Surat Kepada Nyanyian Hujan yang Berona Birungu


Lima tahun terdahulu, saya melarikan diri daripada sebuah tapak blog yang lain, memilih-milih tanah pelarian saya, dan akhirnya saya memilih kamu, yang tidak popular, yang tidak begitu ramai penggunanya serta tidak begitu dikenali. Daripada kamu yang langsung tidak apa-apa, saya bangunkan rumah ingatan di dalam ini, lamannya saya tanam pohon, yang kini sudah besar dan menjadi laman yang meneduhkan.

Saya melarikan diri kerana saya enggan mendepani kenyataan di dunia sana. Di tanah kamu ini saya mula menjadi pemberontak kepada diri sendiri, memilih jalan lain, bersendirian, mengasing sebentar daripada dunia itu. Di tanah kamu ini, diam-diam saya membesarkan diri saya yang lain sebelum mereka kembali menemui saya.

Daripada kamu juga, saya perlahan-lahan membina teman saya sendiri, teman yang tidak pernah saya kenali, teman yang sehingga kini sudah menjadi teman akrab, sudah menjadi ketua saya, sudah berkahwin, teman diskusi, teman mengenali diri, termasuk juga yang sudah menghilangkan diri. Membaca kembali entri-entri keanak-anakan yang pernah saya tulis tetapi begitu banyak komen yang diterima, saya jadi tersenyum sendiri. Saya benar-benar rindu setiap masa saya bersama kamu. Walaupun sehingga kini, saya rasa entri saya sudah tidak emosional seperti dahulu lagi, sudah dewasa mungkin, tetapi kurang pula yang berkomentar πŸ™‚

Teman yang dari dahulu masih membaca tanah Nyanyian Hujan ini, teman yang sudah melupakan untuk membaca kamu lagi kerana mereka sudah tidak punya masa, atau mungkin sudah beralih media. Teman yang diam-diam masih lagi membaca kamu. Teman yang mengintai kamu hanya untuk bersangka buruk (kau mahu anggap dia teman? terpulang kepada kau) Teman yang sellau jatuh cinta dnegan kata-kata di sini. Kau mengenali setiap satu daripada mereka bukan?

Dan mereka yang datang dan pergi membaca tulisan, keluhan saya di dada kamu, apakah mereka masih akan mengingati kita? Nyanyian Hujan yang berona birungu. Apakah mereka akan mengingati seperti mana kita mengingati tiap satu yang datang dan membaca berulang kali komen yang pernah mereka tinggalkan?

Saya masih memilih untuk menulis di sini, sungguh walaupun ada antara mereka membuat riak muka hairan, dan bertanya, “masihkah ada yang menulis blog lagi?” Ya, ada. Saya. Kerana saya menulis bukan mengikut aliran danΒ trendΒ semasa. Saya menulis kerana saya mencintai kata-kata dan kamu, tanah penuh suka dan tanah yang juga menyimpan duka.

Selamat ulang tahun kesayangan saya, Tanah Nyanyian Hujan. Selepas lima tahun saya memilih kamu, barulah saya mengetahui benar tarikh kita memilih menjadi pasangan masing-masing. Terima kasih kerana ada dan selalu ada. Terima kasih!Β 

 

Advertisements

Sajak Sepasang Tanda Kurung dan Koma di Berita Minggu


Ehem, sajak saya disiarkan dalam Berita Minggu pada 9 Disember 2012 yang lalu. Sewaktu itu, saya di Melaka mengikut program Perhimpunan Alumni MPR 2. Zulfazlan Jumrah yang memaklumkan kepada saya.

Lama juga sajak tidak disiarkan. Saya masih lagi menulis, Cuma jarang sekali menghantar tulisan ke media. Kadangkala sibuk, kadangkala lupa, kadangkala tiada karya yang sesuai. Tetapi penyiaran sajak ini membuatkan saya sedar sudah lama rupanya saya tidak menghantar tulisan untuk disiarkan.

Sajak ini terinspirasi selepas saya berbual dengan seorang rakan, dan dia mempunyai lesung pipit dan senyuman yang sungguh menawan. Setiap kali senyum, pipinya naik dan menggebu. Serta punya sepasang mata yang tersenyum. Kalau kita sedang buru-buru marah atau sedih, lihat mukanya, tiba-tibanya kita rasa aman tenang. Hehe.

Nah, sebahagian daripada petikan sajak ini yang saya suka. Tulisan penuhnya boleh baca di sini. Dalam Berita Minggu, sajak tersebut dipangkas, mungkin supaya ruang akhbarnya muat atau baris sajak saya yang terlalu panjang πŸ™‚ Tapi tidak apa-apa, boleh rujuk link tersebut untuk lihat versi asal.

Seringnya bila nada suaraku dilanda marah,
sepasang koma pada pipimu membuat aku
jeda tumpu dan menghentikan rusuh kata
daripada berterusan bakal melukakan sesiapa

Notakakitangan: Bulan Disember ini mungkin akan banyak entri menyusul. Salah satu sebab saya suka menulis pada bulan Disember kerana salji turun di blog saya. Betul-betul macam nyanyian hujan kan?

