Tentang Teh, Kopi, Buku, Hujan, Kenangan dan “Sepetang di Kafe Biblioholic”


I

Saya membesar dengan budaya minum teh daun, bukan kopi, bukan milo, bukan Nescafe. Teh daun itu hanya boleh dibeli di kampung belah emak saya, di salah satu kedai cina menghadap jalan besar. Setiap kali ibu dan abah pulang, mereka pasti membeli sedozen teh daun tersebut. Menurut ibu, minum teh daun, badan kita tidak berangin berbanding minum teh uncang, itu pun saya tahu setelah saya remaja tentang khasiat teh. Malah, saya baru tahu buat teh susu menggunakan teh uncang setelah masuk sekolah menengah. Saya juga mengenal segala macam jenis kopi 3 dalam 1 semasa masuk sekolah asrama.

Minum teh bersama dengan beraneka macam “gorengan”adalah satu-satunya waktu kami sekeluarga berkumpul bersama. Adik-adik saya suka teh yang saya buat kerana teh saya sedikit manis berbanding teh yang abah saya buat. Abang gemar mengurangkan kemanisan dalam tehnya sedangkan saya tidak begitu. Saya juga teh yang hangat dan manis. Terkemudian, saya suka teh jasmin nan manis.

II

Kemudian, selepas dewasa dan bekerja, saya menjebakkan diri dalam dunia kopi. Ketika itu sudah berwang untuk minum di kedai kopi yang mahal-mahal. Haha. Dan saya suka mengunjungi kafe kafe serta mencuba kopi mereka. Saya sudah boleh membezakan, rasa kopi Robusta, Arabica, mana yang sesuai dengan lidah saya yang suka full bodies dan perasaan selepas minum kopi. Dan saya selalu menghabiskan masa berjam-jam duduk di kafe sambil membaca buku, sambil menulis sesuatu dan kadang kala berbual sahaja dengan sesiapa yang menjadi peneman saya

III

Saya tidak dapat pisahkan hal buku. Dan buku hanya memilih jalur hidup yang berlainan untuk saya. Saya sebetulnya sangat tertarik dengan konsep yang dibangunkan Aan Mansyur dan mantan kekasihnya Andi Nur Alifiah, sebuah kafe baca di Makassar. Nama kafe itu, Kafe Biblioholic. Saya berangan-angan mahu membuka sebuah kafe baca yang menggabungkan buku-buku dan kafe. Tetapi saya tidak punya begitu banyak wang, jadi saya memilih melakukan sesuatu tanpa perlu melaburkan begitu banyak wang iaitu mengabadikannya dalam bentuk tulisan.

Novel bukan yang pertama, itu saya tulis dalam jangka masa setahun lebih. Dan kerana perpindahan tugas dan beban kerja yang banyak, saya mengalami kesukaran untuk menyudahkan bahagian akhir bab tersebut. Saya ke Makassar untuk Makassar International Writer Festival. Saya bertemu dengan Aan Mansyur dan ingin sekali mengunjungi Kafe Biblioholic, tetapi kafe itu telah ditutup kerana beberapa hal. Ini telah dinyatakan oleh Aan Mansyur dalam tulisannya. Saya sebetulnya berasa sangat sedih mendengar hal itu. Dan kerana itu, saya menguatkan hati menyudahkan novel tersebut, dan menamakannya Kafe Biblioholic, sempena sebuah kafe baca kecil yang diusahakan dengan sepenuh cinta oleh Aan.

Ah, tentu sahaja bukan kisah Aan membangunkan kafe baca itu menjadi kisah dalam novel itu, tetapi sebahagiannya ya.

IV

Saya seorang perempuan sentimental. Banyak hal yang saya ingat. Terlalu. Dan saya juga sangat sukakan hujan sehingga menamakan blog ini Nyanyian Hujan. Dan tentu sahaja perihal hujan yang saya cintai dan diri saya yang penuh kenangan itu tentu sahaja akan mengikut saya di mana-mana. Hatta dalam tulisan saya sekalipun

V

Saya sebetulnya tidak tahu mahu mengatakan dengan cara bagaimana rasa bahagia ini. Bahawa novel pertama saya bakal memenuhi rak-rak di kedai buku dan mula dijual di Pesta Buku Selangor. Novel ini terbitan JS Adiwarna. Sebetulnya sewaktu kaksu membangunkan Jemari Seni, saya telah konon-konon berjanji dengan diri sendiri, novel pertama saya harus terbit dengan Jemari Seni di bawah kelolaan kaksu. Janji itu sudah lama, rasanya lebih 5 tahun. Teruk kan? Baru sekarang janji itu tertunai. Novel yang awalnya dinamakan “Kafe Biblioholic” akhirnya terbit dengan judul “Sepetang di Kafe Biblioholic” dengan sampul novelnya yang manis. Hehe. Saya tidak pernah membayangkan Kamellia (watak dalam novel) itu akan menjadi semanis ini. Nampaknya saya kenalah bergaya semanis Kamellia ini. Hehe.


