Berulang 2 Tahun Jatuh Cinta


Dua tahun lepas, tepatnya pada hari ini, iaitu pada waktu ini, saya sedang dilanda murung kerana perancangan untuk kerja jadi tidak begitu teratur, berhadapan dengan komputer saya teringat seorang kawan saya mengesyorkan saya membaca sajak-sajak daripada seorang penulis Indonesia, yang menurut kawan saya, mungkin akan saya sukai kerana bahasa puisinya – kerana temanya iaitu hujan. Mulanya saya mengendahkan promosi kawan saya itu. Saya selalu begitu, sukar tertakluk kepada promosi seseorang. Namun, waktu itu saya menghantar pesanan ringkas, mohon berikan kembali nama penulisnya kerana saya perlu membaca sesuatu, sekurang-kurang pada waktu itu, untuk menghapuskan kemurungan dan kegundahan.

Saya menemui salah satu blognya dan dari satu puisi ke satu puisi yang lain dan saya sudah tahu waktu itu, saya sudah benar-benar jatuh cinta kepada kata-kata, kepada puisinya. Dalam diam, dia menjadi kekasih puisi saya. Dan saya akhirnya menemuinya di Makassar semasa pergi ke sana Jun tahun ini.

Saya menulisnya puisi kepadanya, dan waktu itu, hampir setiap hari saya menulis puisi kalau tidak puisi, saya akan memikirkan sejumlah kata-kata indah. Dan selepas dua tahun daripada waktu itu sekurang-kurangnya saya tahu bahawa puisi tidak semestinya perlu penuh dengan kata-kata susah.

Hari ini, saya mengucapkan selamat kepada Aan Mansyur yang sudah 2 tahun saya jatuh cinta kepada puisinya.

Saya akan kongsikan antara sajak yang pertama kali saya baca waktu itu dan membuatkan saya jatuh cinta kepada puisinya.

SAJAK BUAT ISTRI YANG BUTA
DARI SUAMINYA YANG TULI

Maksud sajak ini sungguh sederhana.

Hanya ingin memberitahumu bahwa baju
yang kita kenakan saat duduk di pelaminan
warnanya hijau daun pisang muda, tetapi
yang membungkus kue-kue pengantin
adalah daun pisang tua. Memang keduanya
hijau, tetapi hijau yang berbeda, Sayang.

Di kepalamu ada bando berhias bunga,
kau merasakannya tetapi mungkin tidak
tahu bunga-bunga itu adalah melati putih.
Sementara di kepalaku bertengger sepasang
burung merpati, juga berwarna putih.

Aku selalu membayangkan, hari itu, kita
seperti sepasang pohon di musim semi.
Kau pohon penuh kembang. Aku pohon
yang ditempati burung merpati bersarang.

Aku lihat, orang-orang datang dan tersenyum.
Mereka berbincang sambil menyantap makanan.
Tapi aku tak dengar apa yang mereka bincangkan.
Maukah kau mengatakannya padaku, Sayang?

(Aan Mansyur, 2007)

P/S: Punyalah semangat, siap buat entri ini auto update lagi J

 

3 thoughts on “Berulang 2 Tahun Jatuh Cinta”

  1. “…puisi tidak semestinya perlu penuh dengan kata-kata susah.”

    Saya setuju dengan kenyataan ini. Kadang-kadang (atau kerap kali sebetulnya) saya tidak mengerti maksud sebenar sajak yang tersiar di media utama. Barangkali saya yang buta seni atau mungkin juga taraf penyajak itu terlalu tinggi untuk saya fahami.

    Tapi saya teringat satu tulisan pendek Azman Husin dalam MM. Lebih kurang begini katanya: sesebuah karya itu ibarat sebuah surat cinta yang dihantar kepada kekasihnya; jikalau si penerima tidak memahami surat itu, sudah tentulah salah penghantarnya yang tidak memberi gambaran yang jelas tentang perasaannya.

    Sajak, bagi saya, sedap dibaca. Tetapi sangat sukar untuk ditulis. Membaca sajak Aan Mansyur ini membuatkan saya sedar dan belajar satu perkara. Sajak dengan bahasa yang sederhana adalah yang paling merdu dibaca. Agaknya penyajak cuma mahu pamerkan kemegahan penguasaan bahasa kamus mereka. Rasa sayalah. Itulah yang susah betul nak faham kebanyakan sajak.

    Okey, sebelum mengarut lebih panjang, terima kasih kerana mengenalkan saya dengan Aan Mansyur. Saya tak pernah baca sajak penulis seberang yang lain selain daripada Sapardi. Ingatkan Sapardi dah habis romantik, rupanya yang ini pun boleh tahan.

    Bukunya ada dijual di Malaysia tak?

    Like

    1. Razorleeb : Terima kasih kerana memberi komentar panjang. Terharu. Lama orang tak mahu komen panjang-panjang di blog dah. Terima kasih kerana mengembalikan zaman kegemilangan blog saya. (padahal seorang saja pun) hahaha🙂

      Selepas Sapardi, Aan Mansyur merupakan kekasih puisi saya. Dan mungkin Aan pun sudah kebosanan mendengar bila saya mengungkapkan kekaguman saya pada pada puisinya. Selepas mengenali Sapardi dan seterusnya Aan Mansyur, saya seterusnya hanya mahu menulis puisi yang sederhana dan penuh kenangan🙂

      Saya teringat zaman saya menyukai Sapardi (sajaknya) tidak ramai yang tahu tentang Sapardi dan sajaknya. Itu cerita 6 tahun lalu. Sekarang rasanya ramai yang tahu Sapardi. Haha. Sajak Sapardi sudah imun dengan saya tetapi Aan Mansyur belum lagi.

      seperti seorang kekasih, sehingga waktu apa-apa pun, dia sentiasa mengejutkan kita dan membuatkan kita jatuh cinta kepadanya.🙂

      Bukunya tiada dijual di Malaysia dan saya cuma punya satu sahaja bukunya🙂 yang sudah hampir lunyai. haha.

      Razorleeb, siapakah awak? jeng jeng jeng

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s