Memo Untuk A X


Rasa ini tidak pernah padam, tidak pernah dilupakan. Sentiasa hangat. Bolehkah kita melupakan salah faham dan waktu yang sia-sia serta perlahan-lahan membina memori baru bahagia yang tidak pernah terisi selama masa lalu?

Let’s forget all can be forget, which is gone by already, forget the time of misunderstandings and the time lost. Finding out how to forget by to forget those hours which sometimes killed by blows “why” the heart of happiness.

Nota:

Lagu Jacques Brel – Ne me quitte pas (Don’t leave Me), 1959

TragiKomedi dalam teater Raja Lawak


I

Kawan saya pernah mengatakan kepada saya bahawa kuasa besar pelawak adalah memanipulasikan kesedihan, dan kemuncak kuasa itu apabila penonton boleh ketawa untuk kesedihan yang dipamerkan oleh pelawak. Seperti badut yang wajahnya sedih dan melakonkan babak-babak mendukacitakan dalam perannya tetapi dalam fikiran kita sebagai penonton, badut sering kali menjadi figura yang melucukan. Tragik komedi adalah senyuman badut tetapi tangisannya tersimpan di dalam hati.

II


Di belakang pentas sebuah persembahan rock dalam teater Raja Lawak, drama sehiris kehidupan seorang Raja Lawak, Osman Bombay, di penghujung kegemilangannya sedang berlangsung. Osman Bombay, mengerti waktu zaman kegemilangan teater bangsawan di panggung-panggung sudah hampir menemui penghujungnya. Ini jelas boleh dilihat, kelesuannya serta cara duduknya di kerusi sementara menunggu show berlangsung, tidak mempamerkan kegemilangan dan kemegahannya sebagai pelawak. Tetapi sebagai pelawak yang lama berada dalam dunia komedi dan lawak, dia cuba untuk tidak menunjukkan hal itu di hadapan Husin Tak Bai, yang ingin menjadi perantisnya serta meneruskan legasinya sebagai Raja Lawak. Kerana sepanjang hidupnya dia biasa memakai senyum dan gelak tawa dan menyimpan kesedihan dalam hati.


Rocker, promoter adalah mewakili kebanyakan masyarakat Malaysia. Masyarakat yang gemar bernostalgia, tertarik kepada suasana kampung dan hal-hal tetapi realitinya kita tidak menghargainya Penonton seperti rocker dan promoter (baca: bekas penonton) mengingati kelincahan dan lawak jenaka Osman Bombay di atas pentas. Hanya mengingati dan mengenang kemilangan itu. Tetapi mereka tidak begitu menghargainya. Sebab itu harga pelawak dibayar murah juga menghormati sebagai seorang tua bukannya sebagai lagenda.

Watak yang memegang kuat tragik komedi dalam Raja Lawak (bagi saya), tidak kepada watak Osman Bombay tetapi kepada Husin Tak Bai. Dia, figura pengagum Osman Bombay dan mengikut rapat apa sahaja yang dilakukan Osman Bombay melalui pakaiannya, tabiat merokoknya, cara lawak jenakanya. Husin Tak Bai menganggap Osman Bombay adalah super-hero zaman kecilnya dan ingin menjadi sepertinya. Kerana di mata Husin Tak Bai, menjadi seorang pelawak boleh memberi kebahagiaan, di atas pentas, seorang pelawak sentiasa gelak gembira, ketawa. Osman Bombay menafikan perkara itu mengatakan bahawa menjadi pelawak itu hanya bertopeng gelak ketawa sahaja. Husin Tak Bai menguasai apa yang dikatakan tragik komedi. Dia tidak serius dan selalu menjenakakan apa sahaja baik di belakang pentas dan juga depan pentas. Penonton dpaat melihat, Husin Tak Bai tidak berbuat-buat begitu, dia bahagia melakukan lawak jenaka dan tahu berserius (dalam masa sama berjenaka) bila perlu seperti ketika mendepani promoter juga di babak akhir teater ini.

Ini perihal yang dilupakan oleh Osman Bombay, bahawa tugas pelawak memberi kebahagiaan kepada penonton dan dia harus merasa bahagia berbuat sedemikian rupa walaupun dia punya banyak masalah. Bukan mudah untuk sentiasa tersenyum dan jenaka dalam semua waktu termasuklah waktu sedang serius. Hanay pelawak sejati yang memberikan aura sedemikian rupa.