Tentang Penolakan


Kadangkala saya lepaskan bukan kerana tidak cukup bagus untuk saya tetapi selebihnya saya tidak mahu mereka terluka.

Kerana untuk seseorang yang sudah serumit ini, saya risau mereka akan berusaha terlalu berlebihan untuk merungkai pemikiran saya yang sesederhana ini.

Yang pemikiran serumit ini adalah sesederhana untuk saya.

Atau jika mereka bersungguh-sungguh mahu, sanggupkah untuk mereka melukakan hati sendiri demi untuk saya? Kerana untuk saya jawapannya ya, tetapi bagaimana dengan mereka?

Pilihannya: saya ingin memilih untuk bersendiri. Tetapi saya juga punya cita-cita, punya anak kecil yang nakal dan lucu. Bersama kamu.

Dari Ujung Benua Ke Ujung Pandang (13- 20 Jun 2012) II: Wisata Kuliner Bahagian 1


I
Mungkin Ujung Pandang (Makassar) bukanlah tempat untuk membeli belah yang terbaik, mahu pun bukanlah tempat pelancongan yang dingin (panasnya terik) tetapi kalau ke Ujung Pandang, lebih baik kita namakan wisata ini wisata kuliner, atau wisata makan-makan selain wisata budaya. Kerja saya memang mencuba sekian banyak makanan yang ada! Yang mana boleh masuk ke dalam perut saya, tengah malam pun masih mencari makanan. Sebab itu saya makin menambun (salahkah makanan, bukan salahkan diri sendiri, hahahaha)

Mungkin boleh saya katakan begini, kepada pengemar daging lembu/sapi dan ikan, Ujung Pandang memang “syurga”. Pelbagai jenis ikan yang memang jarang didapati di Malaysia, dijual dengan harga yang murah di sini. Mungkin faktor demografi berdekatan laut dan Ujung Pandang itu terletak di sebuah pulau Sulawesi. Manakala penggemar daging, kalau di Malaysia, kita mungkin biasa mendengar, sup daging, sup ekor, sup gearbox, di Ujung Pandang, variasinya dipelbagaikan, kadang-kala ada sup lemak daging juga.

Menurut Firdaus sewaktu saya mengatakan ingin makan Coto Makassar waktu malam, Firdaus mengatakan Coto Makassar tiada atau jarang dijual waktu malam kerana itu adalah untuk sarapan pagi. Walhal, Coto Makassar itu makanan berat. Rupanya, orang Makassar biasa memulakan pagi dengan hidangan makanan berat. Kalau melihat demografi sosialnya, asal orang Makassar kebanyakannya orang Bugis yang merupakan pelaut. Oleh itu, memerlukan sejumlah tenaga untuk bekerja pada waktu pagi. Jadi kebanyakan sarapannya berat dan bersifat “memanaskan” badan. Β Ini teori saya sahaja πŸ™‚

Nah! Mari kita mulakan wisata kuliner seperti yang saya janjikan itu! Makan! Ho-liao!

II

Nasi putih+ayam goreng+kobis rebus+sambal= syurga


Ini merupakan makanan kegemaran saya yang membuatkan saya selalu sahaja teringat-terkenang-terimbau kesedapannya. Sampai sekarang, bila saya makan Ayam Penyet atau Ayam Goreng, saya selalu sahaja merungut dan mengatakan ayam goreng di Makassar lebih sedap daripada ini. Bayangkan sebab saya selalu sebut sampai kawan saya berkata: “Iyelah, semua ayam goreng sedap ada kat Makassar je.” Hahaha

Kisahnya bermula, saya sudah makan petang (dalam jam 5.00) bersama teman-teman baru saya (berkenalan semasa MIWF2012), Acara di Fort Rottemdam tamat jam 1130 malam. Saya pulang ke Wisma Faris dalam keadaan lapar, Iyalah, di Malaysia biasanya makan malan jam 8.00 kan. Penjaga Wisma Faris bertanya, kenapa saya muram. Saya cuma cakap, saya lapar tak sempat mahu makan malam (sedikit bohong di situ, hiks hiks. Tak nak nampak macam kebulur sangat kan). Lalu dia menjanjikan untuk membeli nasi + ayam goreng di gerai berhampiran. Mata saya membuntang gembira! Saya beri dia duit dalam 20,000 rupiah dan meminta belikan teh botol sosro sekali. Harga makanan kegemaran saya ini hanya lingkuang 15,000 beserta teh botol sostro J

Saya fikir makanan untuk alas perut sahaja, tetapi selepas makan, terus saya jadi gila bayang dan hampir setiap malam, saya akan meminta penjaga Wisma Faris membelikan saya menu makanan ini walaupun saya sudah makan lewat malam bersama kawan saya. Sambalnya memang enak, enak sekali. Mengalahkan sambal di semua warung Ayam Penyet di Malaysia (ehem, sedikit terlampau di situ)

Percayalah, tanpa perlu segala macam tepung, hanya ayam yang digoreng (mungkin guna rempah tumpuk sahaja), boleh buat saya teringat-ingat sehingga sekarang. Masa tulis entri dan tengok gambar pun saya sudah jadi mengidam! Ayam goreng ayam goreng!

