Kahwin & Hal-hal yang Akan Cuba Diselesaikan


I

Adik lelaki saya kena berkahwin hujung tahun ini. Kenapa saya kata kena berkahwin, kerana pihak keluarga perempuan seakan-akan mendesak supaya percintaan mereka yang lama itu disudahkan dengan majlis perkahwinan. Adik lelaki saya dalam 24 tahun begitu juga dengan perempuan. Mungkin sekarang sindorm kahwin awal sedang melanda. Insecurity.

Kakak saya memaklumkan hal ini menerusi telefon selepas ibu beberapa kali cuba menghubungi saya tidak berjaya. Saya tengah buat sedikit kerja di pejabat pada hujung minggu dan tidak perasan telefon. Semasa mendengar panggilan telefon, saya tidak begitulah berperasaan, saya gembira sebenarnya. Walaupun adik saya itu dikatakan bakal langkah bendul, saya mendoakan yang baik-baik sahaja antara mereka berdua. Saya tidak mahu menghalang apatah lagi berwalang dan berdrama swasta mengatakan tak boleh berkahwin selagi saya tak berkahwin. Dan yang paling penting, saya akan dapat sepersalinan lengkap sebab adik saya langkah bendul. Muhahahaha.

Tetapi bahagian kedua makluman itu membuatkan saya terlalu berperasaan. Perasaan libang libu, marah, sedih, tidak gembira, kecewa dan (sila masukkan semua perbendaharaan kata yang sesuai dengan situasi ini), dalam keluarga saya, ibu berulang kali memberitahu bahawa kenduri hanya akan dilakukan untuk anak perempuan, anak lelaki hanya mungkin kenduri doa selamat sahaja. Jadi kalau adik saya berkahwin, maka tiada kenduri 3 hari 2 malam akan dibuat.

Bahagian kedua makluman itu meminta saya berkahwin sekali dengan tarikh tersebut. Supaya boleh buat kenduri kahwin yang meriah. Bermaksud hujung tahun ini saya kena berkahwin. Dan bermacam-macam perasaan yang saya sebutkan itu kerana beberapa hal.

II

Hal yang pertama, saya sebut kena kerana saya tiada hati dan perasaan pun untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, dan saya dipaksa untuk berkahwin. Ini bukan cerita novel yang kena paksa kahwin dengan sesiapa demi untuk keseronokan hati orang lain. Dan hati saya bukannya pualam. Yang keras dan tidak berperasan. Sememangnya saya suka bergelak ketawa dan tersenyum, tetapi hati saya tetap bukan pualam.

Hal yang kedua, saya tiada sesiapa, saya tiada calon yang ingin berkahwin dengan saya. Jadi perkahwinan hujung tahun ini untuk apa? Untuk siapa? Dengan siapa?

Hal yang ketiga, saya tidak pernah terfikir untuk berkongsi perkahwinan saya dengan sesiapa terutamanya adik beradik saya. Jika selama ini saya terasing, biarlah satu-satu sahaja hal ini diasingkan selama-lamanya. Jika soal ekonomi yang difikirkan, saya rela majlis perkahwinan itu jadi sangat sederhana, sangat sederhana asal tidak berkongsi dengan sesiapa.

Hal yang keempat, kalaulah ibu meminta hal ini beberapa tahun lepas, mungkin saya hanya ada satu perasaan sahaja iaitu gembira. Tetapi kalaulah mereka tahu, pada Februari 2010 hati saya telah terlalu hancur sehingga saya tiada berperasaan apa-apa lagi. Mohon jangan ditanyakan hal perkahwinan dengan saya lagi. Mohon.

 

III

Saya hubungi seseorang untuk menenangkan hati dan nada bergurau mengajaknya berkahwin, yang saya tahu tentu jawapannya, TIDAK. Sebab itu saya hubungi dia. Tetapi selesai saya meletakkan panggilan telefon, hatinya saya tiba-tiba retak beratus ribu dan badan saya menggigil-gigil entah apa. Dan saya teringat waktu-waktu dahulu. Rasa sakit ini kerana apa?

Advertisements

14 thoughts on “Kahwin & Hal-hal yang Akan Cuba Diselesaikan”

  1. tiba-tiba jadi sayu bila baca. sampai tak tahu nak komen apa dan tak boleh nak letak ayat bergurau macam selalu 😦 kuat ya kak! macam Kamellia 😉

    *hatiku bukan pualam. oh!*

    Like

  2. Padamkan dia dalam memorimu. Buka dan lapangkan hatimu sebersih-bersihnya dan merayu kepada Allah. Di saat kemelut begitu menggila, percayalah Tuhan sudah menyediakan pelangi di akhir semua ini.

    Percayalah pada kekuasaan Tuhan yang membuka hati dan melorongkan harapan.

    Like

    1. WardahPuteh : Saya mengambil kata-kata Padi sewaktu berkongsi pengalaman kreatifnya,

      “Ketika menulis lagu, kadang-kadang yang menginspirasikan hanyalah duka yang sedikit tetapi di dalam lagu ia dihiperbolakan”

      🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s