M.G Ramli, mewakili Osman Bombay di zaman kegemilangannya, Cuma tidak dapat dipastikan apakah Osman Bombay juga sombong dengan orang tua di zaman itu. Watak promoter dan Juliah menyatakan secara tidak langsung perwatakan Osman Bombay di waktu kegemilangan juga punya perempuan bersilih ganti, malah berbini muda yang di bawa dari kampung (mungkin di fikirannya perempuan kampung ini lebih tunduk, menurut dan terhutang budi kepadanya). Osman Bombay pernah melalui fasa di mana M.G Ramli sedang lalui. Dia kembali melihat dirinya dahulu yang di bawah sedar menyedari zamannya itu sudah berlalu dan dia tidak dapat kembali ke sana, dia hanya boleh mempertahankan apa yang dia ada, iaitu Juliah. Tetapi, di pentas akhir, dia tidak dapat mempertahankan apa-apa walaupun Juliah dan kerjaya lawaknya. Dan itu memberi kejutan kepada dirinya dan mengakhiri segalanya.

Saya sukakan semasa set berubah daripada belakang pentas ke depan pentas. Pelawak mendepani penonton. Pelawak berinteraksi secara terus dengan penonton. Secara tanpa sedar, pengarah telah menjadi penonton teater sebahagian daripada pelakon di bawah arahannya. Di sini kekuasaan pengarah akan dilihat. Apakah pengarah teater benar-benar menguasai pentasnya dan penontonnya dengan teaternya. Jika pelawak itu benar-benar memberi lawak jenaka seperti interaksi antara Husin Tak Bai dan M.G Ramli, penonton akan tertawa kerana dia bukan sedang menonton teater tetapi sedang menonton sebuah selingan lawak di antara konsert rock kapak. Itulah antara kekuatan besar teater ini, sekiranya berjaya membina hal itu kepada penonton.

III

Pementasan Raja Lawak masih bersisa 3 hari, hari ini, esok dan hari selepas esok iaitu 25 Januari. Pementasan yang dibawa kembali selepas 20 tahun ini bukan cuba mengembalikan kegemilangan pementasan yang menarik 20,000 penonton. Kerana kegemilangan bukan untuk dikembalikan tetapi yang boleh dikembalikan adalah nostalgia, pergulatan isu serta persoalan yang ditumpahkan penulis serta pengarah teater, Zakaria Ali sewaktu memulakan pementasan teater itu 20 tahun lalu.

Tiket teater “Raja Lawak” boleh dibeli di www.ticket2u.biz atau di pintu masuk auditorium. Skrip teater ini boleh didapati melalui pembelian bukunya “Trilogi Raja Lawak” yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia yang dijual di auditorium DBKL.

Dalam pentas teater, sungguh pun kita menontonnya berkali-kali pada hari yang berbeza, kesannya tidak sama. Kerana setiap hari ada yang yang dimbah, yang dihilangkan, momentum yang berbeza-beza. Dan lagi satu, pementasan teater tiada siaran ulang tayang di TV. Mula di pentas, tamat di pentas jua.

 

 

 

Kredit Gambar : Facebook Institut Terjemahan & Buku Malaysia serta Teater Raja Lawak


 

Tentang Yang Pertama


I

Menangguh sesuatu ternyata menyeksakan. Akhirnya sesuatu yang saya bawa selama 2 tahun, telah saya lepaskan. Meskipun tidak sempurna, tetapi saya fikir, sesuatu jarang mendapat kesempurnaan. Tetapi saya harus melepaskannya pergi untuk kebaikan diri dan janji yang menunggu hampir dua tahun lamanya.

Sekurang-kurangnya, ini satu penilaian, bagaimana untuk merencana hal yang kedua ini. Yang pertama tentu sahaja pengalamannya manis meski ada hal-hal yang perit dan pahit. Seperti mengasuh anak pertama, tidak akan sempurna kerana semuanya dalam peringkat permulaan. Ada percubaan dan kegagalan. Ada kejayaan meski tidak sempurna. Cuma berharap yang kedua akan jauh lebih baik daripada ini. Dan membawa pendekatan yang lain sama sekali. Saya benar-benar mahu mencabar diri.

II

Melihat kembali tempoh dua tahun terkebelakang semasa menukangi perihal Yang Pertama. Rupanya banyak hal yang berlaku, saya bermula dengan menjadi orang lain, yang percaya hal-hal yang lain kemudian perlahan-lahan bermetamorfosis menjadi orang yang lain, mempunyai pandangan yang lain. Mungkin ada bahagian yang sedikit menderakan kerana di tahun pertama, saya menjurus ke arah kepercayaan itu, di tengah jalan saya harus menukar arah.

Jadi saya terfikir, saya harus menukangi Yang Kedua dengan segera. Sesingkat yang mungkin bila perlu. Saya takut saya ambil pusingan U-Turn sekali lagi, atau jalan terus tidak bengkok-bengkok. Haru.

III

Yang lebih penting lagi, berharap Yang Pertama mendapat kelulusan sebab sepanjang 2 tahun menukanginya, saya hanya menukangi untuk tempat itu. Kerana sudah berjanji serta mengikat janji kepada diri. Yang Pertama hanya untuk rumah itu sahaja. Tiada yang lain.

