnya orang tidak berhenti-henti membeli buku.

Buku di Kedai 1Malaysia sudah diletakkan diskaun 15% untuk semua buku. Jadi tidak perlu ditanya, buku ini sudah diskaun atau belum, tetapi terdapat juga buku yang diberi harga flat rate seperti RM10 atau RM5 bergantung kepada kedai ini juga. Saya fikir lokasinya di tengah-tengah KL membolehkan orang yang selalu sahaja bertanya, di mana saya mahu dapatkan buku terbitan syarikat sekian-sekian, ITBM contohnya atau DBP, maka di sini boleh menjadi jawapannya. Buku-buku yang susah nak dapat terutamanya buku Bahasa Melayu boleh dibeli dengan harga diskaun 15% sepanjang tahun 365 hari tanpa putus.

Di sana saya membeli buku Lots Of Lat dengan harga RM13 dan saya ingin beli banyak buku lagi tetapi cash di tangan hanya cukup-cukup untuk beli buku Lat dan ATM berada di bawah. Jadi saya pegam mata dahululah beli buku Lat. Buku lain harus tunggu dulu. Sabaq ya, tak lama lagi mereka akan masuk dalam rak saya. Tengoklah!

Dan ada juga ruang sederhana untuk penulis atau pelukis membuat aktiviti di sana. Walaupun platform itu sederhana kecil tetapi ruang adalah penting untuk aktiviti berkaitan dengan buku. Pengalaman saya mencari ruang untuk Borak Buku, yang paling penting kerjasama daripada pihak kedai untuk memberi peluang untuk aktiviti dijalankan. Jadi nampaknya Kedai Buku 1Malaysia boleh dijadikan salah satu tempat untuk promosi buku.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila tiada langsung majalah atau buku DBP di sini. Saya telah baca bahawa Kedai Buku 1Malaysia ada menjual buku DBP yang kini hanya boleh didapati di sedikit kedai selain koperasi DBP (yang buka ikut office hour). Seharusnya DBP mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan buku dan menjual kembali majalah mereka yang ramai orang mahu beli tetapi tidak banyak tempat mahu menjualnya.

Jadi Pudu Sentral boleh jadi salah satu tempat berkunjung hujung minggu J

 

 


 

 

7 thoughts on “Buku Murah Buku Murah”

  1. Ya, baru-baru ini saya ada juga pergi. Buku-buku terbitan DBP memang tidak ada, kecuali kamus. Nasib baik, buku terbitan ITBM ada di sana, dapatlah mengubat kekecewaan. Seharusnya DBP mengambil peluang ini untuk mempromosikan buku terbitan mereka.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s