Pasport Ekspres |Usman Awang, Ahmad Jais, Layar Lara|



Saya sukakan short filem ini. Oleh kerana ramai yang kata (ramai itu merujuk peminat filem tegar) short filem ini ada bau-bau The Darjeeling Limited (Membuatkan saya mahu cari filem itu) tetapi apa-apa pun short filem ini telah membuatkan saya jatuh cinta kepada Perlis, Perlis akan jadi destinasi cuti-cuti Malaysia tahun depan. Tahun ini tak bolehlah.

Pasport Ekspress tentang pencarian 3 orang lelaki, seseorang telah menemui jalannya. Roslan Mahmud (Mahmud seperti jadi nama yang hit sekarang, dalam KL 48 Hour pun wataknya Mahmood) yang memilih menjadi guru Bahasa Melayu dan mencintai puisi Usman Awang, mencari sesuatu yang tidak canggih di Perlis. Dan jatuh cinta kepada orang, tempatnya, suasananya. Si Ali yang kehilangan sumber inspirasi untuk membuat filem setelah terobsesi dengan filem Layar lara, Selubung dan XX Ray (saya rasa ini filem kesayangan pencinta filem Malaysia kan) Kadangkala saya rasa ada teknik dan galur dari filem Amelie yang digunakan bila mahu menggambarkan watak Ali apabila menyebut dengan tempat tarikh dan waktu serta peristiwa yang dilalui saat menggambarkan Ali yang meninggalkan ketupat dan lontong untuk menonton Layar Lara. Serta Umar Ghazi yang ingin ke Bangkok tetapi kehilangan passport. Kalau dilihat, watak yang membawa titik temu ialah Umar Ghazi, watak inilah yang paling seimbang sekali. Walaupun pada mulanya Umar Ghazi digambar terpengaruh oleh filem Indiana Jones, akhirnya dia tahu juga apa yang dia mahukan, mengumpul barang lama dan juga memori lama. Seperti kata Umar Ghazi,
Sebab tu semua benda yang kita ingat, kita kena simpan.
ah Umar Ghazi seperti saya versi lelaki. Cuma Umar Ghazi kacak lagi lah.

Pengalaman menonton banyak short filem juga filem juga drama tivi, selalu mendapati banyak penggunaan dialog yang dirasakan kurang perlu tetapi diletakkan dalam filem kerana mungkin untuk memanjangkan drama atau mungkin mereka hilang idea nak letak apa, tetapi dalam Pasport Ekspres saya selalu merasakan dialognya padat atau suara naratornya (Ah, suara narrator Redza Minhat, saya memang suka lakonan dia sejak Pisau Cukur) yang cukup rencah menceritakan apa yang patut diceritakan. Elemen menyelitkan petikan sajak Usman Awang itu antara yang saya suka kerana tidak dilihat terlalu berlebihan atau kelihatan mengada-ngada. Dan saya juga pasti banyak kata-kata dalam short filem ini menjadi quote di twitter mahupun facebook. Boleh cuba cari hastag #pasportekspres

Saya sukakan lagu-lagu yang dipilih untuk Pasport Ekspres. Membuatkan selepas tengok short filem ini, saya terus mendengar kembali Ahmad Jais dan Tan Sri SM Salim. Saya teringat pertama kali saya jatuh cinta dengan lagu Di Wajahmu Kulihat Bulan itu menerusi nyanyian Maman Teachers Pet dalam Perempuan Melayu Terakhir.

Untuk matlamat Astro Myhometown sememangnya short filem ini mencapai matlamatnya. Oh saya menunggu filem Rewan Ishak yang sepatutnya ditayangkan awal tahun ini iaitu KIL. Saya sampai boleh hafal thriller filem ini. Huwa. Bila nak keluarkan filem KIL ini. Sudah ramai “mengamuk” di fanpage KIL. Mari kita ramai-ramai tanya Rewan bila filem ini mau terbit tak?