 

Kawan-kawan doakannya yang terbaik ya J


 

Tentang Komen Kepada Masalah


I

Antara siri TV yang saya suka selain SHERLOCK dan CSI ialah THE BIG BANG THEORY. Ulang banyak kali pun mesti akan gelak. Sesiapa yang nerd dan baca komik, mesti akan suka sitcom ini 🙂

II

Ada orang datang bertanya kepada saya, bertanya komen terhadap beberapa masalah yang ditimbulkan di sekeliling saya. Juga hal-hal isu semasa yang membakar di timeline Facebook saya.

Saat ini, saya teringat jawapan Howard (salah satu watak dalam The Big Bang Theory) semasa dia berada di angkasa kepada isterinya, Bernadette. Ketika itu Bernadette menyuruh Howard menjelaskan kepada ibunya, bahawa mereka tidak akan tinggal bersama ibunya selepas Howard balik dari angkasa.

“Let me share something, I’ve learned since i got here, You realize, how small your problem are, when you’re looking down on them from space”

Projek Baharu Sempena Ulang Tahun Kelahiran


I

Semalan, tepatnya, dua bulan lagi, ulang tahun kelahiran saya. Tahun lepas, saya membuat projek #30harimenulissuratcintasempenaulangtahun. Tetapi tahun ini selepas membaca catatan di blog Shukri Mohd Ali, yang membuatkan saya sungguh rasa sangat terharu.  Lantas membuatkan saya ingin membuat projek lain iaitu #15SuratCintaSempenaUlangTahunKelahiran. Ehem, tunggu sahaja siapa yang terpilih. Juga bagaimana surat itu ditulis 🙂 15 buah surat cinta akan ditulis dalam masa dua bulan sebelum ulang tahun kelahiran saya 🙂

Surat itu akan bertulis tangan, seperti saya menulis surat kepada huruf kecil. Dan akan dikirimkan kepada pembaca yang bertuah 🙂 Siapa yang masih suka menerima surat? 🙂

II

Sajak saya disiarkan dalam Mingguan Malaysia 13 Januari 2013. Setelah beberapa tahun, selepas Jun 2009, ini kali kedua sajak saya disiarkan dalam akhbar ini.

Saya sudah muat naik sajak itu di facebook, dalam bentuk doodle. Selepas ini, sajak-sajak yang disiarkan akan ditulis kembali dalam bentuk doodle. Bertulis tangan yang comot dan hodoh. Hehe. Sesiapa yang mahu membaca sajak itu, bolehlah membacanya di sini 🙂

Tahun ini saya ingin asah untuk menulis dan melukis. Saya sudah mempunyai beberapa buah buku sketch. Antaranya saya namakan Cenderawasih dan Scarlet. Kali ini, projek ini jauh lebih serius, saya ingin mencabar diri sendiri supaya melukis dan menulis dengan lebih baik lagi. Kawan-kawan, mari membantu memberi galakan kepada saya. Yay!

Mimpi Dari Sebuah Lukisan Ilusi dan Lagu


I

Tahun lepas, puisi “Mimpi Dari Sebuah Lukisan Ilusi” disiarkan dalam majalah Pentas terbitan Istana Budaya. Terbitan Julai- September 2012. Cover di hadapan, Fauziah Suhaili, pemain gambus wanita yang selalu saya lihat di TV. Saya betul-betul terlupa menguar-uarkan di blog ini. Sesiapa yang mengikuti blog ini, kalau ingat, sejarah puisi ini dihasilkan selepas saya melihat lukisan di R.A Fines Art Gallery. Saya pun sudah lama tidak pergi berjalan-jalan di galeri. Sibuk! *Alasan*

Sesiapa yang ingin menikmati puisi itu, boleh langsung ke link ini. Bolehlah beri pandangan untuk saya menulis lebih baik lagi

II

Dan juga puisi ini sebenarnya telah dijadikan lagu oleh saudara Airmas. Baru-baru ini Airmas memaklumkan kepada saya, bahawa dia telah memilih beberapa lagu untuk dimuatkan dalam albumnya. Dan dua buah puisi saya dipilih untuk dimasukkan dalam albumnya. Jeng Jeng. Cuba teka puisi apa? Tada! Kaca Jendela Tren dan Mimpi Dari Sebuah Lukisan Ilusi. Kedua-duanya pernah disiarkan dalam majalah Pentas. Suaratn atau kebetulan? Airmas memaklumkan beliau sedang menjalankan proses rakaman. Hu hu hu. Moga-moga lagu ini masuk Hot F.M. Bolehlah tumpang rasa glamour. Haha.

