Notis 6 Bulan


I
Dalam kerjaya saya, perkataan Deadline, Urgency, Final merupakan mainan sehari-hari. Cewah! Saya diberi deadline oleh orang, memberi deadline kepada orang. Dan deadline bukanlah mimpi buruk kepada saya lagi.

Tapi selepas pulang ke kampung baru-baru ini, nyata saya dihantui mimpi buruk dateline. Gundah hati saya. Gundah!

Ibu telah beri saya notis dan deadline 6 bulan untuk mencari pasangan hidup. Enam bulan!

Ini memang bukan novel cinta atau ini memang bukan drama TV3 atau videolog MatLutfi tetapi ini hal betul-betul yang saya dengar daripada mulut ibu saya sendiri. Di mana saya mengambil masa untuk percaya dengan notis 6 bulan itu.

Ah! Soalnya, mana saya nak cari pasangan hidup dalam masa 6 bulan!

Kusut!

 

II

Semuanya bermula, apabila ibu memanggil saya, dan secara tiba-tiba bernada serius serta mengatakan ayat yang penuh bahasa melayu tinggi, “Ibu bukan hendak buat permintaan terakhir, tetapi kau fikir-fikirkanlah.” Ayat pembuka bicara ibu memang sungguh menakutkan. Tetapi ayat seterusnya jauh lebih menakutkan. Saya seperti biasa. Buat muka tidak tahu dan seperti separa mahu melayan. Mungkin kerana dia sudah siap sedia dengan respons saya seperti masa ini, masa itu, maka dia sedia gunakan nama Abah serta kondisi Abah yang sudah renta kerana Ibu selalu faham yang saya jarang sekali menghampakan permintaan Abah (kerana Abah jarang meminta apa-apa).

Saya masih boleh buat tidak tahu juga kerana saya yakin benar abah tidak bersekongkol dalam rencana ibu. Dan melihat saya yang masih endah tidak endah, terus sahaja mendapat notis 6 bulan.

Isk.

III

6 bulan?

Ada sesiapa mahu hantar resume?

Hahaha

Advertisements

10 thoughts on “Notis 6 Bulan”

  1. Sekali dengar kelakar juga. Begitulah apabila umur sudah meningkat, ibu bapa jadi tidak senang duduk. Ada juga alasan, ibu sudah tua, takut tak sempat nanti. Emmmmmm…. saya pun kena juga soalan macam ini. Hehehehe

    Like

    1. Mohd Helmi Ahmad : hal nikah kahwin sudah tidak menjadi hal yang kelakar untuk saya selepas mendapat notis 6 bulan ini. Huwa. Kita memanglah biasa mendengar diusik sedemikian rupa tetapi takkan sampai beri notis 6 bulan kottt. Hati-hati nanti awak pun kena macam saya 🙂

      Like

  2. seakan tidak percaya bila membacanya sendiri.saya sangkakan hanya dalam drama atau filem .saya pun diterjah dengan soalan yg sama walaupun tak dapat notis 6bulan tapi setiap kali balik kampung,itulah topik yg paling laris tika ini…anak sulung,mungkin begitulah kot?
    semoga awak dipertemukan dengan jodoh yg baik2 ya 🙂

    Like

  3. hehe..tersenyum saya membaca entri awak.
    ada juga ya notis 6 bulan dalam mencari jodoh. 🙂
    tak mengapa, tawakkal dan banyakkan berdoa…
    soal jodoh bukanlah perkara enteng…
    kerana itu saya juga masih menyendiri,
    mujurlah masih belum diberi apa-apa notis lagi…hehe!

    apa-apa pun semoga berjaya! 🙂

    Like

    1. Sue : Lamanya awak tak tinggalkan komen. Rindu…
      Itulah soal jodoh memang bukan perkara enteng, sebab itu saya ambil langkah tunggu tunggu dan lihat tetapi mungkin ibu saya sudah tidak sabar melihat sikap saya yang langsung tak ambil endah soal ini (sekurang-kurangnya di mata dia) Harap notis 6 bulan ini hanya ugutan semata-mata. hehe

      Like

  4. ainul, notis 6 bulan tu tak lama..semoga dipermudahkan urusan menyempurnakan sebahagian dari agama…orang tua seperti biasa terlalu banyak perkiraannya. takut kita sudah selesa dengan apa yang ada. jangan lupa berusaha, tawakal dan berdoa untuk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. =)

    Like

    1. Saidah : Soal hati ini bukannya boleh ditebak. 🙂 Bukan soal selesa tapi macam usia belum lagi mendesak sampai kena bagi notis 6 bulan. 🙂

      Terima kasih untuk nasihat dan doanya 🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s