Surat Kepada Nyanyian Hujan yang Berona Birungu


Lima tahun terdahulu, saya melarikan diri daripada sebuah tapak blog yang lain, memilih-milih tanah pelarian saya, dan akhirnya saya memilih kamu, yang tidak popular, yang tidak begitu ramai penggunanya serta tidak begitu dikenali. Daripada kamu yang langsung tidak apa-apa, saya bangunkan rumah ingatan di dalam ini, lamannya saya tanam pohon, yang kini sudah besar dan menjadi laman yang meneduhkan.

Saya melarikan diri kerana saya enggan mendepani kenyataan di dunia sana. Di tanah kamu ini saya mula menjadi pemberontak kepada diri sendiri, memilih jalan lain, bersendirian, mengasing sebentar daripada dunia itu. Di tanah kamu ini, diam-diam saya membesarkan diri saya yang lain sebelum mereka kembali menemui saya.

Daripada kamu juga, saya perlahan-lahan membina teman saya sendiri, teman yang tidak pernah saya kenali, teman yang sehingga kini sudah menjadi teman akrab, sudah menjadi ketua saya, sudah berkahwin, teman diskusi, teman mengenali diri, termasuk juga yang sudah menghilangkan diri. Membaca kembali entri-entri keanak-anakan yang pernah saya tulis tetapi begitu banyak komen yang diterima, saya jadi tersenyum sendiri. Saya benar-benar rindu setiap masa saya bersama kamu. Walaupun sehingga kini, saya rasa entri saya sudah tidak emosional seperti dahulu lagi, sudah dewasa mungkin, tetapi kurang pula yang berkomentar🙂

Teman yang dari dahulu masih membaca tanah Nyanyian Hujan ini, teman yang sudah melupakan untuk membaca kamu lagi kerana mereka sudah tidak punya masa, atau mungkin sudah beralih media. Teman yang diam-diam masih lagi membaca kamu. Teman yang mengintai kamu hanya untuk bersangka buruk (kau mahu anggap dia teman? terpulang kepada kau) Teman yang sellau jatuh cinta dnegan kata-kata di sini. Kau mengenali setiap satu daripada mereka bukan?

Dan mereka yang datang dan pergi membaca tulisan, keluhan saya di dada kamu, apakah mereka masih akan mengingati kita? Nyanyian Hujan yang berona birungu. Apakah mereka akan mengingati seperti mana kita mengingati tiap satu yang datang dan membaca berulang kali komen yang pernah mereka tinggalkan?

Saya masih memilih untuk menulis di sini, sungguh walaupun ada antara mereka membuat riak muka hairan, dan bertanya, “masihkah ada yang menulis blog lagi?” Ya, ada. Saya. Kerana saya menulis bukan mengikut aliran dan trend semasa. Saya menulis kerana saya mencintai kata-kata dan kamu, tanah penuh suka dan tanah yang juga menyimpan duka.

Selamat ulang tahun kesayangan saya, Tanah Nyanyian Hujan. Selepas lima tahun saya memilih kamu, barulah saya mengetahui benar tarikh kita memilih menjadi pasangan masing-masing. Terima kasih kerana ada dan selalu ada. Terima kasih! 

 

8 thoughts on “Surat Kepada Nyanyian Hujan yang Berona Birungu”

    1. Kyuuem: Hai awak! bila nak balik Malaysia? Itulah, blog ini buat saya bertemu ramai kawan🙂 Yay!
      Eh, dahulu rasanya saya ada facebook awak, tapi awak delete kot. Marilah add saya, saya bukan tahu nama facebook awak pun🙂

      Like

      1. Balik Jun nanti, tak sabar pulak rasanya sebab begitu banyak plan. Nama facebook saya Ai Syazwani Azizi.😀. Sengaja letak Ai supaya ia keluar cepat dan tak perku skroll. Haha!

        Like

  1. tahniah dan selamat hari ulangtahun…🙂

    entri ini mengingatkan saya kepada blog lama (Bintang Hati) yang telah lama dipadam. Rindu.

    “begitulah kehidupan tetap berjalan, walau impian sudah hancur termusnahkan…”
    🙂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s