Ehem, sila lihat minit ke 17.03. Buku yang dipegang itu kumpulan puisi Jiwa Hamba yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Sesiapa yang tiba-tiba sahaja jatuh hati pada puisi Usman Awang selepas melihat short filem ini tetapi tak tahu itu buku apa, boleh dapatkan buku tersebut di galeri ITBM, kedai buku 1Malaysia, kedai buku Kinokuniya, Popular, Borders, MPH atau boleh sahaja beli secara online. Ingat kata-kata Roslan Mahmud, “20-30 tahun akan datang, tak ada dah benda ini.” Hehe..

Trivia:

1-Saya turunkan sajak penuh Jiwa Hamba oleh Usman Awang

Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba

Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

Usman Awang (1949)

2- Ayat Bukankah kecurigaan itu terbunuh ketika kita bersapa itu yang dikata oleh Roslan Mahmud dipetik daripada sajak Pemuda dan Gadis Tionghua. Kalau mahu sajak yang penuh, boleh dapatkan buku Usman Awang

3. Senarai lagu di dalam filem ini ialah Hidup Bukan Untuk Derita & Sumpah Setia (Ahmad Jais), Satu (S.M Salim & Zainal Abidin) & Layar Lara (Maman Teacher’s Pet)

Update : Saya baru sahaja kemas kini link untuk pembelian buku secara online🙂

8 thoughts on “Pasport Ekspres |Usman Awang, Ahmad Jais, Layar Lara|”

    1. kyuuem : Hai awak!!!! (nampak tak tanda seru menunjukkan tanda gembira dan teruja)

      Sebenarnya saya siap nak buat senarai tempat indah di Perlis seperti yang ditunjukkan dalam short filem ini tapi hehe macam tak sempat je.🙂 Hehe. Ala wikipedia siap letak plot nama watak sekali, saya sedikit-sedikit sahaja tulis tentang ini. Boleh promote buku sekali🙂

      P/s : rindunya nak baca komen awak. hahaha🙂

      Like

      1. hai awak kembali!!!!.(saya pun teruja sebab awak begitu teruja. >.<)

        sebenarnya saya pun rindu nak bagi komen, tapi tak tahu nak komen apa, hanya boleh like atau diam je macam pembaca senyap dan admirer (atau stalker?). Haa~seram tak?

        kebetulan masa tu saya baru je lepas tengok filem pendek Pasport Ekspress tu. Suka dengan warna 'senja' yg oldies dan dialognya yg conscise.

        yg tak bestnya, ia buat saya homesick laa~

        Like

        1. kyuuem : sekarang orang dah tak komen di blog, huk huk huk. Sedih😦

          Mungkin entri saya makin tak best untuk beri komen kott. Ehem, awak orang perlis ka? Bila nak mai balik malaysia lagi ?🙂

          Like

  1. Sekali lagi: awak berdosa kerana membangkitkan libido saya untuk membeli buku Jiwa Hamba. Dan menonton filem pendek ini.

    Rewan Ishak adalah antara pengarah yang sedang mendapat perhatian sekarang. Amir Muhammad pun puji dia. Sekali dengan produksi Playground Pictures. Tak lupa juga Idewembe Production.

    Blog awak sudah berada dalam radar saya untuk dibaca. Sila wajibkan diri untuk naikkan entri tiap-tiap hari. HA HA HA!

    Like

    1. razorleeb : hahaha… saya betul-betul tak bersalah.. Bagaimana cara saya membangkitkan libido awak untuk membeli buku? kerana ayat promosi saya yang ‘macam’ bagus atau kerana karya itu sendiri memang bagus? ha.. mana satu? Hehe

      Ya, Rewan producer untuk satu filem KIL dan juga short film Bulb. Ini short film untuk KL48hours2011 tetapi disqualified sebab hantar lebih masa🙂 (kalau tak silap dalam radar ingatan saya)

      Radar? Haha terus ingatkan saya pada DragonBall.🙂 Saya akan naikkan entri kalau ada masa, tapi bila awak tulis macam di atas… erm.. terus darjah menulis blog naik sampai petala lapan (oktaf tau )🙂 Terima kasih kerana membaca blog saya🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s