Novel yang sederhana, tentang teh, kopi, dunia buku, hujan dan kenangan. Tentang pilihan untuk mengenang segala kenangan, atau memilih untuk melupakan dan menidurkannya dalam ingatan. Tentang pilihan secangkir teh Earl Grey atau secawan espreso yang pahit. Tentang seorang Kamellia yang sederhana dan polos di tengah-tengah sebuah Kafe Biblioholic. Tak perlu sediakan tisu. Hehe. Ops!

Sesiapa yang ingin memiliki novel tersebut, dijemput ke Pesta Buku Selangor, ada tawaran diskaun menarik. Beli novel “Sepetang di Kafe Biblioholic” dan novel “Straight/Senget” karya Ina Rahim sekali dengan harga RM28. Kalau harga biasa RM20. Ehem, ada sesi tandatangan lagi pada hari Sabtu, 1 Jun 2013, bangun awal-awal jam 10 pagi- 2.00petang. Bolehlah datang, nanti say acuba bawa coffee maker, boleh buat kopi ke? Hehehe. Sesiapa yang beli buku waktu sesi itu, ada “tanda mata” kecil.


18 thoughts on “Tentang Teh, Kopi, Buku, Hujan, Kenangan dan “Sepetang di Kafe Biblioholic””

  1. teruknya saya baru berpeluang baca post ni! tidak sempat nak berkunjung ke pesta buku tadi kerana kekangan masa.esok(ahad) Ainul masih ada atau hanya pada hari sabtu saja?

    Like

  2. Tahniah buat penulis. Terasa berbaloinya saya menjejakkan kaki ke sana sebanyak 2 kali.
    Sepetang di Kafe Biblioholic berjaya saya tamatkan sebelum tempoh 24 jam dengan bermacam-macam rasa. Kepuasannya mencapai tahap maksima.

    Hujan, kopi dan kafe baca adalah sesuatu yang dekat di hati.

    Terima kasih juga atas info-info yang sangat baru pada saya.
    Semoga saudari Ainul akan terus berkarya. Saya tunggu karya yang seterusnya🙂

    Like

    1. Dyhsen48 : Hidayah, awakkah yang datang semata-mata untuk mendapatkan tanda tangan saya dalam buku itu? Wah, terharu!

      Terima kasih kerana menyenangi kisah sederhana dalam buku itu. Ah, kalau awak suka hujan, kopi dan kafe, tentu sahaja kita berkongsi rasa yang sama. Bila awak cakap baca dalam tempoh kurang 24 jam, saya terkenang waktu-waktu saya juga seperti itu. Hehehe

      InsyaAllah, akan terus menulis lagi🙂 Ala, janganlah terlalu menanti, rasa berdebar-debar lagi ini🙂

      Sayang, terima kasih kerana membeli dan membaca🙂

      Like

      1. Iya. Sayalah yang datang tu🙂
        Yang sangat kepoh di Booth JS Adiwarna. hihihi
        Gambar kita yang meriah hari tu pun dah diletakkan di page FB JS Adiwarna. Terserlah kecomelan kita semua ^^. Dan sama-sama. Sepetang di Kafe Biblioholic sudah menjadi buku kegemaran saya🙂

        Like

  3. Dyhsen48 : Bukan kepoh tetapi memeriahkan suasana. Haha🙂 seronok jumpa pembaca blog dan pembaca buku di luar. Tak apa, booth Adiwarna boleh jadi tempat penulis-pembaca berkumpul. Tuan rumah tak marah punya.

    Ya, gambar yang meriah dan sangat comel. Nanti-nanti boleh jumpa lagi, buat gathering ke?🙂

    Ehem, terima kasih kerana menjadikan “Sepetang di Kafe Biblioholic” sebagai buku kegemaran. Terharu! Sungguh!🙂

    Terima kasih ya🙂

    Like

  4. Alamak, saya baru saja terbaca post ini. Sedihnya….dah terlepas.😦
    Nak tanya, di mana lagi saya boleh dapatkan buku ini?
    Ada dijual di kedai buku Popular atau MPH?
    Teringin sekali nak mendapatkannya…huhu

    Like

  5. Eh lupa pula….tahniah!!! Kamu telah bergelar penulis novel secara rasmi!
    Tumpang gembira untuk kamu.🙂 Tentu seronok perasaan memegang buku yang ada nama sendiri sebagai penulis….🙂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s