Sajak Sepasang Tanda Kurung dan Koma di Berita Minggu


Ehem, sajak saya disiarkan dalam Berita Minggu pada 9 Disember 2012 yang lalu. Sewaktu itu, saya di Melaka mengikut program Perhimpunan Alumni MPR 2. Zulfazlan Jumrah yang memaklumkan kepada saya.

Lama juga sajak tidak disiarkan. Saya masih lagi menulis, Cuma jarang sekali menghantar tulisan ke media. Kadangkala sibuk, kadangkala lupa, kadangkala tiada karya yang sesuai. Tetapi penyiaran sajak ini membuatkan saya sedar sudah lama rupanya saya tidak menghantar tulisan untuk disiarkan.

Sajak ini terinspirasi selepas saya berbual dengan seorang rakan, dan dia mempunyai lesung pipit dan senyuman yang sungguh menawan. Setiap kali senyum, pipinya naik dan menggebu. Serta punya sepasang mata yang tersenyum. Kalau kita sedang buru-buru marah atau sedih, lihat mukanya, tiba-tibanya kita rasa aman tenang. Hehe.

Nah, sebahagian daripada petikan sajak ini yang saya suka. Tulisan penuhnya boleh baca di sini. Dalam Berita Minggu, sajak tersebut dipangkas, mungkin supaya ruang akhbarnya muat atau baris sajak saya yang terlalu panjang🙂 Tapi tidak apa-apa, boleh rujuk link tersebut untuk lihat versi asal.

Seringnya bila nada suaraku dilanda marah,
sepasang koma pada pipimu membuat aku
jeda tumpu dan menghentikan rusuh kata
daripada berterusan bakal melukakan sesiapa

Notakakitangan: Bulan Disember ini mungkin akan banyak entri menyusul. Salah satu sebab saya suka menulis pada bulan Disember kerana salji turun di blog saya. Betul-betul macam nyanyian hujan kan?

4 thoughts on “Sajak Sepasang Tanda Kurung dan Koma di Berita Minggu”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s