Projek Baharu Sempena Ulang Tahun Kelahiran


I

Semalan, tepatnya, dua bulan lagi, ulang tahun kelahiran saya. Tahun lepas, saya membuat projek #30harimenulissuratcintasempenaulangtahun. Tetapi tahun ini selepas membaca catatan di blog Shukri Mohd Ali, yang membuatkan saya sungguh rasa sangat terharu.  Lantas membuatkan saya ingin membuat projek lain iaitu #15SuratCintaSempenaUlangTahunKelahiran. Ehem, tunggu sahaja siapa yang terpilih. Juga bagaimana surat itu ditulis 🙂 15 buah surat cinta akan ditulis dalam masa dua bulan sebelum ulang tahun kelahiran saya 🙂

Surat itu akan bertulis tangan, seperti saya menulis surat kepada huruf kecil. Dan akan dikirimkan kepada pembaca yang bertuah 🙂 Siapa yang masih suka menerima surat? 🙂

II

Sajak saya disiarkan dalam Mingguan Malaysia 13 Januari 2013. Setelah beberapa tahun, selepas Jun 2009, ini kali kedua sajak saya disiarkan dalam akhbar ini.

Saya sudah muat naik sajak itu di facebook, dalam bentuk doodle. Selepas ini, sajak-sajak yang disiarkan akan ditulis kembali dalam bentuk doodle. Bertulis tangan yang comot dan hodoh. Hehe. Sesiapa yang mahu membaca sajak itu, bolehlah membacanya di sini 🙂

Tahun ini saya ingin asah untuk menulis dan melukis. Saya sudah mempunyai beberapa buah buku sketch. Antaranya saya namakan Cenderawasih dan Scarlet. Kali ini, projek ini jauh lebih serius, saya ingin mencabar diri sendiri supaya melukis dan menulis dengan lebih baik lagi. Kawan-kawan, mari membantu memberi galakan kepada saya. Yay!