III
Coto Makassar! Mengapa saya sebut kepada Firdaus saya mahu makan Coto Makassar? Sebab dalam satu sajak Aan Mansyur iaitu Dunia yang Lengang, Aan ada menulis begini:
Di restoran aku menggunakan jari telunjuk
memesan mi atau Coto Makassar

Tentu sahaja, saya mahu mencuba menu yang terakam dalam sajak Aan, kerana di fikiran saya, makanan ini tentu sahaja sangat istimewa sehingga diberi lalu lintas khas dalam sajak Aan.

Coto Makassar dan ketupat


Saya makan Coto Makassar untuk pertama kalinya di gerai ini. Lihat, cotonya dimasak menggunakan kayu bakar/kayu api. Sangat tradisional. Kata Firdaus, “tidak enak kalau masak menggunakan dapur gas.” Saya pun teringat pak cik yang menjual apam balik di Tanjung Karang dan menggunakan arang, sangat enak tetapi kini pak cik itu sudah tidak menjual lagi, entah mengapa. Cara tradisional sememangnya enak tetapi melihat selera besar orang zaman sekarang, cara tradisional tidak mungkin boleh menampung permintaan lagi.

Coto Makassar bimasak dengan kayu api. Bukti!


Berbalik kepada Coto Makassar. Kalau di sini, mungkin saya boleh katakan Coto Makassar ini seperti soto. Berbezanya, dalam soto biasanya ada nasi impit+kacang+soon goreng+bergedil. Tetapi Coto Makassar, isi dalamnya ialah sup dan daging lembu yang seperti dipotong dadu. Tambah enak kalau diperahkan limau nipis serta ditambah sambal. Erm.. oh! Biasanya Coto Makassar dimakan bersama ketupat atau nasi. Dengarnya, perahan limau nipis boleh meneutralkan zat berbahaya dalam Coto Makassar ini.

Makan Coto, perlu perah limau ya, kawan-kawan πŸ™‚


Ketika saya makan Coto Makassar ini, terasa badan menjadi panas dan rempah dalam Coto Makassar begitu menusuk di kalbu. Walaupun saya bukan penggemar daging atau sebenarnya tidak makan daging, tetapi Coto Makassar ini nyata bukan saya menghirup sehingga hirupan akhir. Kalau dalam rancangan 8TV “Best In The World” mesti saya dah buat tanda double thumb!

harga Coto Makassar. Urm, dalam RM3 kalau tidak silap πŸ™‚ Ini harga di Coto Nusantara


Firdaus turut menerangkan bahawa, Coto juga terdapat beberapa jenis. Coto kegemaran Firdaus ialah Coto Putih. Kalau melihat gambar sebelum ini, kuah coto biasanya pekat dan kental. tetapi coto putih kuahnya nampak bening dan seperti berwarna putih. tetapi rasanya tidak kalah dengan coto yang lain. Kalau hendak lebih jelas, perbezaannya seperti Tom Yam Merah dan Tom Yam Putih di Malaysia. Rasa tetap tom yam kan? Tapi saya tidak dapat merasa Coto Putih ini kerana kedainya terletak sedikit jauh daripada kawasan penginapan dan kantor Firdaus. Coto Putih terdapat di Jalan Abdullah Dg. Sirua dan selalu sahaja kehabisan sebelum pukul 11.00 pagi. Namun begitu, Coto Nusantara tempat saya dibawa makan Coto Makassar ini merupakan warung yang terkenal dan paling enak sekali

Coto Nusantara, coto paling enak (khabarnya) di Makassar)


IV (Nasi Kuning)
NAsi kuning! Bukan nasi minyak tau. Nasi ini saya makan semasa dalam sesi lawatan di China Town semasa MIWF2012 yang akan saya ceritakan kelak. Talam berisi beberapa pinggan nasi kuning diedarkan semasa tetamu diberi penerangan oleh tuan rumah. Saya fikir, perlu tunggu sehingga habis majlis, rupa-rupanya nasi kuning itu dimakan semasa majlis berlangsung. Sebenarnya nasi kuning ini seperti sarapan buat mereka.


Nasi kuning untuk pengetahun, merupakan sajian nasi yang dikukus bersama kunyit sehingga menghasilkan warna dan aroma kuning yang khas. Kalau di Malaysia, Kelantan seperti sangat terkenal dengan nasi kukus kan? Tapi nasi kukus di sini tidak berwarna kuning. Nasi kuning biasanya disandingkan dengan lauk telur, ayam, ikan atau daging rendang. Ketiga-tiga lauk itu ada di dalam nasi kuning yang saya makan. Rasanya sedap terutamanya sambalnya yang enak dan pedas!! Biasanya nasi kuning dijajakan di sekitar pantai Losari pada waktu pagi. Waktu pagi tau! Jangan cari waktu tengah hari, nanti menangis kempunan!