Projek Baharu Sempena Ulang Tahun Kelahiran


I

Semalan, tepatnya, dua bulan lagi, ulang tahun kelahiran saya. Tahun lepas, saya membuat projek #30harimenulissuratcintasempenaulangtahun. Tetapi tahun ini selepas membaca catatan di blog Shukri Mohd Ali, yang membuatkan saya sungguh rasa sangat terharu.  Lantas membuatkan saya ingin membuat projek lain iaitu #15SuratCintaSempenaUlangTahunKelahiran. Ehem, tunggu sahaja siapa yang terpilih. Juga bagaimana surat itu ditulis🙂 15 buah surat cinta akan ditulis dalam masa dua bulan sebelum ulang tahun kelahiran saya🙂

Surat itu akan bertulis tangan, seperti saya menulis surat kepada huruf kecil. Dan akan dikirimkan kepada pembaca yang bertuah🙂 Siapa yang masih suka menerima surat?🙂

II

Sajak saya disiarkan dalam Mingguan Malaysia 13 Januari 2013. Setelah beberapa tahun, selepas Jun 2009, ini kali kedua sajak saya disiarkan dalam akhbar ini.

Saya sudah muat naik sajak itu di facebook, dalam bentuk doodle. Selepas ini, sajak-sajak yang disiarkan akan ditulis kembali dalam bentuk doodle. Bertulis tangan yang comot dan hodoh. Hehe. Sesiapa yang mahu membaca sajak itu, bolehlah membacanya di sini🙂

Tahun ini saya ingin asah untuk menulis dan melukis. Saya sudah mempunyai beberapa buah buku sketch. Antaranya saya namakan Cenderawasih dan Scarlet. Kali ini, projek ini jauh lebih serius, saya ingin mencabar diri sendiri supaya melukis dan menulis dengan lebih baik lagi. Kawan-kawan, mari membantu memberi galakan kepada saya. Yay!

6 thoughts on “Projek Baharu Sempena Ulang Tahun Kelahiran”

  1. kakak kakak kakak saya ada blog wordpress yeay!!! sobs. selama ni saya tak boleh komen blog akak ni sebab tak ada wordpress. sanggup saya buat blog baru semata-mata nak komen kat blog kakak tau hehehe😀 tak apa la sempena tahun baru ni, mulakan catatan baru di wordpress hehehe.

    saya pun nak tulis surat jugak la!😛

    Like

    1. Shukri Shukri Shukri : Wahhh!!! Kagum saya dengan kegigihan untuk berkomen. Tapi Shukri, awak boleh saja komen kalau tak ada wordpress kan?🙂

      Tetapi kamu tetap pemberi komentar terbanyak di blog ini🙂

      Like

      1. tak la kak. dah tak boleh dah. tu pasal lama tak ada komen saya kat blog akak. padahal saya baca selalu tau! huhuhu jahat wordpress ni. dia dengki saya guna blogspot kut hehehe. jadi itulah saya buat blog. tak apa la. lagipun blogspot tu banyak catatan merapu dah. huhuhu.

        Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s