Jangan kecewa apabila Nyanyian Hujan tidak terpilih. Nyanyian Hujan kena tunggu lain kali, kata AirMas J

Selain itu, ada satu puisi itu saya sangat suka iaitu, “Kenangan Musim Zaiton” tulisan Shafiq Said. Pelajar jurusan pergigian di Jordan yang bagi saya, punya passion yang tinggi kepada puisi. Kerana begitu saya terkesan dengan sajaknya, saya telah menuliskan sebuah sajak balas kepadanya iaitu “Kenangan Di Jendela” sebagai hadiah dan kado-kado supaya beliau terus menulis dan menulis.

Jadi, untuk tahun baru ini, kita nantikan album Airmas Sz ya. Nanti kalau sudah keluar album, saya akan maklumkan di blog :

Nota Tengah Malam


I

Dahulu saya bebas menulis tentang apa yang saya fikir di sini. Tiada siapa yang mahu baca, jadi tulis benda melankolik tahap dewa pun tidak apa. Tapi perkara melankolik, kisah sedih-sedih ini, ramai pula yang komen, berangkai-rangkai. Saya pernah memutuskan untuk mengehad perkara melankolik ini dan menulis sesuatu yang serius, sesuatu yang matang dan dewasa. Tentu sahaja hal 5 tahun sudah tidak sama dengan sekarang. Jadi saya semakin berhati-hati menulis, terlalu banyak fikir jadi banyak entri berakhir dengan draf sahaja.

Tapi semenjak kebelakangan ini, orang jarang komen, mungkin sudah ada facebook, lebih mudah. kalau di blog kena taip nama, walaupun sudah ada aplikasi facebook, orang jarang komen, orang anggap menulis blog ini ketinggalan, kuno. Siapa yang tulis panjang-panjang, sudahlah panjang, tidak bermanfaat pula tu.Hahaha. Macam saya. Kalau di Indonesia, mereka panggil curhat (curahan hati)

Kadangkala saya rindu mahu macam dulu-dulu. Tulislah apa sahaja yang kita suka atau yang terfikir waktu itu, yang komen walaupun komen bukanlah perkara bersangkut paut pun tetap saya baca dan balas satu-satu. Tetapi rasa gembira. Sekarang payah, kita tidak boleh tulis sesuka hati. Ada pembaca sedang menunggu untuk baling bom jangka sahaja dan meletupkan entri bila-bila masa. Terbabaooo. Haha. Kita kadangkala hilang rasa seronok menulis

Bila makin dewasa sudah semakin tidak seronok. Orang ambil perkara terlalu serius, orang sudah tidak mahu bergelak ketawa, orang tidak mahu ambil mudah sahaja dan senyum sahaja untuk banyak perkara. Kerana senyuman untuk waktu sekarang adalah topeng. Jangan percaya pada senyuman. Sebab entah apa senyuman dan gelak ketawa atas kisah-kisah yang dikongsi,kadangkala digunakan sebagai ramuan racun untuk diletakkan dalam minuman, dan dipaksa teguk. Agaknya kalau peminum mati cepat, baru puas hati agaknya.

Lebih baik masa zaman polos, zaman ikhlas dan zaman tidak berpihak. Zaman kanak-kanak yang kita pandang murni dan jujur semua perkara. Tetapi bila fikir kembali, zaman kanak-kanak sekarang susah. Tidak seperti zaman kanak-kanak saya tahun 90-an. Lahir-lahir sahaja macam-macam harapan diletakkan kepada mereka. Malah kecil-kecil sudah harus bersaing sesama sendiri. Kasihan.

II

Kawan-kawan zaman belajar, pantang tengok saya muram, sebab saya jarang bermuka sedih atau marah. Saya selalu senyum dan bergelak ketawa. Jadi kalau saya muram, mereka akan cepat-cepat tanya, kenapa atau tidak bergurau senda dengan saya, takut gunung berapi meletus.

Mereka mungkin faham, saya memang jenis bawa diri sendiri masa belajar. Makan malam pun seorang diri. Pergi mana-mana pun seorang diri. Entah, orang seperti saya mungkin susah nak terikat erat pada persahabatan. Kerana sepanjang dari kecil, persahabatan memang selalu mengkhianati saya, selalu mahu membunuh saya

Saya selalu cakap kepada mereka, saya hanya punya senyuman. Saya tiada apa-apa selain daripadanya.

Tadi saya cakap, senyuman ada topeng. Adakah apabila saya tersenyum, orang mentafsirkan saya memakai topeng? Ah, dalam hati apakah mereka tahu sebenar cerita?

III

Kadangkala berteman kesepian, buat kita lebih mengingati diri sendiri, betapa selama ini kita terlalu bergantung kepada orang untuk merasa bahagia sedangkan dahulu kita adalah sendiri, berseorangan dan tidak merasakan kekurangan apa-apa pun

Mungkin perlu kembali kepada alamiah, kepada fitrah. Kesunyian.