5 Cara Sederhana Menikmati “Sepetang di Kafe Biblioholic”


Anda telah membeli sebuah buku berjudul “Sepetang di Kafe Biblioholic”. Buku itu masih tersimpan rapi di rak. Menunggu giliran untuk dibaca. Anda sendiri jauh lebih tahu kan, bagaimana sesebuah buku harus menunggu emosi dan masa yang sesuai untuk dibaca. Untuk anda benar-benar menikmati dan merasai ceritanya. Nah, mari saya berkongsi 5 cara sederhana membaca “Sepetang di Kafe Biblioholic”

I


Anda suka kopi atau teh? Kalau anda membeli buku daripada penulisnya, tentu sahaja soalan ini yang ditanya. Selepas anda memberi jawapan, anda akan dihadiahkan sepaket teh Earl Grey atau sepaket kopi-O. Nah, buatkan secangkir teh atau secawan kopi. Letakkan di sebelah jendela. Anda boleh memulakan pembacaan anda sambil mencicip hadiah kecil daripada penulisnya. Untuk yang pertama kali, yang minum teh Earl Grey, mungkin anda boleh meneka-neka, mengapakah teh Earl Grey yang menjadi minuman pilihan watak dalam novel ini? Nah, di sini anda mungkin boleh bermula menikmati “Sepetang di Kafe Biblioholic” dari secangkir teh kuning keemasan itu.

II


Suatu hari, selepas anda membeli buku “Sepetang di Kafe Biblioholic”, hujan merebas turun. Talian Astro putus-putus akhirnya tidak mendapat siaran langsung. Internet belum berbayar atau anda tidak pernah melanggan pun. Apa kata, anda ambil buku itu daripada rak dan mulakan pembacaan. Anda tahu, salah seorang wataknya sangat mencintai hujan. Malah penulis novel itu juga, sangat sangat mencintai hujan. Hujan sering kali jadi latar dalam novel itu. Anda sendiri tahu bukan. Hujan sering kali mewujudkan perasaan yang syahdu dan sendu. Jika anda juga pencinta hujan, anda tahu bagaimana magisnya titisan-titisan air dari langit itu jarang gagal mewujudkan perasaan yang sedemikian aneh kepada ramai orang. Apa kata anda memulakan bacaan di tengah-tengah hujan menyanyi sambil sedikit membiarkan jendela terbuka, dan membiarkan bau hujan mengiring bacaan anda?

III


Selalu sahaja, anda pergi ke kafe, kopitiam atau coffee house. Untuk makan atau untuk berbual-bual dengan rakan-rakan anda. Nah, apa kata, suatu hari, anda bawa buku “Sepetang di Kafe Biblioholic”, anda pesan secawan kopi sama ada espresso, kapucino, latte atau seteko teh sama ada teh Earl Grey, atau English Breakfast atau teh strawberi atau apa sahaja. Kemudian, pilihlah tempat duduk berdekatan dengan jendela. Sama ada jendela berdekatan tempat lalu lalang, atau jendela membuka pemandangan di luar. Mulalah membaca sementara minuman anda sedang disempurnakan untuk diminum.

IV


Senja. Warnanya perang, mungkin juga, coklat jingga, mungkin juga merah jingga. Tetapi warna teh juga sebahagian daripada warna senja. Apa kata, anda membaca sewaktu senja. Sewaktu langit sedang bersimpang siur dengan ribuan warna sebelum dilarikan oleh kesamaran dan kegelapan. Semasa anda membaca, anda sedang bertarung dengan cahaya, dan perlahan-lahan warna kertas pada novel yang putih itu bertukar coklat keperangan. Perasaan itu sungguh indah. Percayalah.

V


Atau anda masih juga boleh menetapkan bila-bila waktu anda untuk membaca buku itu. Tetapi buat anda yang belum mula membaca, ada boleh mula mengiringi pembacaan anda dengan lagu klasik. Anda tahu ibu kepada watak utama selalu sahaja jatuh cinta kepada lagu klasik. Kerana lagu klasik menyimpan rasa dalam caranya sendiri. Cuba anda cari lagu-lagu seperti ini, Dari Mana Datangnya Asmara, Menimbang Rasa, Di Wajahmu Kulihat Bulan dan beberapa lagu lainnya. Novel sederhana ini tentang kenangan, dan lagu klasik seolah-olah muzik yang indah sekali untuk kita mengenang dan terkenang

 

Nah, ini hanya cara sederhana membaca novel ini. Mungkin anda ada cara yang jauh lebih baik baik daripada ini. Selamat membaca.

25 thoughts on “5 Cara Sederhana Menikmati “Sepetang di Kafe Biblioholic””

    1. Syafiqah : Saya berhutang awak, sepaket teh earl grey dan juga penanda buku buatan sendiri. nah, pilihlah kata-kata yang paling awak suka dalam buku itu, nanti saya buatkan penanda buku khas untuk awak🙂 dan saya akan pos hadiah tertunda itu. Hehehehe.

      p/s Awak beli cepat sangat, tak sempat nak fikir nak hadiahkan apa kepada pembeli🙂

      Like

      1. saya ingat saya terlambat hari tu sebab tu saya beli cepat cepat.takut terlepas! tak nak…tak nak pos walaupun saya suka sangat dapat surat/benda2 pos ni.tapi saya tak nak…saya nak awak bagi sendiri.haha..amacam,cukup mengada tak? nanti lah bila berpeluang jumpa lagi baru awak bagi eh…..alasan paling kuat utk awk ada kan soft launch sepantasnya.🙂

        Like

        1. syafiqah : tak mengada tapi manja. Hiks. Boleh. Tentu sahaja boleh. Tapi soft launching itu masih dalam rundingan lagi. Mungkin lepas raya kot🙂 nanti saya buat untuk awak yang cantik cantik🙂

          Like

  1. kau.. buatlah soft launch atau hard launch ketika aku di malaysia, sekitar Ogos, sebelum September. OK! aku sedang berusaha menghabiskan tulisan aku juga ini. mungkin selepas pulang dari Jepun for good. insyaAllah.😀

    Like

    1. Plainzero : Demi kau, soft launching insyaAllah selepas raya. ha, gembira tak, buat selepas raya ni. Maksudnya dalam bulan 8, beritahu tarikh berlepas pulang kembali pada bulan September untuk aku merencana soft launching ni🙂

      Terharu tak? Sanggup postpone tu🙂

      Like

    1. Shukri : Amboi dia, tak sabar nak bercinta dengan Zara🙂 Tak tahu bila dapat kenalkan tapiii saya doa awak akan jumpa Zara awak. lebih baik lagi kalau berkongsi nama yang serupa🙂

      Like

    1. Violet Sofia : Rasanya novel ini tak masuk kedai buku lagi. Sebab baru keluar tak sampai dua minggu. Cuba jenguk jenguk di website jsadiwarna.com. Kalau-kalau sudah boleh beli online.

      Atau boleh sahaja beli daripada saya. Mohon emel kepada ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com. Nanti saya beritahu butiran lanjut🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s